Saturday, May 6, 2017

Anugerah Sarjana Yayasan Terengganu


assalamualaikum, hi readers.


Untuk pengetahuan semua, Yayasan Terengganu sangat bermurah hati untuk memberikan hadiah serta anugerah penghargaan kepada anak Terengganu yang berjaya mencapai pointer 3.75 ke atas atau dengan mudah kita panggil Kelas Pertama. Tapi tengok jugak, kalau certain universiti dorang akan kasi pointer berbeza untuk menentukan kelas pertama. Kalau macam cikja under UPM, memang strictly 3.75 above la untuk first class dan Yayasan Terengganu pun tetapkan 3.75 untuk kelayakan anugerah ini.


Macam mana nak dapat anugerah ni ?

Semestinya dapat pointer 3.75 ke atas lah. itu semestinyaa. Sebelum tu, untuk anugerah ni tak semua Yayasan Terengganu (YT) akan bagi. Maksudnya hanya untuk degree dan ke atas sahaja (master, phd).

seterusnya perlu pengajian sepenuh masa untuk dapatkan anugerah ini. Maksudnya PJJ tidak termasuk. Anugerah khas ini hanya untuk sepenuh masa. selalunya pelajar sepenuh masa ni tidak bekerja yang terus direct daripada Diploma and Asasi.

Anugerah ini untuk warga terengganu atau mak ayah yang dah lama menetap di Terengganu. Yang no XXXXXX-11-XXXX ni confirm la dapat sebab anak Terengganu.

Bila dah lepas syarat  di atas,, isi borang yang ada di portal YT. Isi borang tu sekali bagi attachment yang diperlukan.  Boleh terus ke LINK ini untuk pengisian atau download borang. Borang dia simple sahaja. Apa yang penting kena dapat pengesahan transkrip daripada universiti masing-masing. Borang itu siap ada tulis attachments yang diperlukan. Paling penting transkrip perlu disahkan.

Kalau link kat atas tak bukak lagi permohonan, boleh bukak website http://www.yt.gov.my/index.php/en/ terus. selalunya Anugerah ini bukak pada bulan 10 dan pembahagian anugerah ni sekitar bulan Disember.


So for those anak terengganu yang dapat, Congratulations! Bagi ank ank negeri lain, cuba cek kot kot ada anugerah special negeri korang kasi? Macam pahang and selangor selalunya banyak jee aktiviti/pinjaman/anugerah untuk hargai ank negeri yang cemerlang!



Sincerely,
Suhaizasuki.

38 comments:

  1. Alhamdulillah. Bagus kerajaan Trengganu bagi penghargaan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lepastu tetiba semangat lebih sikit sbb nak anugerah :p

      Delete
  2. Bestnyaa. Yayasan Teganu memang selalu saya dengar bagi macam2 kat student tapi. Hehe jeles rasa. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. hehe tp pahang and selangor pun sama. banyak bantuan tuk student, negeri lain xsure sgt.

      Delete
  3. bestnyaa , saya mintak scholarship spm semua takdapat :(((

    ReplyDelete
    Replies
    1. nad, spm susah sikit. nanti masuk u, first sem score then try apply :)

      Delete
  4. wow serious? boleh kasi tahu kakak shaf nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, every year terengganu kasi anugerah ni. jgn lupa mntk kkak apply hehe

      Delete
  5. kalau time degree. first sem kita kene pointer tinggi kan? lepastu kene apply biasiswa dari yayasan terengganu before sem 2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! biasiswa cikja xtw sgt. tp mungkin la kot? cikja tak pernah apply biasiswa since aritu pena tgk terengganu kasi kos agama jee. tp xpasti jgk laa.

      Delete
  6. hi cik jaja!salam kenal!gee pun org ganu!!yeayy!!

    ReplyDelete
  7. wah best2 ! salam kenal awak , done follow
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. yayasan pahang pun ada rasanya, pernah dengar. tak layak dpt pinjaman sebelum ni, so tak tahu sangat hehe

    ReplyDelete
  9. Yayasan Terengganu memang menghargai pengorbanan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, tahniah pada yang mendpat anugerah nie.. =)

    ReplyDelete
  10. Bestnya. Bertuah orang Terengganu. Boleh berusaha lebih lagi untuk orang Terengganu. Bukan senang nak dapat ni.

    ReplyDelete
  11. first class bergantung pada u kan?bkn pada syarat YT 3.75 kn?sbb unisza rasa nya bkn 3.75 syarat first class.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk anugerah yt ni, yyasan dah tetapkan kena dapat 3.75 bru dpt anugerah ni bukan brgantung kepada first class uni :)

      Delete
    2. kalau mcm tu macam xadil gak since upm A- (3.750)and unisza A- (3.670) dan both uni A->= 75 kan, so actually UPM lagi senang nk dpt >3.75 compared to Unisza, um, uitm, and many more

      Delete
  12. Nak tnya,dia nk utk results setiap sem kew? Kew result cgpa kseluruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak, dia nak result keseluruhan sepanjang deg/master. Your cgpa :)

      Delete
  13. Salam cik jaja,nk tnya,lpas dh hntar borang tu sume, ad x pihak yayasan akn hntar surat maklum balas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adaa, nanti akan ada yayasan hntr msg / surat untuk jemputan anugerah ni.

      Delete
  14. Assalam. Nk tanya, anugerah ni ada tarikh tutup ke nak hantar?
    Borg tu pun nk kena cop universiti ke?

    ReplyDelete
  15. yup borang tu ada yang kena cop universiti. either transkrip, degree/master cert or borang yayasan tu. sorry, lupa hee

    ReplyDelete
  16. biasanyer tarikh akhir untuk hantar borang hadiah kecemerlangan tue bile ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. usually awal dec, tp this year tak sure ad tak anugerah ni.

      Delete
  17. Mcm x ada buka pn lg..huhu..ad ke x ek thn ni?

    ReplyDelete
  18. Akak, kalau lepas syarat akak bagi taw tu, memang boleh dapat ke?ke dia tengok jugak aktif dalam bidang koko ke?

    ReplyDelete
  19. sis ade fb tak ? senang skit nk tnye soalan .. :).

    ReplyDelete
  20. klau grad 2013 still boleh dapat ke? haha..sbb terlepas nak hntr borang dulu...

    ReplyDelete
  21. Salam nk tanya, waktu 2017 tu program habis pukul berapa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekejap je awak, tghri macam tu dah habis dah rasanya.

      Delete
  22. salam akak, nak tanya..untuk mohon ni, kena mohon selepas grad ke? ke just guna full transkrip yg not official?

    ReplyDelete
  23. Salam, nak tanya.. Kalau uitm pnye pointer first class ialah 3.5 and above.. So boleh dapat tak anugerah yayasan terengganu ni?

    ReplyDelete

Hello There! :)