Tempat Menarik Kuantan - Short trip

12:51 PM

Assalamualaikum, hi readers. 

Harini saje ada masa terluang nak menceritakan tentang short trip jaja sekali dengan geng matriks. Sedar tak sedar rupanya dah almost 7years kami tak jumpa bertiga. Allahu rindu seriussss! 

Kami bertiga, selalunya cikja jumpa wani. Ziela ni baru nak jumpa selepas 7years tak jumpa. Tapi kami selalu contact melalui whtsapp. Lepastu hritu tetiba ajak wani nak pi kuantan demi nak jumpa ziela but then wani tak available *orangpibercutikathatyailahkatakan🤭 hahahah

So, last minute plan kami nak jumpa sabtu and ahad awal jan. Wani dah siap cari flight dari kl to kuantan and ziela from pekan tu kuantan. Cikja waktu jumaat tu tgh jiwa kacau kereta problem tp masih lg usaha untuk jumpa mereka ni. Jadi short trip ini kami sempat pergi tempat menarik di Kuantan. 

Sabtu tu pinjam kereta akk, then gerak pukul8 dari rumah. Maaf korang sebab gerak lewat😭, sampai around pukul9. Surprise pi ambik ziela dulu then baru wani. Omg, serius lamanya xjumpa ziela! Jumpa then terus pi ambik wani di airport kuantan. Nak dijadikan cerita, kami last minute plan nak hiking bukit panorama,kuantan. Ini wani la tetiba then suhaiza on lepastu ziela terpaksa on jugak! Hahaha. Okay bayangkan kami naik around 10.30pagi dalam waktu semua dah nak turun! Hahaha sampai puncak tinggal lah kami bertiga. 

Turun dari bukit around 12pm setelah puas hati ambik gmbr seberapa banyak yang boleh! Bayangkan kami bertiga je kat puncak. HAHAHA.







Before ni cikja pernah naik dah bukit ni, so boleh baca entry BUKIT PANORAMA ni.

Kitorang turun around 12 tengahari. Turun pi ecm sebab ziela tertinggal purse, pi ecm ambik dgn kakak dia. Mana boleh tggl purse kan nak blnje kami😝, then terus ke Jaman Tory Recipe *wani mengidam nak makan patin tempoyak*. Haaa ambik, sekali makan abis rm73. Tapela, cheat day sekali sekala kan hahahaha





Lepastu kami terus check in, mlm tu plan nak overnight since cikja dah ambik cuti half day. Lama kot tak jumpa. Lepas check in kami mandi siap siap solat then petang pi Kula Cakes. Ini pun permintaan wani. *semua tmpt ni wani nak pi* hahahaha. Makan mango cheese cakes yg femes tuuu. Boleh terus google kula cakes, mango cheese cake dia superb. Seriously!


Macam ini total dalam RM28






 Lepas tu pi ecm balik, cikja nak beli handbag sebenarnya. Hmmm skali tade satu pun yang berkenan. Sedihhhh. Hahahah. Kami tak terus balik, terus ke Teluk Cempedak. 

Kami plan nak singgah Loteng*boleh google ye*. Tp perut dah penuh so bli makanan ringan then duduk tepi pantai teluk cempedak itu je. Dalam 9lebih kami dah balik, penat hiking dan berjalan haritu. Mandi rehat then terus discuss pi makan mana esoknya. Oh yah, pillow talk sampai 1pagi. Hahaha rindu nya zaman matrik! 

Ahad tu kami breakfast di Daily Lila ( Lila Wadi x Sara Thai) punya kopitiam. Best jugak breakfast situ. Kami semua makan menu seperti dibawah. And boleh pulak add up mango cheese cake skali pepagi! Hahahaha

 

Dah siap makan, pi hntr ziela dekat rumah akk dia then terus gerak pi kemaman. Wani punya bas naik di kemaman. Singgah beli keropok di Chendor, Kuantan. Lepastu makan di Warung Aziz Satar! 😍





Itulah short trip dari kami bertiga di Kuantan. InsyaAllah, kalau free nanti cikja buat entry pasal kedai di Kuantan yang kami singgah ye! 

Till next entry,
Suhaizasuki.



You Might Also Like

7 comments

  1. Kuantan antara lokasi yang best nak jjcm. lama x pergi sana walaupun ade sepupu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang la sini, kalau selera masakan kampung, elok sgt dtg sini, western pun sama :)

      Delete
  2. Rindunya dengan mango cheesecake Kula Cakes. Dah dekat 2 tahun tak merasa. Selalu kalau pergi Kuantan, mesti singgah.

    By the way, salam perkenalan. First time datang ke blog awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi farah, salam perkenalan.
      jemput dtg kuantan lagi, dah banyak benda best kt sini :)

      Delete
  3. Belum pernah sampai Kuantan lagi. So sad 😔

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah plan pi jalan jalan kuantan syaza :)

      Delete
  4. waaa bestnya jalan2 di kuantan.. kita singgah n follow sini ya!

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat