Assalamualaikum readers,
Untuk post kali ini adalah tntang day trip cikja to pulau kapas! oh yeayyy. so trip ni ada 18 Ogos 2018. Di mana day trip ini termasuklah percutian ke Kuala Terengganu.
Roommate cikja di UPM datang sesaje jenjalan Terengganu. Kami pilih trip ke Pulau Kapas since dapat pergi day trip sahaja dan hari lain boleh spent time Jalan Terengganu. Hari jumaat kami bertolak sekitar pukul 11 pagi daripada kerteh. Kami ikut laluan biasa. Kami tempah chalet di sekitar marang, jadinya esok untuk pergi ke Jeti Marang tu dekat jee.
Setelah cari chalet yg or hotel yang murah, kami trjumpa dgn chalet su. Serius murah dan lawa. Kami ambik package 79/night queen bad for 3persons. And owner dia tak kisah kami ni tidur bilik tu bertiga walaupun design hanya untuk dua org shj. Petang tu pusing pusing sekitar terengganu and malam balik around 8.00pm++ macam tu.
Sebelum balik kami prepare siap siap makan untuk breakfast and apa yg nak bawak ke pulau. Cikja ada jugak review kena bawak apa pi pulau semua tu, tapi tak jumpa pulak. Jadi kat sini cikja akan bgthu apa yg perlu bawak untuk ke day trip pulau kapas ni.
Since cikja ambik package daytrip include lunch box so makanan tghri tak perlu risau. Cikja just bawak sebuku roti, dan kaya (untuk kami bertiga makan sekali dgn bagi ikan makan hahaha). Senang sikit cikja listkan kat bawah ni apa perlu bawak
List perlu bawak day trip pulau kapas:
- makanan (roti dan air)
- sunscreen
- sunglasses
- baju nak tukar (ni tak perlu bawak ke pulau sbb korg akan tukar time balik pulau jgk)
So hanya itu senarai perlu bawak. Tips nak planning best pi pulau. Korang perlu datang jeti awal awal, pkul8 tu dah siap siap kat situ. Kami semua smpai pukul8, jumpa dekat agen pulau kapas kami (kak ja namanya), ambik tag tangan and package kami.
Untuk package rm79 ni include snorkeling, hiking bukit singa dan makan tghari (lunch box). Kami planning nak hiking dulu lepastu baru snorkeling. Trip snorkeling ada sekitar pukul 9pg, 11pagi, 1thgri and 3ptg. Untuk hiking plak around 10pagi and 2ptg. Jadual ni kita boleh pilih nak yang mana satu.
Jadi cikja pilih hiking bukit singa pukul 10pagi and snorkeling 3 petang. Sampai di pulau around 9++ jadinya terus pergi dekat kapas coral untuk booking hiking pukul 10pagi. Sebelum 10pagi, kami dh gerak naik bot untuk ke bukit singa. Tak nak naik bot boleh tp nak sampai tu around 2jam jgkla🤣 tu xtermasuk hiking lagi. Jadi kami naik bot.
Nak hiking bukit singa tu dah start naik bot dengan team lain. Tengok gambar kat bawah ye :)
Tengah briefing |
Dah start dahhh |
Adik yang exciteddd hahaha |
View nak naik atass |
View dari atasss, kemain kitorang punya abg guide willing ambikkan gambar tw :p |
View bawah bukit |
Okay selepas dah habis hiking, kami tunggu untuk snorkeling tapi pi makan semua dlu. Pukul 3 baru lah turn snorkeling. Serius lama tunggu, rasanya baik ambik snorkeling 1pm kot haha.
Muka selepas snorkeling, selepas berperang nak turun hahahaha |
Itu sahaja untuk package Day Trip Pulau Kapas kami bertiga. Balik sampai ke jeti sekitar 5ptg, mandi solat semua di masjid marang dan kami terus bertolak pulang :)
p/s : Pulau kapas kecik sahaja, so jangan expect macam pulau perhentian, kalau nak release tension semua insyaAllah okay.
Till next entry,
Suhaizasuki.