Jelajah Pula ke Bukit Batu Putih - Tanjung Tuan
1:57 PM
Assalamualaikum readers.
Sejak sejak dah balik Terengganu ni, hmm maksud cikja dah kerja area sini, susah sikit nak pi hiking sebab geng tade plus weekend rasa macam pendekkkk jeeee. hahahaha.
Bulan september haritu, 09 sept, cikja saja naik KL jumpa kawan. Ingatkan nak straight je terus since ad training di Shah Alam next week tu. Tapi kena masuk ofis jugak Isnin tu sebab ada kerja. Jadinya sabtu tu cikja pujuk Wani (kawan matrik cikja) untuk pi hiking di Tanjung Tuan, Port Dickson.
Kami gerak around 7pagi then sampai pukul 9 kot? Bukit batu putih ni senang je nak cari, korang waze je PNB Ilham Resort then memang terus jumpa sebab pintu masuk nak hiking bukit ni sebelah resort ni je haaaa.
Model tak berbayar cikja. hahaha ni pintu masuk BPP ni. |
Kami start naik tu ramai dah turun. mungkin sebab lambat dh kot? kami naik tak sampai setengah jam kot? sbb bukit ni rendah je tapi view dia superbbbb. Cantik wooo. serius cakap kami kami yang naik ni. Dah naik ikut jalan tar tuuuu sampai penghujung dia.
Dah nampak gambar kat atas ni, pandang kanan ada jalan nak ke Bukit Batu Putih punya puncak. Kalau korang pi straight je tu akan nampak yang putih tu jelaa haaa. korang pandang kanan, akan ada macam bukit sikit nak naik. selalunya ramai je orang, so memang akan perasan jalan nak naik tuuu.
Ni bukit nak naik ke atas. Nampak tak tanda merah belah kiri tuuu. Tanda tu tulis bukit batu putih as landmark dah sampai. hehehe. Korang nak naik yang batu ini pun boleh, or laluan belah kiri papan tanda merah tu pun boleh.
Tadaaaa dah sampai puncak!
Okay dah la tuuu, gambar itu je mampu di upload. Muahahaha sebagai kenangan. kot la one day nanti anak suhaiza nak baca and tengok gmbr mak dia dulu dulu, kan kan?
Lepas settle kat atas tu kami semua turun balik sampai ke penghujung jalan tar. saje naik pi kincir angin tu then nak try laluan lain. And guess what? kami semua rasa, makin lama kami jalan, makin kuat dengar bunyi air. Sekali kami tersilap jalan pi turun jalan pantai. hahahaha sebab kami nampak ramai ikut laluan tu. Rupanya itu adalah geng Epf Melaka. Dorang tengah ada team building or retreat staff la. Disebabkan sesat, kami tanya sorang abang kat situ then abg tu ajak kitorang gerak sekali since dorang ramai (dtg dgn family skali) dan boleh ikut laluan sekali. Kami nak naik balik laluan sampai ke kincir angin tu masyaAllah penat oi, tangga tinggi sangat. hahahaha.
Since kami dah join Team Epf Melaka ni, ada ramai staff dorang ingat kami ni one of anak staff Epf Melaka. ehehee, kami cakap eh tak lahhh, kami saje je join sekali *malu la jugak bila kena jawab cmni* hahahaha
Itulah antara team dorang, ramai kan? Ni masing masing pi topup air, ada telaga bersih kat situ. Rehat rehat lepastu berborak dengan dorang semua. Then teruskan perjalanan. Dah sampai jalan yang kami dah kenal, kami mintak excuse nak gerak dulu since team dorang ramai lagi tak sampai. Terima kasih Team EPF Melaka, korang sangat ramah dan membantu :)
Kami turun tu dah almost tengahari so semua lapar and gigih pi cari kedai Nasi Lemak paling famous di PD, tapi sekali pi kedai tu tutup T_T. Then, pergi cari kedai makanan tengahari biasa. Dah naik hiking elok dah, pi makan pulak tambah berkalori makanan. Hahahaha.
Level hiking = Easy (5/10) - Cakap easy tapi kenapa sampai 5? sebab kami tersilap jalan time balik so kami penat lebih sebab jarak terlebihhhhh jauhhhh hahahaha.
Terima Kasih abg EPF, camera huawei memang lawa eh? k. |
p/s : Jangan takut, korang ikut je jalan balik yang sama, so for sure sampai bawah elok je haaa. Ni level bukit jeee, lagi senang dari Broga, so try okay?
Till next entry,
Suhaiza.
xoxo.
15 comments
lawanya background tempat hike, kaella pun dah lama tak hike dah bekarat dah kaki ni
ReplyDeletehehe sama laa! so jum lah cri tmpt hiking hehe
Deletebestnyeeee
ReplyDeleteLama dah rasa tak hiking ni, last naik bukit batu putih ni tahun lepas kott :)
ReplyDeletesamaa laaa! tahun ni baru dua kali trmasuk yg ni.
DeleteWow bestnyer. Teringat masa pengalaman masa belajar dulu...cik manggis pernah daki gunung Tahan. Memang best sangat...satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tapi sayang sijil semua dah tenggelam dek banjir.
ReplyDeletemaigoddd! gunung tahan tuuu. mmg tough la awak ni.
DeleteBanyaknya tempat menarik kat Terengganu. Semua kena mendaki dan baru dihidangkan dengan view yang cantik. Cantik view <3
ReplyDeletetp ni dekat port dickson sana hehe :)
DeleteCANTIK... syoknya boleh hiking amik angin segar :D anyway salam kenal, sis singgah sini follow blog Ja
ReplyDeletethank you awak! nt kita jenguk blog awak ye! :)
DeleteAlia dah lama nak pergi sini tapi tak pergi pergi sebab bz hahha nanti nak pergi juga bila ada masa sebab view dia lawa :D
ReplyDeletebestnye.. e'in tak penah hiking..
ReplyDeleteHaii.. I suka baca blog u.. and I selalu follow ur story.. kindly to follow me back.. Hehehe
ReplyDeleteTeringin nak ke sini.. tapi belum ada kesempatan lagi. huhu
ReplyDeleteHello There! :)