ini haaa.

11:49 PM

Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 


Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan? 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

(*) Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 


Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 


Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




sumber : google

kalau boleh.

3:51 PM



kalau boleh aku nak hilangkan diri ini sekejap.

mencari kekuatan yang hilang.

bila aku jmpe kekuatan itu, aku akan kembali mcm biasa.



itu ayat yg biasa aku gunakan bila orng tnye kenapa deactivate fb, twitter n tukar link blog ?

untuk fb, aku kembali active. sebab semuanya kerana belajar. disitu semua maklumat akan diupdate. aku tak boleh elak.

untuk twitter, aku akan active bila aku dah kembali mcm biasa. kekuatan yang aku cari masih belum ada.

untuk blog, link ini tetap tak akan ditukar. sebab aku ingin menjadi kaktus. yang sentiasa teguh walaupun berada di tempat yg sukar untuk ditempuhi.



walaupun aku menghilangkan diri, ketahuilah, aku tetap suhaiza yg dlu. cuma keadaan sekarang xmengizinkan aku.




fullstop.





till we meet again.



<3







sweet 20th

3:27 PM




assalamualaikum cinta :")

harini nak update pasal birthday lah, hihi.

kali ni smbut birthday kat umah, yeay yeay. cuti midsem. hihi. last year time stdy week kt mtriks. ihik.

kali ni tadelah sambut sgt pn. just biasa biasa je. makan kek semua tu. kalau mcm last year. kawan2 buat surprise, ade org nyanyikan lagu tuk kitaaa. lagu happy birthday, lagu dadali, haha.

tahun ni tade pun semua tu. apa apa pun saya tetap bersyukur. thank you Allah. thank you for everything. the nikmat that you granted me. nikmat of islam, iman and life.

......







 alhamdulillah, dah 20 tahun dah hidup. macam macam berlaku spnjg 20 tahun ni. semuanya mngajar saya untuk lebih matang. saya bersyukur dengan semuanya. dan dah tiba untuk saya berubah ke arah yg lebih baik, insyaAllah.


hari lahir sy kali ni. sy bole ucap terima kasih pada ma abah depan depan tw ? haha. saya macam biasalah. kalau dengan family memang sensitif sikit, ihik. salam dgn ma abah. ma abah, terima kasih sbb jaga ja spnjg 20 thun ni dan mntk maaf semua salah silap . bila cakap je cmtu, sore dah lain dah, haha.


haritu tade apa sgt, just dapat wish dari famiy dan kawan kawan. terima kasih korang ingt agi birthday sue , thank you <3



so, nak cakap something ni .

terima kasih sebab ade dengan suhaiza selama ni. terima kasih sbb bg sokongan pada saya susah dan senang. andainya nyawa saya masih panjang untuk ke 21 tahun dan seterusnya, alhamdulillah. andainya tidak. maafkan segala kesilapan saya selama ni, orite ? *ayt dh mcm bg speech dh*hihi.


saje nk bagi speech pepanjang, hihi. tade pn rasanya entry birthday yg pnjg sgt sebelum ni :p

mcm entry sebelum ni, saya ckp ad harapan besar tuk brthday kali ni kan ? alhamdulillah,semuanya brjalan lancar. tak perlu bagitahu apa sbb nanti insyaAllah. kamu semua akan tahu jugak*eceh bajet ade org baca je*


so now. saya ad hidup saya sendiri. keluarga, kawan kawan yg sygkan saya. smuanya menceriakn hidup saya. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat. amin *amin kan sekali bole? :*



p/s : segala apa yang berlaku ad hikmahnya. Allah menguji hambanya mengikut kemampuan.



suhaiza,
apa yang berlaku dalam hidup awak, semua tu ujian. jangan cepat melatah. 
ingat. jage hubungan dengan Allah, keluarga dan manusia. inshaa Allah, semuanya akan berjalan lancar. Allah maha Adil. maha Mengetahui dan maha Penyayang.
Allah akan bagi sesuai dengan usaha dan apa yg awak lakukan. Allah akan bagi ujian ikut kemampuan awak. Allah maha mengetahui segala masalah yang awak hadapi. Allah mnyayangi awak sbb tu dia bagi ujian untuk awak.

be strong.



sincerely,
myself.

















thank you loves.

9:33 PM


assalamualaikum ,

saya tahu post sebelum ni agk emo dan penuh dgn kesedihan. sebenarnya bila sy menaip semuanya bagi saya kekuatan.

sebenarnya last week memang sgt mencabar bg sy, sangat mencabar. rmmate sy paling banyak membantu sy, yes dia paling byk thu pasal saya, paling byk bagi semangat pd sy. thank you syamin. saya tak tahu mcm mana nk berterima kasih pada dia.

wani, awak salu thu bila sue ad mslh kan? haha, ahli nujum eh? thank you weh. sue syg awak. sangat sangat.


dah dah, xnk sedih dah. haha, esk kan birthday saya. kihkih . insyaAllah, tuk kali ni, hasrat saya sgt besar. saya harap semuanya berjalan dgn lancar dan yang paling penting istiqamah.


wish me luck ? :*


saya nk something yg istimewa boleh tak  tuk esk , someone nyanyikan lagu birthday maybe?






:p

semuanya, yes semuanyaa!

3:30 AM


assalamualaikum,

entry ni mungkin panjang, bukan mungkin tp sememangnya akan panjang. lebih elok kalau korang xyah baca entry.



semua telah berubah, yep semuanya telah berubah, Ya Allah, saya tak tahu apa yang terjadi dalam hidup ni.

sejak dari mrsm, segala-galanya tentang diri saya berubah. bermula dari dftar. saat yang paling saya tak kan lupa bila saya stress bila pertandingan pidato dah dekat. bila masuk mrsm, sy rasa kecik sgt. yes, sgt rasa kecik. kecik kat sini bukannya dari fizikal tp dari segi mentaliti. saya tak tahu mcm mne pertandingan dgn budak2 yang sememangnya top. dan ad satu mlm tu saya menangis. menangis. menangis. perasaan debaran pertandingan dah dekat. exam prtama kt mrsm dah dekat. semuanya. sejak msuk situ, mcm2 sy protes untuk pindah, tapi ma abah tetap tak bagi. dorang ckp , "ja jangan fikir apa yg brlaku skrg tp pkir masa hadapan".

then after spm, trus masuk matrik. waktu tu smuanya berubah jgk. Alhamdulillah, waktu di matrik la palinggggg saya suka. waktu kat situ byk yg mengajar tuk sy berdikari. sgt byk mungkin. dan alhamdulillah semuanya teratur, keputusan dari matrik pun amat amat saya bersyukur.

bila dah dpt plhn tuk masuk uni. semuanya berubah lagi. yep, saya rasa ni lah satu perubahan yang susah tuk saya terima. saya tak pernah terpikir tuk dapat kos ni. memang sy pilih semua ni tp entahla.

bila masuk sini, ya Allah, sgt tough tuk sy. sgt sgt. saya memang tak suka sbjek yang menghafal. saya suka kira kira. bila subjek sem lepas semuanya menghafal dan membaca. rasa mcm down sgt. yg paling penting tntg biasiswa. sy mohon tuk jpa. tapi sgt menyedihkn bila xdpt , mungkin tade rezeki. dan proceed kepada ptptn. terengganu offer yayasan tp mostly tuk kos tntg ilmu agama. so now, saya merupakan pmnjam ptptn.

upm, yuran kt upm sgt tinggi. maybe RU yg lain pn sme kot. result sem lepas alhamdulillah, masih lg berada tahap yg buat ma abah happy. tp ade satu sbjek yg buat sy stuck.

so sekarang. sem 2. exam pertengahan semester dh start dan ad yg mrkah da pun. markah yg tidak buat sy happy. since sy thu yg sy memang tak suka sbjek yg mghafal. memang kena usaha btol btol. tapi apa yang buat sy sedih bila markah tu langsung xbuat sy happy.


Ya Allah, sedihnya saya rasa sekarang. dan saya tertnya2 kenapa smpai mcm ni yg jadi. sy tak pernah menyalahkan semua dugaan yg saya ade. sy cuma terkilan. terkilan dengan diri sndri.

sejak dua menjak ni, banyak sgt masalah yang dtg. semua tu buat sy lemah. sebab melibatkan sesuatu yang penting dlm diri ni. saya memang mudah nanges kalau saya memang xdpt tahan.


post ni bukan untuk saya merungut, tp untuk bagi diri sy kuat, yes. untuk lebih kuat sbb sy thu sy mampu tuk hadapi semua ni.


dear haters and stalker,
gelak la awak nak gelak, bergembira lah sebab kali ni awak tahu kelemahan saya. saya xpernah kesah semua tu. saya tahu saya lagi kuat dr awak! THANK YOU.





Like us on Facebook