#Fitness #TravelMalaysia

Great experience w/ bukit saga

10:01 AM

Assalamualaikum readers.



Alhamdulillah setakat ni ada beberapa tempat cikja pilih untuk dijadikan tempat nak test fitness. 


20 March 2016, terfikir nak bawak kawan kawan cikja yg tak pernah hiking ke broga. Since belajar dekat serdang, macam xcomplete pulak xpergi kan. Dah plan awal tetiba malam before pi tu dpt tahu broga tutup sebab ada broga trail run. Frust giler kott. Next cikja terus tukar ke bukit saga. Takpernah naik lg. bukit ni lagi rendah dari broga, 402m kalau tak silap tapi track dia mcm agak tough bila baca review bloggers lain.


stop ambik gambar dari atas sat.



kasi blur view starting point hehehe


Sampai dalam pukul 730 dekat bukit saga. Okay, since sep15 dah tukar tempat starting point. Kalau senang nak cari, boleh search rumah pangsa bukit saga sebab sebelah aje dekat starting point. 

Time ni kami pilih trail b since ramai yang naik trail ni. And guest what? Trail ni tough! Seriously tough. nak naik je terus terus dapat track yang 45-70 darjah ni. muahahaha. Bukit saga ada trail a b c. Sesapa tade pegalaman nak naik, teruskan. Tak perlu guider. Just naik sebab bila weekend ramai je yang naik. Kalau weekdays xsure sangat.




bila dah sampai hilltop, ada tempat santai santai sikit. kat situ ada hammock untuk korang istirehat dan ada tempat exercise yang disediakan oleh penduduk dekat situ. Penduduk bukit saga ni sangat aktif membersihkan bukit saga dan buat orang lagi nak naik. tempat refill air pun ada tw. so bila dah naik sana, jaga kebersihan ye :)

view waterfall time ni tak boleh ambik ramai sgt yang mandi, ceci angat, cannot cannot. hahahaha

kami naik trail b, bila dah sampai hilltop, kami teruskan ke waterfall. dalam 1jam lebih jugak nak sampai. banyak stop jugak tapi nak pi waterfall lagi lama dari naik hilltop. hahaha. kat sini track pun tough. tapi bila dah dapat reward waterfall tu, hilang semua penat. 

disebabkan ni kali pertama naik, so kami guna laluan sama nak turun. kami naik ke hilltop balik lepas tu turun ke tempat parking. semua hikers kat situ tanya kenapa tak turun yang laluan lagi landai. ni laluan tough sikit. actually, kami tak tahuuu. hahahaha. tapi lepas ni mungkin guna trail lain. sebab bila buat mcm ni, kami dah kena daki dua bukit yang curam!fuhh penat guyss.hahaha. memang betul test fitness.

time ni nak ke waterfall and kami daki balik yg curam ni sampai ke hilltop, fuhh =='

kami turun agak lambat since ada kawan yang injured. kaki cramp. but still, kami masih menunggu dengan hati yang sabar. yela, kekuatan berbeza beza, dlu cikja naik gunung ledang pun cramp jugak oi. hahaha. kami naik saga ni tak dirancang, so we thought naik broga, kalau broga lebih landai kan.

group photo! muehehe


p/s : tak perlu nak tunjuk hebat waktu hiking, bantu mana yang perlu. ada yang lagi hebat dari kita. Atas sana, Allah :)


Sincerely,
Cikja.




#Fitness #TravelMalaysia

Bukit Broga on Merdeka!

10:11 AM



Assalamualaikum, hai readers :)


credit to : google


Cikja memang suka hiking actually, minat walaupun masih dalam percubaan untuk fit kan badan. Since duduk area serdang ni, rasa macam xlengkap pulak bila tak daki bukit broga, semenyih sanaa haaa. 


bukit broga ni naik pada 31 Ogos 2013. baru sekarang nak update ye dak? hahaha. okay sebab tak update hmm dah lupaaa. tapi kenapa baru sekarang nak update? sebabnya nak kongsikan dan abadikan kisah hiking dalam blog ini. mana tahu boleh jadi rujukan. hihi

Sebenarnya gerak dari Klang since weekend tu stay rumah dia sebab tengah cuti sem kan. plan nak gerak pkul 6pagi. subuh awal waktu tu, dalam 5lebih xpukul 6 lagi. tapi entah kenapa memasing tak terjaga dan sedar sedar dah 630pagi. kalut pi solat subuh dan last last gerak pi pukul7. terang dah haih waktu tu. 

sampai broga dalam pukul 8 mcm tu. orang dah nak turun, kita baru nak naik. muahaha. tapi masih ramai yang baru nak naik. weekend broga memang menjadi pilihan semua orang since dia punya track landai jee, tak teruk untuk beginners. and guess what? ramai je dukung anak bawak naik atas sana. tapi kalau dah lama agak agak tak exercise, you need to do something before going there. takut nanti muscle terkejut. tapi still okay. cikja yang lama tak exercise pun still lagi boleh naik dengan jayanya. maksud tak susah sangat lah kan?


sesi memujuk mneruskan perjalanang sebab gayat, comel je married couple ni.




pinjam bendera pendaki lain :p


nak sampai atas sana tak ingat dah tapi satu jam je kot or lagi cepat sebab broga just 400m je kalau tak silap. sesiapa yang nak naik, jangan risau. tak perlu kan guider pun since ramai yang sentiasa turun naik broga ni tambah tambah weekend kan.


peak view


time tahun ni, i mean two years ago, keluar je dari bukit broga ada gerai makan. air kelapa semua tu, surau and tandas pun ada. but now, x tahu. nanti cikja pi naik lagi and updateee kisah broga untuk kesekian kali. hiks. dekat kawasan situ pun ada satu tempat arnab cecomel. nak masuk main ngn arnab tu kena bayar. dan cikja tak masuk. so korang boleh lah mencuba! hehehe


p/s : ni semua gambar two years ago, muahaha



Sincerely,
Cikja.



#SembangTehTarik

5 things i hate the most.

11:28 PM






Assalamualaikum readers, 






Cikja dah kena tag tiga orang blogger yang cun melecun untuk jawab soalan, tagged by Farra, Cek Ungu and Aishah. 5 things i hate the most! Rasa mcm cerewet sangat je bila nak list kan semua. Hahahaha. Ohh sorry, cikja mudah terhibur.  

So, here we are! 

1. Last minute

Okay yang ni memang cikja tak suka. Tiba tiba esok eh ad test, esok eh kena buat itu ini. Seriously, ni paling tak suka. Kalau plan nk pi situ sini, lepas tu cancel last minute. Allahu rasa macam hmmm. Bertabahlah suhaiza. 

2. Kacau tengah tido

kalau sesape pernah jadi roommate ni memang tahu sgt cikja macam mana. kalau ad phone call memang susah sgt nak angkat kalau tengah tido. pegang fon lepas tu silent kan. xpun biar je berbunyi. muahahahah jahat giler. tapi tak bolehhh. jgnlah kacau suhaiza tengah tido kalau xnak mood anda terganggu sekali. hahahaha.

3. Balik kampung naik bas lepastu brg banyak. 

Cikja sgt tak suka bila byk brg nk bwk bila nk balik kg. Naik kereta tak apa.Tp kalau dgn bas. Leceh. Kalau boleh bawak satu beg jee. Tak pun satu beg bimbit n beg lptp. Banyak banyak susah sbb nk pi bus stop dgn ktm wehh. Hang fikir nak angkut semua tu senang? Haha. Tapi kalau ada nak yg sanggup nak tlg, okay jee. Hikhik. Selalunya cikja minimize kan brg nk bwk balik, bwk yg penting je. lepas tu balik dari kampung, beg pun terberanak =='

4. Taking someone for granted

okay yang ni semua orang for sure tak suka. jangan buat macam tu kat orang, cemana kalau orang buat mcm tu dekat kita. ingat, hidup ni berputar. sekejap kita kat atas sekejap kita kat bawah. cikja kalau part cenggini memang cikja tak kan buat sebab pernah terkena and rasa sedih kot. hmm jangan buat dekat orang, nanti orang buat kt kita balik. haaa nak nak?

5. Tak serius bila buat sesuatu!

haaaaa nampak tak kat situ ada tanda seru? nampak tak nampak tak? betapa tak sukanya bila orang suka main main ni. yes, dalam certain situation boleh nak gelak nak gurau bagai since cikja pun cenggitu orangnya. tapi part kena serius, serius la especially kalau pasal relationship. kalau nak, buat cara nak *cara betul*, kalau agak agak nak main main, haaa pi main jauh jauh. nampak tak ada emosi sikit? hahahahaha.


since post ni dah lama ter "hold" dalam draft. aci tak nak tag ssape? :p


sincerely,
Cikja.











#tips

Tips - Donate today, save lives!

12:04 AM

Assalamualaikum readers.






oh well, petang semalam (6/3/2016) dekat kolej ada buat event and ada blood donation sekali. actually, event ni kita panggil Putra Cancelor Carnival (PCC) *tak tahu? boleh search, international event kot, come on! * Dengan gigihnya, cikja nak pi derma. Bawak buku derma skali kotttt. First agak cuak, takut tak lepas. Then sekali lepas jugak! Blood donation ni ada stage dia. 

Tadi ada problem sikit, tukar tiga tempat dan lepas kena inject bius dua dua tangan baru dapat derma. Alhamdulillah, at least masih diberi peluang.

Since ni dah kali ke-empat cikja jadi penderma, alah baru keempat sibuk nak post sini, oh well kongsi tips tak salah kan.

A day before donation, please and please tidur awal. jangan gatai nak tidur lewat stay up bagai. sebab nanti tak lepas untuk donation? nak tahu kenapa? actually, yang ni tak ingat tapi kalau tak silap Dr ada cakap ganggu HB (Haemoglobin) kita dan tekanan darah as well *Doctors and future doctors please assist kalau tersilap cakap* but for sure, tidur awal tu penting!

Lepas tu, makan sebelum pi menderma. jangan kasi perut kosong guys! kalau perut kosong nanti tak lepas stage nak menderma. Bila dah donate, badan kita akan lemah. so kalau korang tak makan, badan lagi lemah dan boleh jugak pengsan! jangan main main.dan mungkin jugak dengan makan sebelum derma, underweight dapat dielakkan. muahaha

Jangan buat aktiviti berat sebelum donation. kalau jogging ke berjalan jauh ke apa, kasi badan lagi penat. kalau nervous pun sama, nanti tekanan darah akan naik. Tadi kawan cikja ada sorang tak lepas sebab before tu, dia pi jalan kaki jauh tengah tengah matahari tegak atas kepala. lepas tu pi nak derma then tak lepas. so elakkan okay? oh ya, cuba tenangkan hati jugak!

Jangan menderma pada awal period. okay ini untuk gegirls. kalau awal awal period. Elakkan menderma. Niat tu sangat baik sebab nak menderma kan, tapi elakkan since nanti takut bagi kesan pada badann, badan jadi lemah sebab keluar banyak darah dan mungkin boleh pengsan. so cuba elakkan jugak. InsyaAllah, next time will be your turn okay? ^_^

Dah sampai turn tu, tenang rileks je main game kat henpon ke apa. bila nurse dah start nak cucuk tangan hang yg comel tu, jangan pandang! or jangan pandang time org lain punya turn! nanti rasa dia dupdap dupdap. buat lekkkk je. at last, jarum semua dah siap ada kat tangan dan dengan jayanya darah dah keluar dengan begitu lancar. 


Bila dah derma, perasaan dia lain tw! Best gilos. Rasa mcm nak derma lagi. Hahaha. Tp lepas derma rehat la kejap, untuk elak pening ke pengsan ke and jgn buat kerja berat. 



Cikja lepas derma tu duk diam je dlu, lepas tu hilang segala pantangšŸ˜…. 

P/s: donate today, save lives! 


Sincerely,
Cikja. 



#tips

Tips cari rumah idaman dengan Hidup.My

2:31 PM


Assalamualaikum readers, 

actually harini nak buat sikit review pasal satu website ni. sangat super duper membantu sesiapa yang ingin mencari rumah sewa. seriously! since cikja sendiri pun tak lama lagi dah habis belajar lepastu nak kerja dan memerlukan rumah sewaaa, so meh sesama explore website ni. Benda yang baik kena kongsi, ye dak?

okay, selalunya yang kita pernah dengar nak cari rumah sewa via facebook, mudah.my and banyak lagi. tapi website ni memang khusus untuk rumah sewa dan untuk sesiapa yang nak iklankan pasal rumah nak disewakan pun boleh. website ni telah dibangunkan since okt 2015 lagi dan meliputi seluruh Malaysia. Bukan setakat kat KL je boleh cari rumah dengan mudah, tempat lain pun boleh laaaa. 

Kenapa masih belum diiklankan atau tidak terkenal berbanding website lain ? - sebabnyaaa kata orang. "spread the good thing by word of mouth". Dengan feedback yang baik, dah cukup buat website ni terkenal. 








tu haaa first website dia, ada nampak find a room and ideal housemates! Ciri paling istimewa Hidp.My ni adalah cari housmatesss! tekan je link http://hidup.my/search-people/ so boleh search nak area mana. saja cikja cari kawasan seri kembangan, nk promote untuk adik junior yang xnak stay kolej kat UPM, boleh lah sewa kat sini. hehe




range harga boleh dipilih ikut kemampuan. since student kan, nak mahal mahal xmampu. so boleh lah pilih mana yg sesuai. 


selain dari nak cari rumah sewa, boleh jugak nak cari housemates and nak iklankan rumah sewa kita. 



lepas tu, tu step yang boleh ikut untuk gunakan website ni. no worries, website ni sangat user friendly. mudah senang dan cepat. dan website ni tak sama macam yang lain since dia memang focuskan untuk rumah sahaja! oh lagi satu tambahan, website ni mobile friendly hokayyy, tak perlu download apps semua tuuu. kasi berat hp jee.


yang paling penting, boleh tengok criteria macam mana yang kita nak! ada yang nak berapa housemates, ada yang nak tnya pasal pet allowed or not, nak tgk rumah yang ad swimming pool. semua info adaaa! cikja cakap macam ni sebab cikja dah survey. hehehehe. kalau nak tengok n baca feedback lain, google je hidup.my. semua review bagus bagus.


website : http://hidup.my/
facebook : https://www.facebook.com/hidup.my


p/s : buat apa nak susah susah cari dekat website lain, kalau website ni je dah membantu sangat! hehehe. jum survey rumah!


sincerely,
Cikja.





#Segmen

Segmen #FamilyBlogger

11:33 PM



Assalamualaikum readers,



Click image untuk join yaa ?


Rasa macam rajin sangat cikja join macam macam segmen haaa sekarang. kemain uolsss. actually, segment ni telah ditag oleh Cik Syaidah Seha kitaa. So, cikja dengan berbesar hati join untuk support owner segmen sekali. hehehe.


Jom sesama join! Support sesama blogger gituuu! Cikja tag Anis  and nurhidayah untuk join! hehe

p/s : hoping for the best too!


Sincerely,
Cikja.


#Langkawi #TravelMalaysia

Langkawi Trip #TeamIkutlah - Day 1

4:10 PM


Assalamualaikum readers,

last month (January), cikja and the geng ada pi langkawi. kira ni reward sem 7 lah. hehehe kononnya lah kan. dah plan dari bulan 10 lagi. tapi tiket apa semua tak beli lagi.

so pi trip ni guna package jugak, sriously, package yang murah boleh digunakan. RM99/pax (minimum 4 org). murahhhh kotttt. apa yang boleh dapat dalam package ni?

1. kereta (3hari - start 2petang first day sampai 12tghri last day)
2. hotel (Century Inn)
3. Magrove tour / snorkelling (choose one of them)

kami pergi bukan musim sekolah so boleh lah package macam ni. kalau time cuti sekolah or cuti panjang memang harga naik lah kan. tu normal lah.


1st day (10/01/2016)






Kami semua gerak ke Langkawi naik flight. since flight seriously murah. kami pilih Rayani Air. tahu rayani air? syarikat penerbangan yang mengamalkan islamik punya style. Boleh baca entry pasal Rayani Air kat SINI,

kami sampai sana dalam pukul 2ptg. lepastu nak gerak pi century inn tu naik teksi dari airport yang mahal! so kalau sesiapa nak pergi elok lah tempah awal awal dari agen. dapat murah.



sampai hotel, kami check in. so kami dapat blik 6 orang satu bilik. dua queen bed, two single bed. Alhamdulillah okay. kami masuk dan siap siap solat terus pi tempat pertama! actually first day nak pergi Galeri Tun M. tapi kami lapar and last kami pergi makan dekat Haji Ismail Group (HIG). Makanan paling best, Laksa! you should try it next time. hehe. lepastu apa lagi, pergi shopping choc lerrr. muhahahaa.





dah habis duit kat situ, kami bergerak ke Dataran Lang. Tempat paling wajib pergi Langkawi. Kami waze ke sana dan sampai dalam pkul 630 macam tu. redup dan sesuai untuk ambik gambar! hahaha.



terima kasih pakcik ambikkan gambar :)

Lepas dah siap pusing Dataran Lang, kami pergi makan malam dekat area situ. lepas tu kami balik dan berehat. sampai bilik masing masing sibuk nak iron tudung bagai. muahahah. dan lepas tu confirmkan aktiviti untuk esok.



Setakat ini je untuk hari pertama.
So, jumpa Langkawi Trip #TeamIkutlah - Day 2



Sincerely,
Cikja.



#Segmen

First Segmen Bloglist NURZULFA

10:12 PM




Assalamualaikum readers, 

Jom sama sama support Nurzulfa! hehehe join segmen bloglist ni. sempat lagi haaa! syarat pun mudah je. :)







Tekan image untuk join ya?



p/s : hoping for the best! hehe


Sincerely,
Cikja.


Like us on Facebook