#foodhunting

Food Hunting #3 - Restoran Pla Pla Seafood

2:11 AM


Assalamualaikum and hi readers.


Rasa macam banyak sangat slot food hunting dekat dalam blog ni. nampak sangat owner kuat makan. muahahaha. actually tak selalu pi makan luar, so boleh lah belanja sikit pasal food hunting ni ye dak?

okay semalam since sabtu, duduk dekat kolej plus tade event apa apa. tengah gigih menyiapkan assignment disaat minggu terakhir kuliah, cewwah. kakak kakak kita datang pulak melawat dekat kolej. pastu apa lagi, ajak la mereka ni pi giant nak topup barang makanan. konon untuk barang makanan diet. ehem. misi menurunkan berat badan dan eat clean perlu diteruskan hokay!

bila dah beli barang, tetiba rasa lapar since tengahari tak lunch pun. so terus pi Restoran Pla Pla Seafood. actually, ni kali kedua pi sini. tapi kali pertama tu tak rasa macam nak share sangat pun. muahhaha

Restoran Pla Pla Seafood ni dekat seri kembangan. so kalau nak cari, waze je nama restoran ni.. Alhamdulillah, harga superb best sebab MURAH. serius murah macam pi makan kedai biasa.   kedai ni sesuai untuk family. Sesapa nak rasa makanan selera kelantan. Haa gituu.  Family set pun ada! Tak rugi pi sini. Suasana kedai pun tenang je. Harga mcm biasa.  sesuai sangat untuk sesiapa yg dalam misi budget 2016. 

Credit to : google.  mana sempat nak ambik gambar since dah lapar. muahaha




kali kedua pi sini, kami (me + sisters) order :
nasi putih (3orang makan) + tomyam ayam + ayam masak kunyit + sotong celup tepung 
+  keropok lekor rm2
Air bandung + tembikai + air suam. 


so total dalam rm29.50. not bad la kan. murah lah dengan kegawatan ekonomi sekarang, gittew. 



menu lain yang ada plus alamat and no nak booking ke apa.



p/s : saya memang jenis tak memilih nak makan tempat biasa ke restoran ke cafe hipster ke apa sebab makan kedai apa pun, kalau dah kena selera, habis jugak makanan tu. muahahaha.


sincerely,
Suhaiza.


Info penting untuk final year student!

10:52 PM



Assalamualaikum dan hai readers!


ehem, baru je tukar layout blog ni. rasa macam matang sikit. dan rasa macam kemas sikit lah dari before this plus header baru weh! kita godek godek adobe photoshop sendiri. pastu jadilah header tu, hiks simple je pungg. 

oh okay! post ini khas untuk final year student. tapi tapi kalau sesiapa yang nak buat research tu and adik kakak abang yang nak tambah ilmu pun, meh sini baca entry ni sampai habis yea?

since sekarang ni dah jadi final year student. so kena siapkan final year project or we call it as thesis too. bila nak buat FYP ni bukan senang. kena baca banyak info pasal previous research. nak kena tahu apa masalah and apa yang sebenarnya main objective fyp kita. semua tu dapat dari bacaan kawan kawan. 

so sini meh nak kasi tahu satu apps yang berguna tuk bacaan kita. nah apps MENDELEY .



taip je MENDELEY , nanti akan keluar tu macam dalam gambar. apps ni sebenarnya senang untuk kita cari previous journal. taip je apa yang kita nak, so akan keluar. tak kisah kita dari bidang apa. serius memang senang. boleh terus download apps ni kat laptop *lagi mudah* biasanya student akan cari journal melalui google scholar, boleh guna google scholar tapi terhad journal yang kita dapat. bila guna apps mendeley kita dapat journal dari macam macam sources. so banyak manfaatnya kan?

macam ni kalau dah download dkt laptop. sign in terus.

before tu sign up dulu account mendeley korang kat SINI

kalau dah sign in, terus pi literature search untuk cari tajuk journal yang korang nak.

so bila dah dapat tajuk journal, senang lah untuk korang baca. tengok mana info yang diperlukan. untuk fyp, kita kena banyak banyak sangat membaca. yes, sangat banyak sebab untuk dapat info yang kita betul betul perlukan bukan senang. ramai dah degree, master and even phd student guna app ni. tidak perlu diragui lagi.

harap entry ni membantu. muehehe.

link kat bawah ni penting untuk guna mendeley. 


p/s : kalau ada jalan mudah nak cari info, kenapa guna jalan yang susah ? so harap membantu. all the best  final year students and researchers!


sincerely,
Suhaiza.



Like us on Facebook