Hiking Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu

7:46 AM



View paling cantik, sekali dengan orang tu hahahah  :)

Assalamualaikum, hi readers.

So kalini punya entry tidaklah simpan terlalu lama, muahahaha. 06 Julai haritu planning naik bukit kutu bersama geng hikers macam biasaaa. Untuk naik bukit kutu ni, kebanyakan tengok dari blog jarang ada mention pasal permit atau biasanya dorang jarang handle permit mendaki ni. Walaupun permit ni perlu tak perlu je and dorang tak cek pun, tapi kerana tanggungjawab diri sendiri, tolong apply okay?

Cikja pi call Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor berkaitan permit pendakian. Senang je rupanya nak apply permit. Just buat surat rasmi permohonan permit sekali nyatakan nama dan ic peserta, kemudian hantar kan kepada Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor. Then tunggu reply semua tu. Lepastu ada la kena bayar guna wang pos semua tu.

Kalau nak call Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor ni, ni nombor dia 03 60916131, emel dia phdhuluselangor@yahoo.com.

Kami gerak daripada damansara sekitar 7 pagi, pkul 8 lebih kami sampai dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kami sampai tu kena bayar rm1 setiap sorang. Ini adalah bertujuan untuk pembersihan kawasan sungai dan bukit kutu ni. Kami gerak dari parking 830pagi

Ni pintu gerbang untuk mulakan perjalanan tu. Naik jambatan ni, so kasut masih lagi selamat.



Ni jambatan pintu gerbang tadi.

Lepastu ada lagi jambatan kedua, tp ni jambatan dah runtuh. Tengok air sungai tu macam nak terjun je hahaha.

Ini yang nak jambatan runtuh tadi tu.


Lepastu jumpa simpang ini, pilih yang kanan punya simpang, okay? 



Lepastu jumpa simpang ni pun, pilih kanan lagi okay? Sebenarnya tips bukit kutu, apa apa simpang pilih kanan jeee. Hahaha.

Ni gambar dah nak balik baru ambik, so kalau korang baru nak naik, korang akan gerak dari orang yang ada kt hujung sana tu

Yang akan basah kasut bila korang lalu sungai ni. Ni air dia sejuk lain macam, boleh lah nak terjun mandi terus. Muahahha. Tapi kami lepas sungai ni lah kami sesat. HAHAHA. Hampir satu jam kami sesat wehhh. Sebabnya kami tak perasan simpang kanan ni, ingatkan simpang lata medang dah lepas, kami lalu je lepastu pelik sebab landaiiii je. Ni bukan hiking namanya, then terjumpa pakcik nk pi kebun dia bagitahu kami tersilap jalan. Itu jalan ke lata medang / gunung rasanya. Kami patah balik trjumpa pakcik Chinese, dia pun silap jalan HAHAHA. Then jumpa pulak dengan 3 orang hikers ni pun tersilap jalan. Kami patah balik menghala ke sungai tadi dan pilih laluan kanan. So dari sungai tu kami gerak around 930++ pagi.


Jalan lepas sungai tu sepatutnya pilih ke kanan terus.


Bila jumpa titi ni, maksudnya korang di laluan yang betul, okay? 




Kami teruskan perjalanan macam biasa. Korang kalau nak tahu kesusahan dia, setiap masa mencanak jee track dia weh. Tengah hiking ni kami terfikir jugak, kenapa lah bukit kutu ni jadi pilihan. HAHAHAHA



Lepastu jumpa Gua kambing ni. Awal awal tu ingatkan ni batu tedung, rupanya ni Gua Kambing. So belum sampai lagi di Batu Tedung.


Tadaaaa, ni dah sampai batu tedung ni maksudnya ada lagi 40% untuk sampai ke puncak. Nampak macam dekat kannn, tapi merana jugak lah nak sampainya. Haahaha. Batu tedung ni best untuk berhenti rehat.


Bila korang nampak gambar kat atas ni je, maksudnya korang dah sampai puncak. Ni kawasan tanah rata yang korang boleh rehat. Kami semua makan segala bekal yang bawa kat sini lah. Kawasan redup siap boleh nak tidur lagi. Dan ada jugak yang solat dekat sini, sbb kawasan ni kawasan rata. Memang kebanyakan hikers solat kawasan ini.

ini lah uncle chinese yang sesat bersama sama tadi hahahah

Waktu ni, uncle ni lah ajak bersama sama ambik gambar, so apa lagi kannn. Uncle ni punya la ramah orangnya sampai tempat parking pun tegur lagi kitorang.




Haaaa itu lah tangga yang naik untuk dapat view yang cantik. Kalau gayat, tak payah terus kan okay? Waktu kitorang naik ni, plate bukit kutu ni hilang. So tade gmbr bersama sama plate. Ada abg sorang tu cakap, korang naik mggu depan, dia tlg bawak plate. tp nak repeat tu mcm takkkk je kan. AHAHA.

So ini lah tema kami.

Kesimpulannya, memanglah bukit kutu ni tidak dikategorikan sebagai bukit. Dengan ketinggian 3576ft / 1090m kalau tak silap. Memang kena training jugak lah. Kitorg naik ni pun ramai terjumpa dengan hikers otai jeee. yang level beginner ni kitorang je kot. muahahah.

Ikut kan pada pengiraan masa oleh Syazwani, kitorang naik setelah ditolak sesat 1 jam, jangka masa dalam 3jam 10min rasanya.


p/s : Yang bestnya bila hiking ni, sebab view dia yang lawa. Serius, sampai puncak je hilang segala penat. tp bila nak turun balik tu, alahai jugaklah hahahaha


Sincerely,
Suhaizasuki.



You Might Also Like

12 comments

  1. bestnya hiking! saya last hiking gunung semanggol agaknya 1 tahun lepas--" hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaja xpena naik semanggol punnn. mcm nk try :p

      Delete
  2. wah bestnya dapat hiking. dah dekat dah ni dengan upsi. nanti ada masa boleh pergi. thanks ajar macam mana nak apply permit hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi awak, time ni lah nk hiking beramai ramai, dah kerja nanti susah dah.

      Delete
  3. cantik... tp mmg gigih betul nk sampai atas tu, tp kalau dh minat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg gigih sgt akk, mcm trtggl kaki kat atas dah hahahaha

      Delete
  4. sy newbie, boleh jadi follower x ?

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi sampai bukit Kutu. View dari atas memang awesome. Trail pulak best tu ada macam macam..jambatan, laluan air. menarik.

    ReplyDelete
  6. Salam, kuala kubu bahru dah sedia cantik, ada tempat hiking menarik, mesti gigih dalam kehijauan baru nikmati permandangan.

    ReplyDelete
  7. hi wang pos kena bayar tu maksudnya bila kita nk hantar borang tu ke ? Tak boleh ke secara online ?

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat