Is there anything better than this confession?

12:15 PM




Black Pen on White Writing Spring Notebook Between White Ipad and White Ceramic Mug With Latte on White Plate

a lot of waiting post in this blog


Assalamualaikum readers,

it has been a while. i think that i keep repeating this sentences in my blog. i didnt have enough time to update my blog. ehem, tipu sebenarnyaa. Bukan tak cukup masa cuma keep procrastinateee like i always do.

cumanyaa ni update sebab terbaca pasal satu confession dekat iium confession. pernah baca dak? ni ada satu artikel pasal keep hentam budak degree macam macam. tak tahu lah, sejak dua menjak ni selalu orang nak hentam budak degree ni choosy, nak pilih gaji macam hapeee lepastu tade experience tapi demand and bla blaa blaaa. banyak sangat.

so here my opinion as one of degree student. alhamdulillah, i already started my working life almost three months (soon probation period will come to the end) Ada certain budak degree memang demand, itu tak dinafikan tapi tak semua. jangan kerana jumpa sorang macam tu kita buat judgement semua budak degree macam tu.

kekadang bukan tak nak terima kerja biasa biasa but at least, bagi sesuatu yang boleh dijadikan "working experience" dalam resume. contoh dapat posting admin assistant tp kerja photostat memanjang, kerja simple selalu. nanti dalam resume pun tak tahu nak tulis apa. Gen Y ni mmg jenis suka rebel kalau tak kena pada cara, tp they eager to learn new things. Believe me.

sekarang bukan waktu memilih pangkat kerja sebenarnya tapi waktu untuk kita pilih pengalaman apa yang kita nak bila dah mula bekerja. kita ada hak untuk buat pilihan untuk diri kita, so learn how to make things wonderful. Daily works might be bored but you need to learn how to eager yourself to do different work everyday. so untuk semua graduan, all the best and congratulations on your convocation!

tak tahu kenapa, banyak banyak confessions, iium confessions yang paling memikat hati untuk baca. actually tak semua pun yg kena, ad jugak yang macam overnyaaa yang confess ni. tapi some of them are really deep mcm eh terkena pulak pada diri ni.


p/s: ada yang sama mcm cikja suka baca iium confessions? hahaha






family

Rahsia disebalik tidak putus asa, siapa sangka?

12:24 PM


cactus, office, desk, notebook, notepad, pens, pencil, smartphone, mobile, cell phone, picture, frame, business, creative


assalamualaikum readers,

macam dalam tajuk kat atas. orang nampak semua mudah untuk kita dapatkan sesuatu. tapi disebalik usaha tu orang tak nampak. dalam minggu lepas alhamdulillah, ada keluar paper pasal business abah. mungkin semua tu nampak biasa bagi orang lain but as their daughter, cikja dapat tengok dari awal sampai sekarang penubuhan bisnes tu.

abah start bukak kedai minuman ni tahun lepas, dalam awal novermber/ akhir october 2015. permulaan tu tengah cuti mid semester. so cikja antara pekerja terawal ma dan abah. Paling tak boleh lupa waktu ma pergi solat sunat dhuha, lepastu ramai nya askar askar datang minum and cikja kena buat air. kalau setakat air untuk family minum okay lah weh tapi ni untuk jual hahahaha rasa mcam perghhh selawat banyak banyak sebab ma cakap berselawat time masak nanti boleh buat masakan tu positif. alaaa mcm makin sedap kee sebab buat dengan penuh kasih syg hahaha. Alhamdulillah waktu tu boleh control.

Tapi itulah, ada jugak waktu waktu yang mcm tak boleh luangkan masa sekali bila dah ma abah mula mniaga. rasa macam part tu sedih sikit. sepanjang cikja balik cuti midsem tu memang totally duduk dekat kedai semua. because that is the only way nk spent time sesama. 

Paling power waktu cuti raya cina. before abah bukak kedai dekat rnr paka, abah bukak dekat perasing dulu which is sejam dari rumah berbanding paka yang setakat 15min je haa. so cikja and kakak kena handle dekat perasing, abah ma dekat paka. memang terpisah terus. ramai sangat orang sampai beberapa jam berdiri je, tak mampu nak duduk sampai bengkak kaki dan makan lagi la tak sempat sebab cikja jadi cashier. perghh perghh penat sangat. tapi waktu tu alhamdulillah, hasil memang lebih sikit. waktu tu ma abah adalah orang paling happy sebab semua anak yang balik tolong kt kedai, separuh paka dan perasing. tapi sekarang dah totally tukar pi rnr paka.

Pernah dalam kereta, salu kalau pi mana mana berdua dengan abah. abah memang suka bercerita apa yang dia rasa dan anything yang dia rasa nak cerita. waktu tu abah cakap, meniaga ni boleh buat abah happy. tenang je hidup abah, Allah permudahkan banyak urusan abah. berurusan dengan customer pun okay, abah tade masalah. waktu tu rasa macam nak menangis bila abah bagitahu. sebab sebelum ni kerja kontraktor pun tak boleh buat abah happy sampai macam ni. 

Lately ni, dalam 3minggu tak balik rumah. abah seriously nampak happy sangat. badan abah makin berisi sama jugak macam ma. rasa macam happy tengok ma abah macamtu. sekarang ni alhamdulillah, abah ma dah ada pekerja yang cukup so tak perlu untuk berjaga malam macam dulu lagi. ma abah sangat jaga pekerja pekerja dorang macam ahli keluarga sendiri. seronok. 

sesuatu yang paling sensitif dalam hidup cikja adalah keluarga. because they are everything. seriously waktu taip ni macam dalam jiwa syahdu je sebab bayangkan dari awal usaha bukak kedai tu kan. Moga Allah permudahkan urusan kita sekeluarga and my readers too!

:)

p/s : kalau nak singgah minum, pi la singgah kedai no 4 rnr paka (terengganu ke KL). hiks.



Sincerely, 
Suhaiza.




3 REASONS TO ADORE MATTE LIPSTICk

11:00 AM



Assalamualaikum and hi readers, 

Nampak tak tajuk tu siap Capslock lagi? hiks, so here i am. 

Actually, i always think about to start a make up collection, muahaha look like buang tebiat sikit lah cikja ni. then, sesaje explore website yang jual make up and end up dengan zalora. 

Banyak lagi barang make up yang penting but why i choose to post about lipstick? sebabnya itu main point untuk make up, the best lipstick make you look confident and of course lebih ehemm, malu nak cakap. cantik. hahahaha.

So, pilihan cikja. Matte Lipstick.

3 reasons to adore matte lipstick.

Matte lipstick has been undeniably popular due to that sexiness appeal it gives to women. It is not hard to love the beauty piece. If you are one those women who has yet to try a matte lipstick, there are three reasons on why you should. Some people think that matte lipstick products tends to be a bit dry on the lips but knowing the right application technique helps. For the potential users of matte lipstick, let’s check out the reasons below. You will definitely fall in love with them.

  1. Easy Application

Due to its dry texture, it is easy to swipe on your lips as it will not get smudged off easily compare to the normal lipsticks you use. However, always make sure your lips are healthy and moist as cracked lips will not make matte lipstick look nice on you. Put on some lip balm to en the lips surface and apply the shade of matte lipstick of your choice.



2..Natural Looking

This is the best reason since natural make up lagi cantik dari make up tebal tebal. People will sometimes mistake it for your true lip colour especially if you wear on a nude or pinkish shade. Choose any light matte lipstick shade to get that natural touch easily and still maintain pretty as ever.





3Glam up! *hahaha aci lah reason ni kan?*


If you are looking for a quick touch for a glam up appearance, matte lipstick will do the trick. Why? It adds that stunning charm which can quickly enhance your face. You do not need a professional to help you do your makeup. Simply swipe a tint of matte lipstick on nicely to match your whole fashion look and step out with confidence. Look poised and elegant without having to retouch your lips. Such a win-win situation.




too mainstream kalau letak gmbr cikja, hahahah


first post in my blog about make up, oh sorry actually focusing on lipstick. and i hope that there will be more post on this as reference for future :p

p/s : sikit sikit lama lama jadi bukit. so start dengan lipstick dulu and matte lipstick always be my fav :p


Sincerely,
Suhaiza.






#SembangTehTarik

why do i love reading medical stories?

11:08 AM


 Source : Google.A Cup of coffee and books = best combination ever!

assalamualaikum and hai hai dear readers.

Perghh sbulan lebih tinggal blog ni.

i am the writer that love to post something randomly. seriously random sangat post dalam blog ni, trip langkawi tak habis lagi dah hupdate benda lain. muahaha.

i am the person who really loves read a book that related to medical student. the journey of their life, how they survived, about their posting andddd so on. actually, i'm not a medical student. there is no one who become a doctor in my family and even my bestfriend. 

why do i need to read medical stories? this habit started since i know this person. There is something interesting about this person that i really want to know this person deeply. orang tua tua kata, kalau nak sesuatu, work hard to get it and to know this person better. Suhaiza memang macam tu, she will try so hard when she wants something. so bila dah start tahu journey as a medical student, i will understand this person more and more! Ahaha.

okay back to main topic, since i know this person, i read and read about medical student journey. lepastu macam ohh banyak sebenarnya blogger that comes from medical school. dulu dulu waktu matriks, blog jela ada stories pasal medical school ni. sape tak kenal Dr fatin liyana, Dr beni and tweetfamous, Dr Khairul Hafiz and ramai lagi actually. almost everyweek mesti baca blog mereka ni. oh yah, tak lupa blog Dr Harlina sekali. 

But then, a year after i registered as university student, we lost contact to each other. the reason this happened is too personal to share. tapi tapi, since dah terpengaruh dengan bacaan medical stories ni, terbawa bawa sampai sekarang. Sape tak tahu pasal Diagnosis 1, Diagnosis 2, Tribulasi365 and Apokalips? semua tu cik jaja dah baca and addicted to the next book please Dr sekalian. the content not only focusing on medical sajeee, merangkumi semua genre untuk baca. it is all about life. your daily life. bila baca dia macam jadi ubat untuk jiwa, rohani. haaaa gitu. 

Last two month pulak, cik jaja pi pelancaran buku apokalips dekat PICC, Putrajaya. Yes, memang tak plan since tade pun close friend yang memang suka follow series ni. So, one day my friend. Fatin Syuhada ajak to go there with there. Cik jaja on je and terus sewa kereta *i dont have my own transportation here* terus pi PICC petangnya jugak. Sempat la jumpa penulis buku Apokalips tu. 14 orang Doctors hokayyy. tapi tak ambik gambar semua pun. sempat jugak berdialog dengan Dr Fatin Liyana! She asked me, belajar mana and course apa then bila cakap Human Resource, dia cakap dia suka jumpa HR nak mintak cuti. Hahaha pun bolehhh Dr! Kat bawah ni gambar before majlis start, gambar dengan Dr sekalian tu ada dekat instagram, sini tak perlu upload kot.



with that, i really hope medical students who already have blog, please update because i love to read that, i love to know your journey as medical student. 

p/s : no discrimination, i still read other blog as well since i really love to know other stories too. Blog yang cikjaja follow dah jadi keutamaan untuk baca, walaupun tak selalu komen. Gituuu! eheheh


Sincerely,
Suhaiza.




#Fitness #TravelMalaysia

Great experience w/ bukit saga

10:01 AM

Assalamualaikum readers.



Alhamdulillah setakat ni ada beberapa tempat cikja pilih untuk dijadikan tempat nak test fitness. 


20 March 2016, terfikir nak bawak kawan kawan cikja yg tak pernah hiking ke broga. Since belajar dekat serdang, macam xcomplete pulak xpergi kan. Dah plan awal tetiba malam before pi tu dpt tahu broga tutup sebab ada broga trail run. Frust giler kott. Next cikja terus tukar ke bukit saga. Takpernah naik lg. bukit ni lagi rendah dari broga, 402m kalau tak silap tapi track dia mcm agak tough bila baca review bloggers lain.


stop ambik gambar dari atas sat.



kasi blur view starting point hehehe


Sampai dalam pukul 730 dekat bukit saga. Okay, since sep15 dah tukar tempat starting point. Kalau senang nak cari, boleh search rumah pangsa bukit saga sebab sebelah aje dekat starting point. 

Time ni kami pilih trail b since ramai yang naik trail ni. And guest what? Trail ni tough! Seriously tough. nak naik je terus terus dapat track yang 45-70 darjah ni. muahahaha. Bukit saga ada trail a b c. Sesapa tade pegalaman nak naik, teruskan. Tak perlu guider. Just naik sebab bila weekend ramai je yang naik. Kalau weekdays xsure sangat.




bila dah sampai hilltop, ada tempat santai santai sikit. kat situ ada hammock untuk korang istirehat dan ada tempat exercise yang disediakan oleh penduduk dekat situ. Penduduk bukit saga ni sangat aktif membersihkan bukit saga dan buat orang lagi nak naik. tempat refill air pun ada tw. so bila dah naik sana, jaga kebersihan ye :)

view waterfall time ni tak boleh ambik ramai sgt yang mandi, ceci angat, cannot cannot. hahahaha

kami naik trail b, bila dah sampai hilltop, kami teruskan ke waterfall. dalam 1jam lebih jugak nak sampai. banyak stop jugak tapi nak pi waterfall lagi lama dari naik hilltop. hahaha. kat sini track pun tough. tapi bila dah dapat reward waterfall tu, hilang semua penat. 

disebabkan ni kali pertama naik, so kami guna laluan sama nak turun. kami naik ke hilltop balik lepas tu turun ke tempat parking. semua hikers kat situ tanya kenapa tak turun yang laluan lagi landai. ni laluan tough sikit. actually, kami tak tahuuu. hahahaha. tapi lepas ni mungkin guna trail lain. sebab bila buat mcm ni, kami dah kena daki dua bukit yang curam!fuhh penat guyss.hahaha. memang betul test fitness.

time ni nak ke waterfall and kami daki balik yg curam ni sampai ke hilltop, fuhh =='

kami turun agak lambat since ada kawan yang injured. kaki cramp. but still, kami masih menunggu dengan hati yang sabar. yela, kekuatan berbeza beza, dlu cikja naik gunung ledang pun cramp jugak oi. hahaha. kami naik saga ni tak dirancang, so we thought naik broga, kalau broga lebih landai kan.

group photo! muehehe


p/s : tak perlu nak tunjuk hebat waktu hiking, bantu mana yang perlu. ada yang lagi hebat dari kita. Atas sana, Allah :)


Sincerely,
Cikja.




#Fitness #TravelMalaysia

Bukit Broga on Merdeka!

10:11 AM



Assalamualaikum, hai readers :)


credit to : google


Cikja memang suka hiking actually, minat walaupun masih dalam percubaan untuk fit kan badan. Since duduk area serdang ni, rasa macam xlengkap pulak bila tak daki bukit broga, semenyih sanaa haaa. 


bukit broga ni naik pada 31 Ogos 2013. baru sekarang nak update ye dak? hahaha. okay sebab tak update hmm dah lupaaa. tapi kenapa baru sekarang nak update? sebabnya nak kongsikan dan abadikan kisah hiking dalam blog ini. mana tahu boleh jadi rujukan. hihi

Sebenarnya gerak dari Klang since weekend tu stay rumah dia sebab tengah cuti sem kan. plan nak gerak pkul 6pagi. subuh awal waktu tu, dalam 5lebih xpukul 6 lagi. tapi entah kenapa memasing tak terjaga dan sedar sedar dah 630pagi. kalut pi solat subuh dan last last gerak pi pukul7. terang dah haih waktu tu. 

sampai broga dalam pukul 8 mcm tu. orang dah nak turun, kita baru nak naik. muahaha. tapi masih ramai yang baru nak naik. weekend broga memang menjadi pilihan semua orang since dia punya track landai jee, tak teruk untuk beginners. and guess what? ramai je dukung anak bawak naik atas sana. tapi kalau dah lama agak agak tak exercise, you need to do something before going there. takut nanti muscle terkejut. tapi still okay. cikja yang lama tak exercise pun still lagi boleh naik dengan jayanya. maksud tak susah sangat lah kan?


sesi memujuk mneruskan perjalanang sebab gayat, comel je married couple ni.




pinjam bendera pendaki lain :p


nak sampai atas sana tak ingat dah tapi satu jam je kot or lagi cepat sebab broga just 400m je kalau tak silap. sesiapa yang nak naik, jangan risau. tak perlu kan guider pun since ramai yang sentiasa turun naik broga ni tambah tambah weekend kan.


peak view


time tahun ni, i mean two years ago, keluar je dari bukit broga ada gerai makan. air kelapa semua tu, surau and tandas pun ada. but now, x tahu. nanti cikja pi naik lagi and updateee kisah broga untuk kesekian kali. hiks. dekat kawasan situ pun ada satu tempat arnab cecomel. nak masuk main ngn arnab tu kena bayar. dan cikja tak masuk. so korang boleh lah mencuba! hehehe


p/s : ni semua gambar two years ago, muahaha



Sincerely,
Cikja.



#SembangTehTarik

5 things i hate the most.

11:28 PM






Assalamualaikum readers, 






Cikja dah kena tag tiga orang blogger yang cun melecun untuk jawab soalan, tagged by Farra, Cek Ungu and Aishah. 5 things i hate the most! Rasa mcm cerewet sangat je bila nak list kan semua. Hahahaha. Ohh sorry, cikja mudah terhibur.  

So, here we are! 

1. Last minute

Okay yang ni memang cikja tak suka. Tiba tiba esok eh ad test, esok eh kena buat itu ini. Seriously, ni paling tak suka. Kalau plan nk pi situ sini, lepas tu cancel last minute. Allahu rasa macam hmmm. Bertabahlah suhaiza. 

2. Kacau tengah tido

kalau sesape pernah jadi roommate ni memang tahu sgt cikja macam mana. kalau ad phone call memang susah sgt nak angkat kalau tengah tido. pegang fon lepas tu silent kan. xpun biar je berbunyi. muahahahah jahat giler. tapi tak bolehhh. jgnlah kacau suhaiza tengah tido kalau xnak mood anda terganggu sekali. hahahaha.

3. Balik kampung naik bas lepastu brg banyak. 

Cikja sgt tak suka bila byk brg nk bwk bila nk balik kg. Naik kereta tak apa.Tp kalau dgn bas. Leceh. Kalau boleh bawak satu beg jee. Tak pun satu beg bimbit n beg lptp. Banyak banyak susah sbb nk pi bus stop dgn ktm wehh. Hang fikir nak angkut semua tu senang? Haha. Tapi kalau ada nak yg sanggup nak tlg, okay jee. Hikhik. Selalunya cikja minimize kan brg nk bwk balik, bwk yg penting je. lepas tu balik dari kampung, beg pun terberanak =='

4. Taking someone for granted

okay yang ni semua orang for sure tak suka. jangan buat macam tu kat orang, cemana kalau orang buat mcm tu dekat kita. ingat, hidup ni berputar. sekejap kita kat atas sekejap kita kat bawah. cikja kalau part cenggini memang cikja tak kan buat sebab pernah terkena and rasa sedih kot. hmm jangan buat dekat orang, nanti orang buat kt kita balik. haaa nak nak?

5. Tak serius bila buat sesuatu!

haaaaa nampak tak kat situ ada tanda seru? nampak tak nampak tak? betapa tak sukanya bila orang suka main main ni. yes, dalam certain situation boleh nak gelak nak gurau bagai since cikja pun cenggitu orangnya. tapi part kena serius, serius la especially kalau pasal relationship. kalau nak, buat cara nak *cara betul*, kalau agak agak nak main main, haaa pi main jauh jauh. nampak tak ada emosi sikit? hahahahaha.


since post ni dah lama ter "hold" dalam draft. aci tak nak tag ssape? :p


sincerely,
Cikja.











#tips

Tips - Donate today, save lives!

12:04 AM

Assalamualaikum readers.






oh well, petang semalam (6/3/2016) dekat kolej ada buat event and ada blood donation sekali. actually, event ni kita panggil Putra Cancelor Carnival (PCC) *tak tahu? boleh search, international event kot, come on! * Dengan gigihnya, cikja nak pi derma. Bawak buku derma skali kotttt. First agak cuak, takut tak lepas. Then sekali lepas jugak! Blood donation ni ada stage dia. 

Tadi ada problem sikit, tukar tiga tempat dan lepas kena inject bius dua dua tangan baru dapat derma. Alhamdulillah, at least masih diberi peluang.

Since ni dah kali ke-empat cikja jadi penderma, alah baru keempat sibuk nak post sini, oh well kongsi tips tak salah kan.

A day before donation, please and please tidur awal. jangan gatai nak tidur lewat stay up bagai. sebab nanti tak lepas untuk donation? nak tahu kenapa? actually, yang ni tak ingat tapi kalau tak silap Dr ada cakap ganggu HB (Haemoglobin) kita dan tekanan darah as well *Doctors and future doctors please assist kalau tersilap cakap* but for sure, tidur awal tu penting!

Lepas tu, makan sebelum pi menderma. jangan kasi perut kosong guys! kalau perut kosong nanti tak lepas stage nak menderma. Bila dah donate, badan kita akan lemah. so kalau korang tak makan, badan lagi lemah dan boleh jugak pengsan! jangan main main.dan mungkin jugak dengan makan sebelum derma, underweight dapat dielakkan. muahaha

Jangan buat aktiviti berat sebelum donation. kalau jogging ke berjalan jauh ke apa, kasi badan lagi penat. kalau nervous pun sama, nanti tekanan darah akan naik. Tadi kawan cikja ada sorang tak lepas sebab before tu, dia pi jalan kaki jauh tengah tengah matahari tegak atas kepala. lepas tu pi nak derma then tak lepas. so elakkan okay? oh ya, cuba tenangkan hati jugak!

Jangan menderma pada awal period. okay ini untuk gegirls. kalau awal awal period. Elakkan menderma. Niat tu sangat baik sebab nak menderma kan, tapi elakkan since nanti takut bagi kesan pada badann, badan jadi lemah sebab keluar banyak darah dan mungkin boleh pengsan. so cuba elakkan jugak. InsyaAllah, next time will be your turn okay? ^_^

Dah sampai turn tu, tenang rileks je main game kat henpon ke apa. bila nurse dah start nak cucuk tangan hang yg comel tu, jangan pandang! or jangan pandang time org lain punya turn! nanti rasa dia dupdap dupdap. buat lekkkk je. at last, jarum semua dah siap ada kat tangan dan dengan jayanya darah dah keluar dengan begitu lancar. 


Bila dah derma, perasaan dia lain tw! Best gilos. Rasa mcm nak derma lagi. Hahaha. Tp lepas derma rehat la kejap, untuk elak pening ke pengsan ke and jgn buat kerja berat. 



Cikja lepas derma tu duk diam je dlu, lepas tu hilang segala pantangšŸ˜…. 

P/s: donate today, save lives! 


Sincerely,
Cikja. 



#tips

Tips cari rumah idaman dengan Hidup.My

2:31 PM


Assalamualaikum readers, 

actually harini nak buat sikit review pasal satu website ni. sangat super duper membantu sesiapa yang ingin mencari rumah sewa. seriously! since cikja sendiri pun tak lama lagi dah habis belajar lepastu nak kerja dan memerlukan rumah sewaaa, so meh sesama explore website ni. Benda yang baik kena kongsi, ye dak?

okay, selalunya yang kita pernah dengar nak cari rumah sewa via facebook, mudah.my and banyak lagi. tapi website ni memang khusus untuk rumah sewa dan untuk sesiapa yang nak iklankan pasal rumah nak disewakan pun boleh. website ni telah dibangunkan since okt 2015 lagi dan meliputi seluruh Malaysia. Bukan setakat kat KL je boleh cari rumah dengan mudah, tempat lain pun boleh laaaa. 

Kenapa masih belum diiklankan atau tidak terkenal berbanding website lain ? - sebabnyaaa kata orang. "spread the good thing by word of mouth". Dengan feedback yang baik, dah cukup buat website ni terkenal. 








tu haaa first website dia, ada nampak find a room and ideal housemates! Ciri paling istimewa Hidp.My ni adalah cari housmatesss! tekan je link http://hidup.my/search-people/ so boleh search nak area mana. saja cikja cari kawasan seri kembangan, nk promote untuk adik junior yang xnak stay kolej kat UPM, boleh lah sewa kat sini. hehe




range harga boleh dipilih ikut kemampuan. since student kan, nak mahal mahal xmampu. so boleh lah pilih mana yg sesuai. 


selain dari nak cari rumah sewa, boleh jugak nak cari housemates and nak iklankan rumah sewa kita. 



lepas tu, tu step yang boleh ikut untuk gunakan website ni. no worries, website ni sangat user friendly. mudah senang dan cepat. dan website ni tak sama macam yang lain since dia memang focuskan untuk rumah sahaja! oh lagi satu tambahan, website ni mobile friendly hokayyy, tak perlu download apps semua tuuu. kasi berat hp jee.


yang paling penting, boleh tengok criteria macam mana yang kita nak! ada yang nak berapa housemates, ada yang nak tnya pasal pet allowed or not, nak tgk rumah yang ad swimming pool. semua info adaaa! cikja cakap macam ni sebab cikja dah survey. hehehehe. kalau nak tengok n baca feedback lain, google je hidup.my. semua review bagus bagus.


website : http://hidup.my/
facebook : https://www.facebook.com/hidup.my


p/s : buat apa nak susah susah cari dekat website lain, kalau website ni je dah membantu sangat! hehehe. jum survey rumah!


sincerely,
Cikja.





#Segmen

Segmen #FamilyBlogger

11:33 PM



Assalamualaikum readers,



Click image untuk join yaa ?


Rasa macam rajin sangat cikja join macam macam segmen haaa sekarang. kemain uolsss. actually, segment ni telah ditag oleh Cik Syaidah Seha kitaa. So, cikja dengan berbesar hati join untuk support owner segmen sekali. hehehe.


Jom sesama join! Support sesama blogger gituuu! Cikja tag Anis  and nurhidayah untuk join! hehe

p/s : hoping for the best too!


Sincerely,
Cikja.


#Langkawi #TravelMalaysia

Langkawi Trip #TeamIkutlah - Day 1

4:10 PM


Assalamualaikum readers,

last month (January), cikja and the geng ada pi langkawi. kira ni reward sem 7 lah. hehehe kononnya lah kan. dah plan dari bulan 10 lagi. tapi tiket apa semua tak beli lagi.

so pi trip ni guna package jugak, sriously, package yang murah boleh digunakan. RM99/pax (minimum 4 org). murahhhh kotttt. apa yang boleh dapat dalam package ni?

1. kereta (3hari - start 2petang first day sampai 12tghri last day)
2. hotel (Century Inn)
3. Magrove tour / snorkelling (choose one of them)

kami pergi bukan musim sekolah so boleh lah package macam ni. kalau time cuti sekolah or cuti panjang memang harga naik lah kan. tu normal lah.


1st day (10/01/2016)






Kami semua gerak ke Langkawi naik flight. since flight seriously murah. kami pilih Rayani Air. tahu rayani air? syarikat penerbangan yang mengamalkan islamik punya style. Boleh baca entry pasal Rayani Air kat SINI,

kami sampai sana dalam pukul 2ptg. lepastu nak gerak pi century inn tu naik teksi dari airport yang mahal! so kalau sesiapa nak pergi elok lah tempah awal awal dari agen. dapat murah.



sampai hotel, kami check in. so kami dapat blik 6 orang satu bilik. dua queen bed, two single bed. Alhamdulillah okay. kami masuk dan siap siap solat terus pi tempat pertama! actually first day nak pergi Galeri Tun M. tapi kami lapar and last kami pergi makan dekat Haji Ismail Group (HIG). Makanan paling best, Laksa! you should try it next time. hehe. lepastu apa lagi, pergi shopping choc lerrr. muhahahaa.





dah habis duit kat situ, kami bergerak ke Dataran Lang. Tempat paling wajib pergi Langkawi. Kami waze ke sana dan sampai dalam pkul 630 macam tu. redup dan sesuai untuk ambik gambar! hahaha.



terima kasih pakcik ambikkan gambar :)

Lepas dah siap pusing Dataran Lang, kami pergi makan malam dekat area situ. lepas tu kami balik dan berehat. sampai bilik masing masing sibuk nak iron tudung bagai. muahahah. dan lepas tu confirmkan aktiviti untuk esok.



Setakat ini je untuk hari pertama.
So, jumpa Langkawi Trip #TeamIkutlah - Day 2



Sincerely,
Cikja.



#Segmen

First Segmen Bloglist NURZULFA

10:12 PM




Assalamualaikum readers, 

Jom sama sama support Nurzulfa! hehehe join segmen bloglist ni. sempat lagi haaa! syarat pun mudah je. :)







Tekan image untuk join ya?



p/s : hoping for the best! hehe


Sincerely,
Cikja.


Nuffnang

Tips dapat invitations from Nuffnang!

1:34 PM


Assalamualaikum readers,




Actually cikja memang dah lama start blogging. since 2010. so almost 6years already. tahun tu nak SPM baru sibuk nak start berblogging. so boleh kira lah dah berapa umur sekarang ni. permulaan blog ni dengan yahoo mail so everything started with yahoo mail and lost some of followers and following too (not some but totally banyak) since jarang update dan blogger dah strict cakap tak boleh follow via yahoo mail. lepastu tukar ke gmail. 


iklan nuffnang ada dekat blog ni almost 6years jugak. gunakan yahoo mail untuk sign up dan lupa password untuk beberapa bulan dan lama sangat tak log in email tu. lepas tu seronok nya alahai bila tgk orang dapat cashout tinggi tinggi amount. cikja memang dapat ciput and sikit since dalam dua tiga tahun senyap dari blogging. bukan senyap terus just rarely update! lepastu dapat invitations macam macam program dan kenapa cikja masih belum dapat? 


nah! invitation last year!


so here are the reasons. reasons ni sekaligus boleh jadikan tips untuk dapatkan invitations! TAK CHECK EMAIL, dapat invitations from main email sign up acc nuffnang!

itulah sebab tak bukak dan xcheck pun email. rasa macam kenapa nuffnang tak suka ke apa sampai tak bagi invitation apa apa pun. actually, banyak sgt email dan tips daripada nuffnangs and cikja terfikir nak bukak email tu last week! last week and it has been a years already from the day nuffnangs started sending a lot of emails for me. oh ada sekali bukak tahun lepas sebab tukar password tp tak check email lain lagi!

i got invitation to several events by nuffnangs dan events tu dah selamat dah pun. walau apa pun, at least sedar jugak pasal semua ni dan harapnya earning nuffnang akan cepat naik dari sebelum ni! hopefully yeay! jadi, rajinkan diri check email.


nah! invitation two years ago!
reason lain! Tak selalu baca dan ikut tips nuffnang.  bukan tak selalu tapi banyak sgt email tips dari nuufnang yang tak terbaca. sebab tu lah nuffnang berjauh hati! tsk tsk. so selalu baca apa tips daripada nuffnangs!


p/s : keep update w/ nuffnang! bab kata Tuan Anas Mikael " awak jaga saya elok elok, saya jaga awak elok elok" tu apply kan dekat nuffnang okay! haha


Sincerely,
Cikja. XOXO.




#WordlessWednesday #Quotes

Wordless Wednesday

10:58 AM



Assalamualaikum readers.







Jangan jadikan masa silam penghalang untuk kejayaan. Plan for the best but remind ourselves, Allah is the best planner. Have faith,



Sincerely,
Cikja.



#TravelMalaysia

First Experience on Flight with Rayani Air.

3:38 PM



Assalamualaikum readers.


Cliche photo bila dalam flight, muahahah

So as the title above. my first experience on flight. oh well, Rayani Air jadi pilihan. rewards untuk sem 7 pi short vacay dekat Langkawi sanaa. since Rayani Air tengah buat promotion, kami #TeamIkutlah. oh btw, hashtag team ikut lah sebab kami kalau tanya nak pi mana dulu asyik jawab ikutlah, muahahah so jadi #TeamIkutlah . Kami terus book tiket. kami dapat dengan harga rm49/pax. ada jugak cek kot kot ada yang lain buat offer tapi Rayani Air yang kami dapat paling murah.





Cikja yang cek tiket semua pastu tak dapat murah lagi. last last two weeks before pi langkawi cek lagi sekali dan lagi murah dari tiket bas plus tiket ferry. dapat rm49 terus ke airport Langkawi. tak perlu dah naik turun bas pi kuala perlis lepastu beli tiket ferry bagai. so lepastu, terus decide nak book dan yang lain semua tak reply whtsapp. tapi bab transportation dorang semua bagi dekat cikja, so cikja terus booking! rm98/ dua hala. oh well, we got free 20kg luggage! FREE, sape tak suka free oi.


Punya lah excited dapat naik flight. so pepagi nak pi airport kami naik bas UPM. since dah habis semester, UPM buat perkhidmatan khas untuk gerak pi airport. so kami gerak ke KLIA2. siap print tiket semua tu, bawak je tunjuk dekat kaunter Rayani Air then check luggage pastu settle! cepat dan mudah. harapnya perkhidmatan dia akan tetap sama.

alhamdulillah, bukan sekadar manis kata-katanya, tapi memang betul Flight Attendants (FA) Rayani Air memang berpakaian sopan dan bertudung.  oh sebelum lupa, ada sorang FA hensem! hahaha. okay sambung balik,masuk masuk je dapat ucapan baik punye! seriously best! 

"Assalamualaikum, selamat datang" Allahu terharu sebab siap bagi salam semua. lepastu FA semua baik baik je tolong letak barang and ni mungkin sama dengan aircraft lain. Lepas tu sebelum bertolak siap baca doa naik kenderaan T_T nak nangis. since kita kekadang naik kereta pun lupa nak baca,

Snack for us!


seat semua alhamdulillah selesa. lepas tu dapat snack pack. pengalaman lain yang cikja baca, aircraft tak sediakan snack pack if tak booked siap siap. yang ni tak book pun tapi dapat. punya cikja terkejut since cikja yang booked tiket. muhahahaa. walaupun perjalanan sejam je, tapi kenyang lah jugak!haha


Bila dah sampai dengar lagi ucapan, "Alhamdulillah kita telah selamat tiba...." Bahagianya kalau semua aircraft buat mcm ni. rasa best dia lain macam.



Sorry akak, trmasuk pulak gmbr awak. kalau awak tgk ni, say Hai ye! boleh kenal kenal.hiks. 

itulah pengalaman paling best setakat ni! sekarang ni Rayani Air dah bukak untuk Kota Kinabalu. Jom survey kot dapat lagi murah! hehehe 

p/s : sekali sekala bagi reward tak salah pun kan :p


Sincerely,
Cikja.



Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com

10:41 PM


Bismillah, last minute join this! hehe



Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



Sincerely,
Cikja.

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

8:46 PM


Bismillah. so here for the first time join segmen dekat blog. entah kenapa tetiba rasa nak join! haha


Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016



Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^



Sincerely,
Cikja.


#Recipe

Homemade (Oreo Vs Milo) Ice Cream

8:39 PM

Assalamualaikum readers.

for the first time i guess. i wanna share recipe for my blog readers. ececeh ittew sukaaa write in english even in broken english. hahahaha

actually, jumaat lepas alaaa semalam lah kan. cikja ada buat homemade icecream (oreo and milo flavor). both for my sweet niece and nephew. since cikja pun dah nak balik u, so kasi surprise lah untuk bebudak tuuu. actually khamis malam tu tetiba blackout. so dah terputus harapan nak buat homemade icecream ni. then dalam pukul10 macam tu dah ad letrik pastu cepat cepat pi kedai beli barang. hahahaha.

so here we are.


bahan bahan :

Bahan A :

1. 1 1/2 gelas susu full cream (dutch lady or else)
2. 1 sudu besar Ovelette (warna kuning tuu, kedai jual bahan2 kek ad jual)
3. 1 sudu kecil/sudu teh esen vanilla (ni pun mostly ad dekat kedai runcit/kek)
4. 5sudu besar susu lemak manis f&n or else. (depends nak tahap manis macam mana)

Bahan B :

5. Oreo
6. Milo

cara-cara :

1. masukkan susu full cream, ovelette,esen vanilla, dan susu lemak manis. pastu blend semua sekali sampai melekat lekat dan gebu. kiranya dah xcair macam susu full cream awal awal td.

2. lepas tu letakkn bahan yang diblend td ke dalam bekas/tupperware yang sesuai.




Proceed untuk homemade icecream oreo :

3. hancurkan oreo ( me myself prefer blend. senang dan cepat).

4. Dah siap blend, ambikkan oreo letakkan dalam bahan A yang dah siap menanti dalam bekas.


Proceed untuk Homemade Icecream Milo :



Step sama ( step 1-2)

5. Letak sedikit air panas dalam milo dan gaulkn sampai pekat dan sebati.

6. dah siap melekat milo tu, campurkan dgn bahan A tadi.


okay dah siap both ice cream! letakkan dalam peti then esok boleh makan bersama yang tersayang. hihi.
Orea punya je ada gambar. yang milo tak sempat nak snap pic tapi rasa dia seriously best!

p/s : homemade icecream ni bagus since kita boleh buat perisa apa yg kita nak plus ikut kemanisan yang sesuai. lepastu buat dengan penuh kasih sayang. muehehehe.




Sincerely,
Cikja aka Suhaiza :p









#SembangTehTarik

Sembang teh tarik : Cinta vs Suka

11:33 PM



Assalamualaikum dear readers,

Entry ini telah diperam berapa lama entah. dari awal januari smpai harini baru dipublish. muahhaah. final exam sem lepas, ada gap yang tersangat lama. seminggu gap oi tak pena upm kasi gap lama cenggitu. so we-ols gegirl ni saja lah kasi reward sikit since dua killer paper straight two days dah habis dimakan. 

kami semua pergi trip ke air terjun, nanti kita story yang tu okay?

paling syok nak cerita ni. petang after dah habis berkelah dua tempat skaligus dalam satu hari. destinasi terakhir kami ke IOI City Mall, dekat putrajaya sana which is dekat sangat dengan UPM. so, kat sini ada sesi merapatkan silaturrahim gittuuuu. 

ada satu topik yang jadi perbincangan kami berlima. elok sangat dah pilih tempat makan dekat teh tarik place. haaa memang sembang teh tarik lah kan. one of us share her story on cinta vs suka. 

topik ni sangat related actually. dekat mana mana girls/boys sekalipun. bila dah semakin meningkat dewasa gitu, ada satu topik yang menarik dibincangkan iaitu mengenai cinta. yes, i know some people think that buat apa lah fikir pasal cinta. buang masa and what so ever. but this time, main topic that i really want share with all of you adalah perbezaan cinta vs suka.

ni kira pendapat dan pengalaman diri sendiri. owner blog ni mengaku yang dia pernah bercinta, perna sayang kan seseorang. cinta tu subjektif. kadang kadang your partner tak sempat cakap apa, kau dah dapat rasa something will happen. bila dia jauh pun kau akan rasa di dekat je. perasaan cinta ni susah nak cakap cemana. 

tapi lain kalau dengan suka. perempuan normal lah kan bila kau dah selalu contact dia, tanya khabar, dah makan belum. semua tu macam alaaa nampak caring leww. tapi tak bermakna kita ni perempuan cinta dia. cuba kalau dia senyap, xcontact kita. apa hang rasa? oh dah hilang dah rasa rindu tu sikit demi sikit. so jangan konfius dengan perasaan cinta. jangan cepat sangat tafsirkan perasaan cinta tu. cinta bkn sekejap nk kenal. ambil masa tapi suka sekejap je kita mampu nak cakap kita suka kan dia. cinta walau tak contact macam mana pun, perasaan tu still lagi sama kecuali ada side reason yang mampu menghilangkan rasa cinta tu.

suka ni lain. suka bila dia sentiasa ada dengan kita. kita rasa nak je dia sntiasa contact. or cuba gantikn dia dngan orang lain, perasaan tu sama tak? bila dah lama dia xcontact kita rasa apa? dah boleh move on dahhh sikit sikit. haaaaa cenggitu. tapi kalau cinta, perasaan tu susah nk hilang. walaupun bertahun, berbulan bulan, tapi perasaan tu still lg ada dan tak akan sama dengan orang lain. 

Suka adalah satu perasaan yang kena ada dalam cinta tapi Cinta bukan satu perasaan yang perlu ada dalam suka. 

girls, bezakan mana cinta mana suka. mungkin awak rasa perlukan dia sebab dia selalu ada bila awak susah and care pasal awak. tapi tu tak bermakna awak cinta kan dia. cinta vs suka. berbeza. tanya hati, dia tahu mana satu suka mana satu cinta. jangan pernah keliru wahai hati.

waktu discuss pasal topik ni, masing masing macam oooo betul lah weh. oh memang lain pun. ohh serius aku setuju. haaa cenggitu dialog yang keluar. pastu memasing rasa eh malu lah. eee pebenda bincang pasal ni hahahaha *actually, nak percaya ke tak. ktorg mmg jrg ckp soal cinta ni. muahahahha.


p/s : bila cakap soal cinta, hati rasa dupdapdupdap. teringat.



sincerely,
Suhaiza.














Like us on Facebook