Hiking Gunung Datuk

by - 10:01 PM


Ignore kan abg kt atas tuu haha

Assalamualaikum, hi readers.

Okay untuk kali ni entry ke Gunung Datuk pulak ya. Kegigihan seorang cik jaja ni bukan main-main eh. Muahaha. Jadikan cerita tetiba plan dua bulan awal cakap dekat Syazwani ni nak datang KL on 30 April lepastu naik Datuk on Labor Day (01/05/2019) then bertolak balik malam itu jugak. Wani ni pulak on kan je.

Cikja sampai around 4.40 pagi macam tu di TBS from Kerteh. Saje call wani dekat pukul 5 since kesian pulak dekat dia ni awal awal kena bangun. Tapi malangnya, call tidak diangkat. HAHAHAHA. No kidding k wani. Hahahaha. Lepastu cikja tunggu subuh then tengok tengok surau TBS pulak buat hal, rosak. Then tinggal lah hanya satu sahaja surau dimana sangat sempit padat okay memasing nak solat. Cikja dah tawakal dah dengan Syazwani. Tapi baru je nak solat dia call bagitahu baru terjaga then nak siap siap mai ambik. Muahahaha.

Kami gerak dari TBS around 7pagi macam tu. Lepastu sampai dalam 8lebih. Kami tersilap parking di bahagian bawah. Supposedly korang kalau nak parking naik je sampai jumpa kawasan lapang yang Nampak ada pondok semua tu. Kami ni parking punya lah jauh. Kami start hiking lebih kurang 8.30Pagi. Ambik masa dalam 1jam lebih untuk sampai ke puncak. Kami ni biashe biashe je uolss. Hikers kt situ pernah cakap, kalau sampai 1jam tu kira power, beginner biasanya 2jam. So kitorang ni intermediate sahaja.


Tu permulaan nak naik gunung datuk ni. Jangan risau, kalau tak tahu mana nak masuk ni apa semua, kalau korang pergi weekend memang ada je org nak naik or dah turun so boleh terus tanya dorg mana laluan. Sampai je dekat sini, sediakan rm5 untuk pass masuk dan tulis nama dekat kertas disediakan. Mungkin ni sebab nak make sure korang dh turun balik ke apa semua kot. Kalau korang naik malam or awal pagi, bayar nak turun nanti pun boleh.

So selepas nak decide naik gunung datuk ni, ada jugak baca review dan penceritaan orang lain, hmm agak menyeramkan sebenarnya tp boleh lah kan usaha.


Jangan mengalah guys bila tengok macam ni. hahahaha memang pendakian gunung datuk semua macam ni. Jadi ikutlah pace masing-masing. Jangan paksa diri. Waktu kami naik ni, ramai jumpa yang otai otai dah. Kami tengah nak naik ni pun, jumpa orang yang dah nak turun. HAHA


See? betapa ramainya orang nak mendaki. Ni time public holiday, rasanya kalau weekend ramai lagi kot. Ni mcm team jugak ni sbb dorang pakai baju team sesama. kebanyakan track gunung datuk berbatu mcm ni. track gunung datuk ni senang nak detect walaupun tak payah pakai guide pun. Memang kita dh nampak laluan dia.


nampak tak muka syazwani tenang je disitu ? haaaa yang pakai baju putih tu lah xangkat kita call pagi pagi tuuu hahahaha. Waktu tengah nak mendaki ni, korang jangan lah percaya kalau hikers lain cakap, sikit jee lg. dalam 5 min je tu, 10 min je tu. Kitorang dah kena wehhh. hikers pertama cakap setengah jam lagi dik, hikers kedua terjumpa satu jam lagi dikkkk. so mana satu nak percaya ni? hahaha.


Ini perhentian yang lepastu boleh lah landai sikit. Tapi sikit je kawan kawan, hahahah. Bila korang dh smpai sini. Laluan ni tak sampai separuh pun lagi rasanya. Tak ingat dah sebab time ni ingatkan dah nak sampai, tapi tak sampai sampai hahahha.


Kalau nak tahu korang dh hampir sampai ke belum, korang nampak banyak batu batu besar then baru lah jumpa kawasan seperti dalam gambar ini.



Time ni tengok je ada team akk tu siap buat cekodok wehhh. sedapnyaaa! tp kitorg time ni dahaga je lebih, lapar tak sangat pun sebenarnya.



Ni tangga untuk naik ke puncak berbatu gunung datuk tu. Jangan risau, tangga tu kukuh je haa tp naik tu sorang sorang la ya.


Seterusnya tangga ini kawan kawan, harapnya anda yang ingin mendaki ni tadelah gayat. haha


Ini tangga terakhir untuk puncak berbatu gunung datuk. Waktu kami naik ni, waktu ni tengah hangat dengan lebah berkeliaran. memang penuh weh dgn lebah tp jangan lah kacau dia, jangan tepuk dia sudahlah hahaha. kalau tak, naya lah korang.

Sesudah sampai korang kat atas, nampak lah view dari Puncak Gunung Datuk yang paling cantik. Itulah sebenarnya kepuasan korang hiking. Bila dah sampai puncak, masyaAllah cantiknya view tu seindah kecantikan diri sendiri. Ehhh hahahahah.




Jadi ini lah kisah pendakian kami ke Gunung Datuk.

p/s : Goodluck uolss, gunung datuk ni tinggi dia boleh tahan. Jangan risau sebab hiking ni sebenarnya kena ikut pace masing masing. Jangan paksa sangat, itu yg akan jadi injured, cramp dan sebagainya.

Sincerely,
Suhaizasuki.




You May Also Like

5 comments

  1. 2010 dulu aida naik gunung dato ni :)
    tangga nyer pun dah cantik, jaja. mudah la sekarang ni.
    dulu nak naik batu2 tu... seksa ya Allah!!!
    wah, dah berbyr ekk masuk? hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. bestnya ada geng buat activity mcm ni

    ReplyDelete
  3. Siap bayar masuknya ek. Fit tau buat aktiviti camni kan. Badan sedap je rasa :D

    ReplyDelete
  4. ya allah bestnyaaaa, teringin nak pergi hiking macam ni tapi semua member jenis tak minat lasak2 cemni. hope one day kita boleh jumpa geng macam jaja. pergi mana2 nak hiking, on je lol XD

    ReplyDelete

Hello There! :)