Cleaning process!

6:21 PM




hi dearies!




Cleaning in the process!


Ratusan entry mungkin akan menjadi sekerat dua kerat entry sahaja. 


sikit shaja lagi yee!




Final exam mode on!

All the best semuaa and cik jaja too! 







.

SS Shares. story 1.

4:27 PM

assalamualaikum.


ni entry tertangguh sebenarnya. cerita sebenar. actually, my friend of mine asked me to write about her in this blog. kisah penghijrahan dia. bila dia mintak sue terus setuju untuk tulis.

actually, kitorang sebenarnya tidaklah serapat mana before ni. tp tak tahu sejak bila. kitorang mula rapat and sharing almost eveything. and then, i realized that she actually have her own story.

okay, macam mana eh nak start. oh yaa, btw sue xnak mention siapa dia since dia mintak and mungkin tu lagi baik.

sebenarnya, dia seorang yang biasa. happy go lucky person and kalau bahasa mudah, jenis bising jugak. tapi hakikatnya dia sgt baik dan yang paling penting, JUJUR

kisah yang nak share kat sini. dia dulu ada boyfriend. yes pakwe. then dia tetiba terdetik untuk berubah. yes, berubah *xyah nak terkejut sangat* maksudnya berubah kat sini, dia tadelah terus stop/clash dengan bf diaa. maksudnya dia nak kurang contact. tapi bagi pihak bf dia pulak, seolah olah xsokong dia. mungkin bf dia rasa yang mcm alasan tu mcm kolot tuk guna? or kadang kadang disebabkan cliche sangat ayat orang guna untuk clash " awak patut dapat org lagi baik and so on" , so bila dah selalu orang lain guna, tp bila kena pada batang hidung sendiri dia akan rasa mcm kena tipu jugak lah kot? kesian sebenarnya bila orang yg ikhlas guna reason ni untuk break up tp dianggap lain. tp sue tadelah salah sesiapa. sebab siapa sue nak salahkan orang lain, ye dak?

okay pastu sambung balik, oh jap, sue assume nama that girl miss L lah ye? miss L ni sebenarnya tahu dia dah banyak buat dosa. tapi dia dapat rasa Allah jaga dia. Allah detikkan dalam hati dia apa sebenarnya benda salah yang dia pena buat and sebab paling besar yang dia dapat rasa sebab surrounding jugak la. lepas beberapa bulan lah kot? dia dah pun break up dengan dia punya bf, actually, tak totally break up tp mcm lost contact macam tu and status tergantung. miss L dah anggap dia break up la kot.

bila dah tade relationship dengan sesape ni, dia dah mula tukar image. before tu lagi tp mcm biasa laa, nak berubah ni mmg senang senang cuma takut bila berubah mendadak tak istiqamah pulak yee. miss L dah mula pakai baju lelok, tudung lelok. *bfore ni pun elok je, cuma berubah lebih baik sikit la* tp miss L cakap, banyak2 perubahan nak buat, paling susah nak pakai stokin. so, cara terbaik miss L guna, dia memang akan pakai kasut ke mana je dia pergi. discussion ke, makan ke, or ke mana je. and bila pakai kasut orang tadelah pandang pandang dia pakai stokin. tu cara miss L elak jadi awkward.

lepas tu, miss L ni tengah sem break, miss L banyak fikir dan kadang rasa macam xyakin dengan diri sendiri, tp alhamdulillah, sepanjang beberapa bulan dia kat rumah, hati dia terisi dengan benda baik bai, mak ayah ada untuk guide miss L. jarang keluar rumah, pastu tgk tv, ceramah live or tv. tp yang paling best, miss L cakap yg semua adik bradik dia pun cuba lakukan benda yang sama. berubah ke arah kebaikan. tapi antara dorang miss L lah yang paling lambat.

pastu common story yang biasa kita dengar, or mungkin kita sendiri pun buat. one day tu, miss L keluar dengan siblings yang lain dah dekat maghrb mcm tu, dorang pun berhenti masjid solat, before this asal pergi masjid je xrasa nak berjemaah, yelaa alasan nak cepat. biasanya mak miss L je akan ikut imam. then haritu, dorang semua berjemaah and that feeling sangat bermakna smpai dia rasa nak menangis. since that day, hidup dia totally dah berubah. and now, dia masih lagi tengah kuatkan hati untuk berubah.



itulah cerita miss L. kisah ni kisah benar. sue hanya berkongsi cerita untuk kebaikan semua. terima kasih awak sebab sudi share dengan sue. hanya Allah tahu perasaan sue time tu :)

source : google


p/s : lepas baca ni, janganlah awak judge orang yang ada partner and seangkatan tu selalu buat dosa, ingat, dosa dorang mungkin kita nampak, kebaikan dorang kita tak tahu. dan yang paling penting, dosa kita yang orang tak tahu mungkin lagi banyak. Allahu.


kita bukan sesiapa nak judge orang. hidayah milik Allah, mungkin sekarang kita baik, tp akan datang? wallahu'alam. mintak dijauhkan dari perkara tak baik.


kalau rasa nak share story, kalau rasa nak meluahkan tp segan dengan yang lain. boleh je emel kat sue. suhaizasuki@gmail.com  , jangan risau, sue tak akan dedahkan identiti sesape yang share tu. sama jugak mcm miss L ni .


sincerely,
Suhaiza





soalan akademik yg flexible kot?

12:52 AM

bismillah.
assalamualaikum readers sekalian *kalau tade pun anggap ada jela,okay?* Haha
okay, td 14/09/14. kitorang bebudak 3rd year hrd ada laa buat gathering sikit. yang organized semua ni semestinya president n budak laki batch kitorang. ada je yg xjoin n ada yang join.


overall,semua okay. plan terbaik. kitorang gerak dlm 8lbh pastu smpai putrajaya pastu makan makan n berborak.


berborak tu sebenarnya ada soalan yg kasi untuk djwab.
so,here i am. nak ceritakan. sy dpt soalan "cara motivasikan diri sendiri". soalan ni macam more to akademik kan? tp bilaa fkir hmm xpun. berkait dgn hidup kita seharian sebenarnyaa.
okay,disebabkan td mcm xleh nak jawab sgt soalan tuu. bukan xleh jawab cme mcm trtnya tanya ap yg ak buat eh nk motivate diri. haaa mcm tulaaa.


first,menulis. sy sgt suka menulis. kalau xdalam blog,dalam diary. nak cerita dekat org mcm hmmm hanya yg trplh je kot? tp jarang. lebih selesa menulis. time menulis tulaaa nak nanges ke nak marah ke apa. tp alhamdulillah. masih trkawal lg kalau nak marah. n plg truk pun,tahan marah sampai nanges. muahahah


then,menjahit or crafting. crafting is the best therapy for me. bilaa menjahit tak ingat orang lain. berada dalam dunia sendiri.
okay both of that yg share dlm session td.

actually jawapan tu sebenarnya more to nk kawal stress kot?
sebab im the type of person yg mudah nak down and mudah nk motivated balik. just down kejap n talk to myself, cakap yg

"suhaiza,ad hikmah semuaa ni. Allah tahuuu."

"suhaizaaaa,kau belajar kat sni sbb apa,betulkan niattt"

"suhaizaa,ramai lg yg alami bnda truk dr kau,bersyukur sbb kena bnda yg remeh je"

sebenarnyaaa tu cara sue motivasi diri sendiri. sebab diri kita,hanya Allah dan kita tahu limit diri kitaa. so bila dh rasa down,bg balik ayat yg boleh buat kita motivated balik. kadang kadang kalau kita mintak org bg kata kata smgt,back to diri sndri jugak. yelaa sama ada kita nak terima semua tu dengan cara positif ke negatif, ye dak?tp xsalah mintak org lain bg smgt kat kita. dpends pd diri masing masing.

pastuuuu, lebih selesa sorg sorg. haaa tuuuu cara plg best kot? sbb bila rasa down,muhasabah balik. apabendaaa la yg buat ak rasa down ni. bila dah listkan,baru tahuuu. ooo benda ni rupanyaaa. so bila sorang sorang tu ingt Allah,ingat maa abah,along kngah kcik ee adik. anak anak cikjaa. n kawan semuaa. time tu bru rasa lega sikit.


ada lagi ke eh? rasa mcm dah tade.


oh haaa, share dgn yg tersayang. ops! jgn fkir lain dulu. sue tade yg special,i mean pakwe or teman istimewa. so sue xpena trfkir nak share dekat org yg trsyg sgt tuu. tp btol, actually cara tu sbnrnyaa boleh buat kita motivated tw. yelaa,org yg kita syg bg smgt thennn secara automatik kita mcm, waaaa ak kena kuat ni. haaa mcmtuuu. tp sue ckuplaa skdr cara yg atas atas td. sebab mcm yg sue cakap. sue ni cepat down n cepat motivated balik. :')


cepat down tu xelok! jangan nak ikut!


p/s : mungkin next entry. sue update selasa ni kot? pasal kisah sorang kawan. dia yg mntk sue share kan pada semuaa. and mngkin kisah dia tu boleh inspires org lain. kan?
okay,dah nk tidoq.



owner,
Suhaiza.
.
.
gambar kt bwah sbg bukti mmg suka menulis. semua ad dekat fon. senang. hahaha




Ramadhan.

10:56 PM

assalamualaikum dear readers.

sekarang ni tengah otw balik ke tganu. feeling lah sikit konon dengar playlist. lagu lagu ni semua kawan kasi. so tengah dengar ni keluar lagu nasyid. dia kekasih Allah. sayunyaa hati.

tetiba teringat td. tgk tv pastu ad update pasal tarikh puasa.

duk termenung then terfikir, alhamdulillah tahun lepas, niat dalam bulan ramadhan dah terlaksana. tahun ni?

sekarang fikir, apa niat atau apa perubahan yg nak buat. orang cakap kan. kalau kita nk laksanakan sesuatu. sama ada tgglkn yg xelok or buat smthng yg baik, amiklah peluang dalam bulan ini. mngkin sebelum ni kita dah cuba tapi susah jugak nk buat, cbe istiqamah dalam bulan ramadhan. inshaAllah kita berjaya buat. aminnn.

jadikan ramadhan ni satu peluang untuk tingkatkan amalan kita. mungkin sebelum ni susah nak lakukan qiamullail. tahajud n solat sunat taubat. cubalah untuk buat sebelum kita sahur.

lagi satuu amalan yg selalu dikongsi. dalam bulan ramadhan ada 30hri, al quran ad 30juzud. setiap satu juzud ada 20page *betulkan andai saya tersilap* setiap hari solat ada 5waktu, latih lah diri dengan membaca 4page setiap kali solat. inshaAllah ckup 30hari berpuasa kita berjaya mengkhatamkan alquran sbnyk satu kali. andai berupaya untuk khatam banyak kali. lagi bagus :)

mungkin tu je kot sharing sy pd malam ni. maaf andai sy ada melakukan kesalahan dan tegurlah setiap kesilapan sy. mungkin ad yg sy xnampak apa kslhn tuu. sama sama muhasabah diri.

marhaban yaa ramadhan.

p/s : sesungguhnya peluang ramadhan ini mungkin tidak akan kita rasai pada tahun seterusnya, gunakan masa kita sebaiknya.

sincerely,
suhaiza.

motivasi pagi :')

8:12 AM

hai hai assalamualaikum!
selamat pagi semuaaa.

whenever you are sad, alone and so on. always remember this!

There is always someone who knows how to appreciate you, love the way you are and respect you as a muslimah/women.


p/s : entry ni dipost sebab terbuka instagram n nampak dena post gmbr ni. hikss.



owner.

baru mula kot?

6:41 PM

assalamualaikum.

okay ni first time try update blog gunaaa fon. mimihhhh.*tu gaya suka terbaru*

oh yeah. dah habis first paper. ada lg 5paper. hmm. first paper mcm xokau sangat. rasa mcm nak aaaaaa jerit sepuas hati tp apa pun. dh lepas xleh buat apa kan? doa je sbb dah usaha slagi mampu.

so next paper khamis nanti. harapnya semua akan okay. doakan suhaiza okay?

post kalini mcm xbyk input sikit. more to personal la kot.

ni dah boleh post guna fon nanti harapnyaaa banyak la input bole share. ye dak?

p/s : ramadhan dah dekat. moh lerr kita sama sama buat preparation. harap ramadhan kali ni lbh baik dr sblmnyaa. inshaAllah :)

"Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis."

11:59 AM


Assalamualaikum dan hai readers.

okay. untuk post kali ni nak cerita pasal buku Di mana Dia dihatiku tuuuu. actually tak tahuuu nak start dari mana since banyak tajuk dalam buku ni best best. tapi mungkin kali ni sy akan cerita sikit pasal mujahadah sebab tajuk ni sebenarnya berkait rapat dengan saya dan mungkin orang lain jgk?

mujahadah.
mujahadah tu satu jihad. atau untuk senang kita paham, muhajadah tu adalah satu usaha kita untuk berada di jalan Allah.

mujahadah juga selalunya dikaitkan dengan perubahan. saya suka untuk kongsikan tentang perubahan atau perhijrahan ni. nak berubah tu mudah je. sangat mudah tp nak istiqamah tuk memang susah. selalunya kan, nak berubah ni sebenarnya awkward. mana tak awkwardnya, kita nak keluar dari comfort zone kot? yelaa, contohnya macam kita tetiba nak berubah pakai baju labuh and so on macam tu. orang tgk pelik n kita pun sebenarnya awkward jgk mula mula nak cuba.

okay, kita mungkin rasa macam hmm lantak lah, diri aku kot? tapi biasanya orang akan tegur. eh, kau dah kenapa alim sangat pakai baju mak aih labuhnyaaa and bla bla. tu sebenarnya dugaan tuk berubah. take it in a positive way. bagi orang yang tgk kawan awak tu dah berubah jadi lbh baik, jgnla terus tegur kau dah kenapa bla bla bla. bagi dia selesa dengan diri dia dulu. then if nak tahu, slow talk lah, okay?

mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis.

sebab tu bila kita nak berubah, sebenarnya lagi banyak dugaan yang kita dapat. kadang-kadang kita dalam tak sedar mengeluh dengan diri sendri sbb penat dengan dugaan. tp ingat satu je, Allah xkan uji kalau kita xmampu. ingat, dunia ini sementara, dunia tempat kita menanam dan akhirat tempat kita menuai. waktu permulaan untuk bercucuk tanam tu rasa susahnyaaa. rasa mcm putus asa, tp fikirlah kegembiraan bila kita dah dapat hasil tuuu. inshaAllah semangat kita untuk menanam tu akan terus naik.

bukan senang nak tinggalkan sesuatu yang kita selalu buat. bukan senang nak tinggalkan seseorang yang kita syg. bukan senang nak tetapkan hati yang turun naik. bukan senang nak terus bagi semangat untuk bermujahadah. bukan senang nak melepaskan sesuatu untuk bermujahadah kerana Allah.

tapi fikirlah, "tidak senang" tu hanya sementara kerna mustahil ia boleh kekal sedangkan kita kat dunia pun hanya sementara?

mentariterbenam:

Your plans for me are better than my dreams
image : tumblr


p/s : buku Dimana Dia Dihatiku ni best, boleh lah cuba pinjam, or beli. sebab terapi hati itu perluu.













sahabat dan kawan. serupa tapi tak sama.

1:04 AM

amaran : post ni agak panjang. bukan agak tapi memang panjang. HAHAHA

assalamualaikum.


sebelum ni sy ad janji nak tulis pasal buku motivasi Di Mana Dia dihatiku tu kan? nak hold dulu yang tu sebab rasa macam nak tulis pasal sorang budak ni. budak yang bagi suka bagi tempias kat orang boleh dak?

actually, semalam. 21/05/14 malam perwarisan mahasiswa tertinggi kolej. budak ni, syamin syazwani ni dia involve dalam majlis ni. dia sebenarnya mtm sesi 13/14 then dia naik untuk top bagi sesi 14/15. saya ni dijemput tuk program tu. dan bukan semua yg dijemputt. so mcm wahhh sikit bersyukur lah bila dijemput ni *okay tak baik riak ni, tahuuu dosa. tipu je tadi*

so, since dah involve dalam majlis ni. saya dapat lihat start daripada awal majlis sehingga akhir majlis. sejak dari kelaparan sehingga lah kekenyangan. first bagi penghargaan bagi mtm board 13/14 pastu diteruskan dengan perlantikan mtm 14/15. so syamin dah naik jadi top which is syamin dah jadi timb presiden untuk mtm14/15.

bila nama dia disebut untuk jadi top tu. i can feel her. i know that she needs support from people around her. as a rmmate, we shared almost everything. i know her problem as well as mine. betul lah orang cakap, kita tak akan kenal orang sehingga kita duduk satu rumah and jadi roommate. as outsiders, please and please dont judge her.

okay. lepas perlantikan tu dan semua tayangan video pastu nyanyi semua tu. semua dah boleh balik and ada lah sesi bergambar sesama mantan mtm n mtm baru. bila semua dah habes, saya tengok je dia dari jauh. deep in my heart, i hope that she will be stronger than before since her position becomes more challenges. tapi lepas tengok dia, apa yang terkejut, saya nampak syamin mencari cari mana sy, tapi sy buat tak kesah, HAHAHA tengok jelaaaa dari jauh. *macam best kasi dia mencari*

pastu bila dia dah jumpa then she said "thanks" and hug me. wehh, tahu apa rasa time tu? sedih tahu sedih? dah kenapa peluk orang pastu nanges. dah tahu sue tak boleh tgk min nanges pastu nanges lagi depan orang kan? malu pulak sue rasa lepas tu. tetiba nak mnges jugak. haih. lepas tu dia kena panggil tuk brgmbr lagi then someone ask me, "dah sue kenapa kau pulak yang nanges?"

so here, what i can say is. saya tahu, saya kenal diaa. saya tahu apa yang dia alami. bagi saya dia tak pernah berubah. even dari tutur kata, perangai semua tuu. tapi disebabkan orang tak kenal dengan dia, orang akan rasa dia banyak berubah. walaupun korang fikir dia berubah sekalipun, jangan tinggalkan dia. guide diaaa jadi min yang duluuu or lagi baik lah kan. kalau salah betulkan, kalau dah baik, kasi jadi lagi baik *hmm betul kot ayat ni?*

dari sini kita akan dapat tahu. betul ke kita anggap dia sahabat dan betul ke kita ni sahabat yang baik ? kalau nak tahu dalam alam universiti ni and sampai bila bila pun sebenarnya, sahabat lah antara yang terpenting. haaa lagi satu someone pernah kongsikan ni pada saya,

"sebelum kita cakap, aku nak kawan baik yang boleh buat apa je dan bla bla bla (something positive), kenapa kita yang tak cuba untuk lakukan semua tu dulu? "

as a reminder for us, what you give, you get back more dearies. fikir setiap apa yang kita buat.

Untuk syamin,
apa pun yang jadi sama ada sekarang atau bebila. ingat satu je. do something to please our Creator, not people. 

tu je kot dari sue. sue bukan kawan atau sahabat atau roommate yang baik. masih mencuba. tegur andai salah. sebab kita selalunya mampu untuk lihat kesalahan orang lain lebih dari kesalahan diri sendiri. macam tu jugak sue. muhasabah diri.

sincerely, 
your roommate.


p/s : semua ni sebenarnya untuk mengingatkan diri sendiri jugak. baca dengan tenang, gituuuu. :)











Monolog dengan hati itu perlu ?

9:09 PM



assalamualaikum, dear readers.

rasa mcm dah lama xpost kat dalam blog ni. hahaha. sebenarnya tak lah lama sangat pun. sepanjang tempoh xmengupdate blog ni sebenarnya mcm mcm berlaku, macam macam yang difikirkan.

mencari sebab sebenar dan ketahui sebenarnya apa yang terjadi dalam hidup saya ni. sy ni kadang kadang overthinking sikit. jauh sangat nak fikirnya. so apa yang jadi last month. hmm. special event or date, of course my birthday lah. 080414  *eh haruslah dibold kan, penting kottt?* hahahah.. handle motivation programme, pastu join KONWANIS dekat MMU,cyberjaya. then pegi pesta buku and ice skatingggg. fuhh. what a great month i guess.

bila ada orang tanya, " sue, awak dah xaktif dgn blog ke?" then sy respon jela. eh aktif je. cuma macam rasa tak layak nak menulis. sebab tujuan menulis ni sebenarnya nak bagi something lah pada orang lain n diri sendri. tapi macam tade isi sangat kot? 

sepanjang tak update ni, banyak benda yang perlu ingat balik. muhasabah diri. Ehh, ingat cari kekuatan dalam diri tu mudah ke? susah tahuuuu. *ayat macam marah je kan? HAHAHAH* sy manusia biasa. pernah punya smgat Ya Allah, berkobar kobar haaa. tp ada jugak stage yang rasa lemah. waktu tu, hanya diri sendiri bergaduh dengan perasaan.  macam monolog dengan diri sendiri. pernah buat? *kekening. ececeh penah lettew* 

so, cara nak menaikkan semangat yang tetiba jatuh sangat tuuu. boleh lah cuba baca buku Di mana Dia dihatiku. buku ni sangat best dan xbosan kot kalau baca. buku di dah lama. tapi apa salahnya mencuba untuk membaca? sebab monolog dengan hati itu perlu kerna ia memberikan kekuatan .next entry nanti sue update pasal buku tu ye?


p/s : Allah tutup aib kita, sebab tu kita nampak baik. *deep*




sincerely,
cactus.



sikit ditarik, banyak yang diberi.

12:30 PM


alhamdulillah. alhamdulillah alhamdulillah.

Kau tarik sikit nikmat dari hambaMu, banyak yang diberi kembali. hebatnya perancanganMu Ya Allah.

aku bersyukur atas segalaNya.


sedar tak sedar, semua ni sebenarnya berlaku dalam diri kita. kita hilang orang yang kita sayang tp kita dapat ramai orang yang sayang kita.

bila dah macam macam terjadi, duduk sorang sorang, muhasabah diri. then terfikir. saya hilang orang yang saya sayang. tapi dalam keadaan tak sedar Allah datangkan ramai kawan yang tak rapat jadi rapat, kawan yang lama terpisah, contact balik. see? Maka nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kamu dustakan :) *nak tahu surah apa, bukak tafsir, surah Ar Rahman*


indah sebenarnya bila dugaan ni terjadi. Allah rindukan kita, sebab tu dugaan ini diberikan untuk kita. Hanya bila kita terima dugaan, padaNya kita kembali. bercerita tentang masalah kita. tapi macam yang kita tahu, manusia mudah lupa. bila dah senang hilang semuanya.
 Allahuakhbar. InshaAllah kita akan dijauhkan dengan sifat lupa pada Allah. :) *amin kan lah bole? *




source : google

sweet tak words tu? hiksss.  



kawan saya pernah cakap :

" bila kita rasa nak marah, jangan cerita dekat orang sebab nanti kita akan rasa makin nak marah. bila kita rasa sedih, jangan cerita dekat orang sebab nanti kita makin sedih, ceritalah pada Allah. itu lebih indah, menangis lah dihadapanNya. ketenangan kita akan dapat."


pernah jadi x pada kita? *kekening. hahahaha. for sure, pena jadi pada saya. bila saya sedih, then cerita dekat orang lain rasa makin sedih kot. so what is the best that we need to do is, back to your Creator.


p/s : Allah knows what is the best dearies.






Tergamaknya engkau wahai hati

11:03 PM






Setiap hari Allah taala memandang ke dalam hatimu lalu ia berfirman: 

"Kenapa engkau HANYA memberikan perhatian kepada SELAIN daripadaKu, sedangkan engkau DIKELILINGI dengan EHSANKu. Apakah engkau sebenarnya tuli dan tidak dapat mendengar lagi".


Allah. my tears falling down when i read this words. 


betapa kejamnya aku Ya Allah. Hati ini sibuk mempertahankan cinta manusia tanpa cuba untuk mencintaiMu dengan lebih mendalam. Aku seolah olah menzalimi diri aku sendiri.


bimbinglah ak Ya Allah untuk terus kembali ke jalanMu. Bantulah aku. Kuatkanlah hatiku. 


InshaAllah, ilmu penulisan ini akan ku teruskan untuk membawa aku dekat padaMu. 



p/s : Sesungguhnya permulaan ini bukanlah mudah.





Away

1:12 PM


sumber : google


Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali
Bagai kisah kita yang surut selalu

Bilakan berakhir
Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu
Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti
Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua luka


p/s : away for a while.



Dari Jauh

10:37 PM

dear diary.


Assalamualaikum.

post kali ni agak tawar sikit. HAHAH sesi move on kot. sebab tu tawar sikit.

****

*terdetik dalam hati*

betul ke apa aku buat ni?

kau tak rasa sedih ke nanti?

kau ni buat keputusan kadang kadang terlebih sgt.

fikir sikit hati kau tu.

****

okay, tu sekadar monolog dalaman. rasa macam hati ni berhenti berdegup sekejap bila awak betul betul buat. 

So suhaiza, whatever you are facing right now. keep faith. be patience dear heart. Allah tests you to bring you closer to Him :)





p/s : do i need to delete my blog? since too much memories here. 




Like us on Facebook