#Review

Telekung Handmade By Hawwana Hasanah

10:04 PM

Assalamualaikum and hi readers.



No automatic alt text available.

untuk kali ni cikja nak review satu telekung yang paling best terletak, tak panas, bentuk muka elok jeee dan yang paling penting handmade.  Cikja adalah antara penggemar barang handmade even sekarang pun still lagi jahit beg handmade tw even dah kerja semua.

Hawwana hasanah ni jenama baru naik, actually dah lama establish tp sekarang nak kembangkan balik. Butik dia di Sg Petani, Kedah. Jarang kan HQ bermula di Kedah? selalunya mesti di KL. tapi Hawwana Hasanah bukak jugak jualan online yang tersangat limited. Iyalah kan, barang handmade.


Untuk telekung ada dua jenis Telekung Exclusive (Lace Besar) dan Telekung Regular (Lace Kecil). Warna pulak ada pelbagai warna. Nah kat bawah ni cikja listkan warna yang ada.

EBL 01 (Exclusive Black)
 EW 02 ( Exclusive White)
 EC 03 (Exclusive Cream)
EG (Exclusive Grey) 
EB 05(Exclusive Blue)
EP 06 (Exclusive Purple) 
RG 01 ( Regular Green) 
RLP 02 ( Regular Light Purple)


Image may contain: 1 person, standing
Telekung Regular

Image may contain: 1 person, close-up and text
Telekung Exclusive
Itu antara gambar telekung yang boleh cikja review. Kalau nak tengok lebih lagi boleh terus ke link kat bawah ni.

Facebook Page : https://www.facebook.com/hawwanafashion/ atau tekan SINI
Instagram : https://www.instagram.com/telekunghawwana.official/ atau tekan SINI

atau nak order boleh terus email  cikja atau komen je terus kat bawah ni. Cikja tolong orderkan untuk korang. 

Apa yang paling best daripada Hawwana Hassanah ni, packaging lawa, seriously lawaaaa. cikja dah order dah satu kasi hadiah birthday untuk kawan. Macam exclusive sangat. Kawan terharu tw sebab dia kata hadiah ni special sangat since dapat telekung then lawa sekali packaging tuu. Boleh buat hantaran sekali nanti. hehehe.



p/s : Hawwana Hasanah bukan setakat telekung sahaja produk keluaran dia. Next cikja review produk dia yang lain pulak! So pi la cuci cuci mata, like page dorang sambil follow. Tolong dorang naikkn nama yang dah mula menapak dalam bisnes online.


Sincerely,
Suhaizasuki


Anugerah Sarjana Yayasan Terengganu

2:02 PM


assalamualaikum, hi readers.


Untuk pengetahuan semua, Yayasan Terengganu sangat bermurah hati untuk memberikan hadiah serta anugerah penghargaan kepada anak Terengganu yang berjaya mencapai pointer 3.75 ke atas atau dengan mudah kita panggil Kelas Pertama. Tapi tengok jugak, kalau certain universiti dorang akan kasi pointer berbeza untuk menentukan kelas pertama. Kalau macam cikja under UPM, memang strictly 3.75 above la untuk first class dan Yayasan Terengganu pun tetapkan 3.75 untuk kelayakan anugerah ini.


Macam mana nak dapat anugerah ni ?

Semestinya dapat pointer 3.75 ke atas lah. itu semestinyaa. Sebelum tu, untuk anugerah ni tak semua Yayasan Terengganu (YT) akan bagi. Maksudnya hanya untuk degree dan ke atas sahaja (master, phd).

seterusnya perlu pengajian sepenuh masa untuk dapatkan anugerah ini. Maksudnya PJJ tidak termasuk. Anugerah khas ini hanya untuk sepenuh masa. selalunya pelajar sepenuh masa ni tidak bekerja yang terus direct daripada Diploma and Asasi.

Anugerah ini untuk warga terengganu atau mak ayah yang dah lama menetap di Terengganu. Yang no XXXXXX-11-XXXX ni confirm la dapat sebab anak Terengganu.

Bila dah lepas syarat  di atas,, isi borang yang ada di portal YT. Isi borang tu sekali bagi attachment yang diperlukan.  Boleh terus ke LINK ini untuk pengisian atau download borang. Borang dia simple sahaja. Apa yang penting kena dapat pengesahan transkrip daripada universiti masing-masing. Borang itu siap ada tulis attachments yang diperlukan. Paling penting transkrip perlu disahkan.

Kalau link kat atas tak bukak lagi permohonan, boleh bukak website http://www.yt.gov.my/index.php/en/ terus. selalunya Anugerah ini bukak pada bulan 10 dan pembahagian anugerah ni sekitar bulan Disember.


So for those anak terengganu yang dapat, Congratulations! Bagi ank ank negeri lain, cuba cek kot kot ada anugerah special negeri korang kasi? Macam pahang and selangor selalunya banyak jee aktiviti/pinjaman/anugerah untuk hargai ank negeri yang cemerlang!



Sincerely,
Suhaizasuki.

Like us on Facebook