Day Trip Pulau Kapas - BUKIT SINGA 2018

8:30 PM



Assalamualaikum readers,



Untuk post kali ini adalah tntang day trip cikja to pulau kapas! oh yeayyy. so trip ni ada 18 Ogos 2018. Di mana day trip ini termasuklah percutian ke Kuala Terengganu.

Roommate cikja di UPM datang sesaje jenjalan Terengganu. Kami pilih trip ke Pulau Kapas since dapat pergi day trip sahaja dan hari lain boleh spent time Jalan Terengganu. Hari jumaat kami bertolak sekitar pukul 11 pagi daripada kerteh. Kami ikut laluan biasa. Kami tempah chalet di sekitar marang, jadinya esok untuk pergi ke Jeti Marang tu dekat jee.

Setelah cari chalet yg or hotel yang murah, kami trjumpa dgn chalet su. Serius murah dan lawa. Kami ambik package 79/night queen bad for 3persons. And owner dia tak kisah kami ni tidur bilik tu bertiga walaupun design hanya untuk dua org shj. Petang tu pusing pusing sekitar terengganu and malam balik around 8.00pm++ macam tu.



Sebelum balik kami prepare siap siap makan untuk breakfast and apa yg nak bawak ke pulau. Cikja ada jugak review kena bawak apa pi pulau semua tu, tapi tak jumpa pulak. Jadi kat sini cikja akan bgthu apa yg perlu bawak untuk ke day trip pulau kapas ni.

Since cikja ambik package daytrip include lunch box so makanan tghri tak perlu risau. Cikja just bawak sebuku roti, dan kaya (untuk kami bertiga makan sekali dgn bagi ikan makan hahaha). Senang sikit cikja listkan kat bawah ni apa perlu bawak

List perlu bawak day trip pulau kapas:
- makanan (roti dan air)
- sunscreen
- sunglasses
- baju nak tukar (ni tak perlu bawak ke pulau sbb korg akan tukar time balik pulau jgk)

So hanya itu senarai perlu bawak. Tips nak planning best pi pulau. Korang perlu datang jeti awal awal, pkul8 tu dah siap siap kat situ. Kami semua smpai pukul8, jumpa dekat agen pulau kapas kami (kak ja namanya), ambik tag tangan and package kami.

Untuk package rm79 ni include snorkeling, hiking bukit singa dan makan tghari (lunch box). Kami planning nak hiking dulu lepastu baru snorkeling. Trip snorkeling ada sekitar pukul 9pg, 11pagi, 1thgri and 3ptg. Untuk hiking plak around 10pagi and 2ptg. Jadual ni kita boleh pilih nak yang mana satu.


Jadi cikja pilih hiking bukit singa pukul 10pagi and snorkeling 3 petang. Sampai di pulau around 9++ jadinya terus pergi dekat kapas coral untuk booking hiking pukul 10pagi. Sebelum 10pagi, kami dh gerak naik bot untuk ke bukit singa. Tak nak naik bot boleh tp nak sampai tu around 2jam jgkla🤣 tu xtermasuk hiking lagi. Jadi kami naik bot.

Nak hiking bukit singa tu dah start naik bot dengan team lain. Tengok gambar kat bawah ye :)

Tengah briefing

Dah start dahhh

Adik yang exciteddd hahaha
View nak naik atass
View dari atasss, kemain kitorang punya abg guide willing ambikkan gambar tw :p
View bawah bukit




Okay selepas dah habis hiking, kami tunggu untuk snorkeling tapi pi makan semua dlu. Pukul 3 baru lah turn snorkeling. Serius lama tunggu, rasanya baik ambik snorkeling 1pm kot haha.

Muka selepas snorkeling, selepas berperang nak turun hahahaha

Itu sahaja untuk package Day Trip Pulau Kapas kami bertiga. Balik sampai ke jeti sekitar 5ptg, mandi solat semua di masjid marang dan kami terus bertolak pulang :)

p/s : Pulau kapas kecik sahaja, so jangan expect macam pulau perhentian, kalau nak release tension semua insyaAllah okay.


Till next entry,
Suhaizasuki.

You Might Also Like

19 comments

  1. hai jaja . good info . Tapi nak tanya , kalau dari kuantan nak pergi pulau kapas ke pulau kapas dalam berapa jam ye .? lama dah teringin nk pergi pulau kapas dengan perhentian tapi tak tercapai lagi . 2019 make sure jadi .

    ReplyDelete
  2. dalam dua jam setengah jgk rasanya, sbb cikja dari kerteh lbh kurang 1jam plus.

    ReplyDelete
  3. cantiknya tempat. rindu nak mandi laut jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenjalan lah tganu, tp skrg musim hujan so tak boleh mandi laut lg laa.

      Delete
  4. Lawa gila. Teringin nak pergi
    https://thekhairina.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. cantiknya pulau kapas! saya belum sampai sini lagii
    aduh bilalah nak pegi terengganu lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la planning pi next year, bajet rendah je insyaAllah. :)

      Delete
  6. Subhanallah, canteknyaaa. Memang pulau2 kat ganu ni comel2 lake ah kang?. Hihi terus terkeluar slang ganu. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah semua cntik cntik, jaja duduk tganu pun xhabis lg ni jelajah pulau sini :p

      Delete
  7. tenangnya tngok air.. view cntik sngt!

    ReplyDelete
  8. ada tak mana2 pakej Day Trip yg boleh suggest...saya cadang nak ke pulau kapas bulan depan..

    ReplyDelete
  9. wuhuu nak gakkkkk. Follow sini btw :D

    https://purrrhana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. wahhhh.. boleh masuk dalam wishlist ni ! ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/11/follow-5-akaun-instagram-ini-untuk-kandungan-tentang-kewangan-terbaik.html

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Hi awak. Tak lama pun, kejap je dah smpai atas. Santai je hiking ni tp boleh tgk view lawa sgt!😍

      Delete

Hello There! :)

Chit Chat