BACELOR SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)

by - 12:00 AM








Assalamualaikum, hi readers.

Okay balik kepada tajuk di atas, pada hari ini rasa macam nak ceritakan tentang Kos yang cikja ambik waktu di zaman university. Untuk adik adik lepasan SPM, sekarang mungkin waktu untuk korang isi UPU dan sebagainya untuk sambung belajar kan?

Cikja selepas SPM dengan result alhamdulillah masih lagi mampu untuk buatkan cikja tersenyum. SPM 2010. Pada awal waktu tu terfikir mana yang lebih baik, adakah sambung asasi or adakah sambung matrikulasi or adakah sambung STPM dan sebagainya. Namun cikja pilih untuk sambung matrikulasi. Sebelum buat keputusan untuk akhirnya memilih matrikulasi kena tahu beberapa sebab. Kalau nak tahu nanti cikja buat next entry.

Selepas matrikulasi isi UPU, jadi cikja terus ini pilihan Research University di Malaysia (UM,UKM,UTM,UPM). Jangan pelik kenapa USM tade? USM adalah apex university ye adik adik. Nak jadikan cerita cikja dapat pilihan UPM : PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA.

Korang kena paham berkenaan kos sumber manusia ni ada beberapa kos di UPM dan mungkin UNI lain iaitu PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan) , PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (Fakulti Pendidikan) DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (Fakulti Ekologi). Cikja tak nak cerita tentang kos lain, entry ini hanya fokuskan kepada Pembangunan Sumber Manusia atau englishnya kita panggil Human Resource Development.

Kos ni ambil masa selama 4 tahun. Kalau korang daripada dip, serius cakap sangat susah nak dapat pengecualian subject dekat UPM ni, selalu tgk kawan sama kos dengan cikja asyik tak lepas je. Kos ni sedikit membaca dan memahami daripada pembacaan dan sedikit penghafalan. Kenapa cikja cakap sedikit? Sebab bila kita dah paham secara automatic kita mampu untuk score each exam. Cikja awal awal tu tak dapat nak biasakan diri sangat sbb cikja more to mathematics tapi dapat kos ni, terima jela ye dak?

Kami HRD diletakkan dibawah fakulti pengajian pendidikan bukan di bawah fakulti ekonomi dan pengurusan. HRM (Human Resource Development) berbeza dengan HRM (Human Resource Management). HRD ni lebih kepada pembelajaran, development mcm career development, training, organizational ethics, organizational behavior and so on.

Untuk kos kami, praktikal pada sem yang ke 6. Satu sem 6 tu hanya praktikal semata-mata. Lecturer kos hrd memang strict pasal tempat praktikal since dorang nak kita semua praktikal di company besar so exposure regarding to HR lebih mendalam lagi. So alhamdulillah, cikja selamat dah praktikal di Petronas Carigali Kerteh under HR Department (Learning and Capability Trainee).

Bagi projek tahun akhir kos HRD, kami kena settlekan thesis bermula pada sem ke 7 dan ke 8. Untuk FYP ni, kena banyak membaca sedikit since kena lebih expose pada journal, rujuk pada thesis senior lama dan paling penting kena banyak berjumpa Lecturer Pemantau masing-masing, keep update progress FYP. Tapi jangan salah faham, walaupun sem 7&8 ni more kepada FYP, tapi masih ada subject lain kena ambik. Jadi masih lagi kena jaga pointer.

Macam mana nak score exam ye cikja?

Okay untuk score exam, sem 1 perlu lah serius belajar. jangan ingat sem 1 tu sem main main. A BIG NO. Cubalah tanya sesiapa yang dah pernah masuk Uni, sem berapa paling kena score. Confirm Sem 1. Tapi jangan lah pulak sem 1 tak boleh score dah give up awal.

Cikja grad tahun 2016, alhamdulillah. Sem 1 dan 2 cikja memang xscore sbb yela kan macam cikja cakap tak minat kos ni pada awal awal belajar. Then lepas JPA tolak permohonan scholar dua kali (Kali pertama guna result matrik, kali kedua result sem 1) sedih giler kotttt. muahahah. cikja nekad nak tukar PTPTN kepada biasiswa. Then start sem 3 result cikja sentiasa lebih 3.6. Paling score 4.0 untuk 2semester. Bukan nak cakap pasal pointer, cuma nak cakap walaupun tak boleh score awal awal, dont give up untuk try semester lain. Jangan putus asa, cuba usaha sehingga korang boleh jadikan PTPTN tu as scholarship since JPA xnak terima korang kan? haha

Kalau korang boleh score sem 1, tadelah struggle macam cikja ni haaa.

Assignment budak HRD ni pulak banyak keluar. Maksudnya hampir each sem kitorang kena keluar cari company then nak kena interview company. Kena pepandai contact company mana yang bersedia untuk terima kitorang ni haa. Kena ingat, degree tak sama dengan diploma atau asasi. Degree lebih kepada berdikari. Kita create jadual kita sendiri, kita buat pilihan sendiri bukan macam matrikulasi yang sememangnya dah ditetapkan kelas mana and subject apa kena ambik. Degree ni everything kena buat sendiri. So adik adik nak ambik degree, please siap sedia dengan semua ni ya. Jangan culture shock sangat haha

Jadi lepas grad, apa hala tuju budak Pembangunan Sumber Manusia ni? Semestinya menuju kepada Human Resource (HR). Setiap company sememangnya wajib untuk ada HR. tp kena paham HR dan Admin adalah dua position yang berbeza.

Kerjaya bagi kerja kerajaan pulak banyak yang boleh pilih macam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Pegawai pembangunan masyarakat jugak ada yang related, pegawai tadbir negeri dan sebagainya.


Okay itu adalah serba sedikit secara ringkasnya penerangan cikja mengenai kos pembangunan sumber manusia.





Sincerely,
Suhaizasuki.



You May Also Like

5 comments

  1. banyak kelebihan juga belajar kos ni..skop keje luas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah sgt meluas, cuma kena thu part mana yg nk fokuskan insyaAllah :)

      Delete
  2. Bagus perkongsian ni. Boleh buat rujukan untuk lepasan SPM nak pilih kos yang sesuai.

    ReplyDelete
  3. W'salam Cik Jaja.
    Tahniah! Saya pun kena rajin belajar supaya berjaya dalam pelajaran.

    ReplyDelete

Hello There! :)