Pemergian Siti Sarah Raisuddin yang sangat dicemburui

1:22 AM

 Assalamualaikum, hi readers.


9 August 2021, seluruh dunia. seluruh Malaysia dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah. Satu pemergian yang sangat dicemburui semua orang termasuk cikja sendiri. Pada awal tahu mereka sekeluarga positive covid19, waktu tu risau sebab Siti Sarah mengandung. Tapi bila tgk dia kuat, masih bertahan dan boleh upload story. Jadi rasanya dia kuat dan mampu melawan virus tu.

Tapi tetiba nampak dia upload kena pi hospital. Waktu tu rasa risauuu teramat sangat, syahdu tgk video dia peluk ank ank. Sampai lah jumaat 6/8 shuib maklum perlu ditidurkan dan operate untuk melahirkan baby. Allahu time tu rasa risau sgt, gigih tunggu update dari pkul 2 waktu arwah menjalani pembedahan. Alhamdulillah bila tgk shuib update, ank mereka yang ke 4 selamat dilahirkan namun Siti Sarah masih tidak sedarkan diri. 

8hb malam, Shuib update keadaan Siti Sarah dah tak okay dan mintak doa dari seluruh Malaysia. Allahu berdebar sgt dan yakin bahawa Siti Sarah mampu untuk melawan virus tu dan doa akan keajaiban buat arwah. Sampai malam tu termimpi kan arwah, risau sgt seolah olah macam ahli keluarga terdekat. Perasaan tu tak terkata. 

Bangun solat subuh, tgk update dari Shuib pemergian Bidadari Syurganya. Allahu rasa sebak dan sedih teramat sangat. Macam tak percaya, cepat sangat benda ni terjadi. Rasa sebak. Hari pemergian tu rasa tak bersemangat, menangis bila terfikirkan semua tu. Moga Allah titipkan kekuatan yang luar biasa buat Shuib sekeluarga, terutama anak anak arwah. 

Shuib ada maklumkan tak tahu macam mana nak ceritakan pada ank ank arwah. Tapi alhamdulillah, Allah mudahkan bila ank ank dah tgk di youtube dan tv berkaitan ibu mereka. Bila shuib buat live, sebak ya rabbi. Tapi bila tgk Shuib dah boleh tersenyum, rasa syukur.

Pemergian Siti Sarah menghibakan seluruh warga Malaysia dan mungkin dunia. Begitu banyak kebaikan arwah yang diperkatakan setelah tiada. Amalan arwah yang sangat mementingkan sedekah dan menjadi isteri solehah buat suaminya. Allahu, mungkin ada lagi amalan yang kita mungkin tak tahu sebab itu kematiannya menyentap hati seluruh Malaysia.

Moga arwah ditempatkan dalam golongan beriman. 

Cikja sendiri sebenarnya trauma / fobia bila melibatkan kematian. Cikja pernah alami kematian arwah nenek yang secara tiba tiba. Cikja ada ceritakan dekat SINI. Sedih sgt. 

Kematian yang tiba tiba ni lagi menyakitkan sebab kita tak bersedia. Jadi, hargailah org sekeliling. Catat dan rekod sebanyak mana memori untuk mereka yang tersayang. sekurangnya itu akan ubati rindu kita pada mereka. 

Moga kita lebih dekat dengan Allah swt, dan lebih muhasabah diri dengan pemergian yang sangat dicemburui ini.


Sincerely,

Suhaiza.



You Might Also Like

1 comments

  1. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat