UMRAH PART 4 - YANG TERINDAH (UMRAH PERTAMA)
11:01 PM
Assalamualaikum and hi readers,
Jadi harini tetiba semangat datang untuk ceritakan tentang perjalanan umrah yang tersekat sehingga Part madinah sahaja. Kali ni cikja sambung part umrah pertama.
Maa Abah :) |
Pagi pagi lagi selepas dah siap bersarapan dan dah buat ziarah wada' di bumi madinah, kami semua dengan lengkap berpakaian ihram sebagai persediaan untuk menunaikan umrah yang pertama. Pakaian ihram masih diberi pilihan sama ada nak pakai terus dari Madinah ataupun bila dah sampai di miqat. Untuk niat ihram, bila mula gerak daripada Madinah, tempat yang ditetapkan untuk berniat atau lebih dikenali dengan miqat adalah Bi'ru 'Ali / Zulhulaifah (lebih kurang 12km dari kota madinah). Tapi kalau bagi mereka yang datang dari Malaysia, miqat nya adalah di Qarnul Manazil (lebih kurang sejam sebelum mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah).
Miqat |
Kami lalu jalan ke Makkah melalui highway. Macam Malaysia, sepanjang perjalanan kalau kt Malaysia kita tengok pokok macam tu kan, tapi kalau kat highway sini sepanjang perjalanan tu padang pasir. Ada unta dan ada jugak macam saluran air untuk tanaman yang ada. Lepastu kat sini pun ada RnR tw, kami pun berhenti makan sekali dengan solat hehe. Pengalaman best dapat rasa rnr sini.
Gerai di RnR sanaa :) |
Bila dah dekat nak sampai, apa yang pertama kami nampak adalah Jam Penanda Makkah. Allahu sebak, serius tak sabar dan perasaan bercampur baur waktu ni. Kami sampai ke Makkah dalam waktu maghrib ke isyak dah. Jadinya kami semua terus naik bilik masing masing dan tunggu isyak terus bergerak untuk tunaikan umrah pertama. Tapi sepanjang berada dalam ihram, kena ingat segala larangan dalam masa ihram (boleh rujuk mutawwif berkaitan ni). selalunya dalam kursus umrah selalu ustaz ada sebut larangan ihram ni. Jadinya harus dipercepatkan umrah dan jgn berada dalam ihram terlalu lama.
Suasana menunggu maghrib :) |
Bermula la umrah pertama kami. Allahu, rasa sebaknyaaaa. Untuk umrah pertama memang akan ikut mutawwif @ dalam kumpulan. Yela, umrah pertama, kawasan tawaf saie dan kawasan nak masuk pun belum tahu lagi kan. Allahuakhbar, waktu awal awal tengok kaabah, menitis air mata ni. sebaknya ya Allah. Besarnya kebesaran Mu. Rasa macam mimpi. Kami semua bergerak dalam kumpulan untuk tawaf. Tawaf kena cukupkan 7 pusingan dengan yakin, selalunya ramai guna tasbih digital untuk pastikan pusingan tawaf betul. Waktu ni ambik pusingan yang jauh sikit dari Kaabah sebab terlampau ramai orang, orang belah sana semua size besar besar berbanding dengan orang asia, jadinya bagi umrah pertama, xnak pisah dengan ahli kump kan jadi kena duduk dalam kumpulan. Waktu ni kena ada wuduk dan sebab itulah spray wuduk tu penting. Alhamdulillah dah siap, kami diberi waktu untuk solat sunat dua rakaat di hadapan kaabah sebelum terus ke tempat saie.
Bagi saie, dimulakan di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. tapi tempat saie dah cantik, jadi bila buat perjalanan saie tu tak terasa naik bukit sebenarnya. Dan untuk kawasan yang berlampu hijau, yang lelaki nya perlu berlari-lari anak dan berjalan laju bagi wanita. kat sini eloknya pakai stokin yang tebal untuk elakkan kaki melecet. Kasut semua sememangnya diletakkan di kawasan sebelum masuk dalam kawasan masjidil haram lagi.
Permulaan Saie |
sesudahnya saie, tiba pula waktu untuk bertahallul (bercukur/gunting). untuk cikja ceritakan dekat sini, kami perempuan ni hanya gunting sedikit sahaja, dua tiga helai rambut. Bagi lelaki pun sama, cumanya selepas sudahnya saie, kebanyakan mereka akan pergi ke kedai gunting rambut untuk bercukur dan sebagainya. Itu yang dapat kita tgk ramai yang botakkan kepala selepas selesai umrah. Dan untuk rukun terakhir umrah adalah tertib.
Laluan harian menuju ke masjidil haram. |
Alhamdulillah, sesudahnya umrah pertama, hati ni rasa sayu sebak dan bersyukur tidak terkata kerana diberi peluang untuk selesaikan umrah pertama. Sepanjang tawaf, saie semua ada bacaan yang digalakkan. Selalunya bila pergi dengan travel agensi akan ada buku rujukan bacaan untuk umrah. Boleh rujuk daripada buku itu.
Selepas semua selesai, kami bergerak ke dewan makan sebelum naik bilik masing masing bersama beg bagasi kami. selesai makan, semua kemas barang masing-masing dan beristirehat sebab esoknya masih banyak perjalanan kami. Kat Makkah memang sentiasa hidup malamnya, tak pernah putus org beribadah.
Okay cukup untuk part 4. Umrah pertama tu, hanya satu niat di hati, tunaikan umrah dengan penuh keikhlasan. Gambar di masjidil haram sempat diambil keesokan hari dan hari hari yang berada di sana. Hari pertama tu, biarkan keterujaan diri dengan menatap setiap keindahan dengan mata hati untuk tak lupakan suasana di sana.
p/s : nanti cikja sambung untuk part seterusnya ya! rasa rindu yang mendalam membuatkan cikja nak sambung cerita agar satu masa kenangan manis ni dapat dibaca oleh semua readers :)
Till next entry,
Suhaizasuki.
13 comments
Wah, seronoknya dapat menjejakkan kaki ke bumi Makkah dan Madinah, semoga saya pun dapat menjejakkan kaki ke sana Insha Allah..
ReplyDeleteAmin, insyaAllah one day nanti :)
Deleteteringin sangat nak ergi tapi belum masanya lagi. doakan saya ke sana jugak. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 310
ReplyDeletedah singgah dah elsa, and follow sesiap hihi
Deletebest nya g umrahh :) Doakan saya dapat jejak ke sana jugak ye ,,, Insyaallah sekarang masih menabung lagiiii
ReplyDeleteinsyaAllah, moga kita berdua sama sama dapat jejak ke sana. cikja teringin lagi nk pi :)
DeleteToT biiznillah...
ReplyDeleteTeringin ke sini juga
ReplyDeleteone of my wishlist :') seronoknya!
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan ibadah..
ReplyDeletefollow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)
Ya Allah.. hope one day aff dapat ke sini :')
ReplyDeleteRindu nak ke sana lagi.. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata perasaan tenang yang dirasai bila berasa di Mekah dan Madinah :)
ReplyDeletealhamdulillah rezeki menjadi tetamuNya. rezeki =)
ReplyDeleteHello There! :)