Why we must have a Planner

10:10 PM




Assalamualaikum, hi readers.

Sebenarnya minat planner ni dah lama tapi macam tak berapa rajin sikit nak hias-hias dengan washi tape bagai. So untuk birthday kalini, cikja reward diri sendiri dengan pink planner beli dekat MR DIY je haaa. murah dan jimat! hahahaha



So dalam planner ni mostly banyak tentang fitness dan pasal pemakanan. hmmm, tak nampak ke wishlist dekat board sebelah tuuu. Loss weight haaa, dari tahun lepas lagi mende alah tu tapi asyik gain weight je haaa. Tambah tambah dah kerja ni, seriously naik banyak kilos. HAHAHA k tu gelak tak ikhlas.

Kerja banyak duduk je lepastu keluar lunch. bila banyak fikir mula lah lapar then cari makanan banyak banyak lepastu balik penat terus malas nak exercise. So salah siapa tu suhaiza? ehemm. kat area Terengganu ni pulak susah nak cari tempat nak hiking macam waktu duduk UPM dulu. Nak jogging macam tak berapa nak rajin.

Jadi dengan planner ni ada la sikit perubahan or inisiatif seketul suhaiza which is list kan apa yang nak buat especially pengambilan air supaya cukup 2.5 liter. Actually tu mcm sikit. Normal biasa 3liter la sehari kan.

So why we must have a planner ?

1. Tahu apa daily goals kita

Kelebihan sikit ada planner ni sebab kita tahu aim seharian kita. boleh tick kan or list kan apa nak buat dalam sehari. CIkja ada dua planner, satu planner ofis dan lagi satu personal planner and coming soon untuk ramadhan punyaa. Dari planner tu kita akan list kan apa nak buat untuk setiap hari tanpa ada yang tertinggal.

2. Kemas dan tersusun daily routine

Bila ada planner ni, kita akan tahu apa yang kurang dan apa yang kita patut tambah. sebagai contoh kita ambik fitness routine. Hari pertama, kita buat skipping 200, second day up lagi dan up lagi. dari planner ni kita akan nampak, mana kurang nya exercise kita dan mana perlu tambah untuk cepat kurus. Muahahaha

3. Hargai setiap hari kita

Cuba korang buat satu buku jadikan as planner. tak perlu pun buku lawa. just cukup untuk korang buat checklist seharian. lepas dah buat, apa korang rasa? korang akan rasa setiap hari korang terisi dengan benda best best sebab korang dah decide awal awal apa target korang. jangan cakap tak kalau belum pernah buat.

4.  Positive vibes everyday

Sebab kan kita selalu listkan perkara best best, so setiap hari positive vibes tu akan adaa. Pagi pagi dah check planner kena buat apaa. Walaupun sometimes ada yang tak terkawal, tapi at least cuba capai apa checklist seharian kita.


Okay dah situ dulu kelebihan kita ada planner ni. Lepas ni cikja bagi website yang ada gambar lawa lawa  untuk isi dekat planner okay?



p/s : As a organize person, having planner is a must. Appreciate each day of yours.




Sincerely,
Suhaiza.





Tips bercuti secara bijak bersama TRAVELOKA

12:15 PM



Assalamualaikum and hi readers,

Amacam cuti minggu depan? Ada yang dah plan siap siap pasal nak pergi bercuti? Minggu depan ada banyak cuti yang sesuai nak plan pi mana mana. 24 April hari pertabalan Agong haaa lepastu 01 Mei pulak cuti hari pekerja. So, apa lagi plan laaaa nak pi vacay ke apaaa. Gitewww


So sekarang ni cikja nak review satu app yang okay untuk korang yang suka jalan. TRAVELOKA, alaaaa macam trivago. Mungkin ada yang dah biasa dengar pasal traveloka tapi kalau belum, meh sini nak cerita sikit.







Nak mudah download app dekat hp, pi je cari dekat app store / playstore. Taip je TRAVELOKA confirm jumpa and lepastu register. Mudah nak register, just masukkan email and dia akan kasi code dekat email lepastu masukkan code tu then done! So sekarang boleh decide bila nak pergi, ke mana and berapa hari nak stay untuk mudahkan deal yang terbaik dari Traveloka ni. Oh well, cikja mesti lah awal awal dh download app ni.


Why must we use this app, TRAVELOKA?

Kalau korang kenal cikja, korang memang akan tahu betapa simple nya seketul suhaiza which is nak cari sesuatu yang tak rumit. Kalau sebelum ni pernah cari rumah sewa by Hidup.my. so sekarang bercuti via TRAVELOKA.
Nak info details pasal TRAVELOKA, nah ni cikja kasi info untuk senang korang review :




Kelebihan TRAVELOKA yang korang perlu tahu.



Kalau kita nak pergi mana mana confirm nak survey harga. Which one will give you the best prices, lepastu senang terus sediakan hotel mana nak duduk and no additional charges. TRAVELOKA memang complete sediakan semua tu.

1.     Jimat masa – kenapa? Sebab terus boleh book flight and hotel serentak. Jimat masa especially kalau nak pergi travel minggu depan. Nak plan siap siap taip je tempat nak pergi mana, terus TRAVELOKA sediakan hotel yang sesuai sekali. Mudah kan?

2.     Best price – Bila kita decide je mana destination nak pergi, TRAVELOKA akan bagi pilihan untuk kita. Mana harga yang kita rasa termasuk dalam bajet kita.

3.      No hidden charge! – kenapa siap ada ‘ ! ‘ hahahaha? Sebab selaluuu je kalau bagi harga murah lepastu ada charge lain, charge itu ini last last harga samaa je. Tp TRAVELOKA ikhlas okay, bagi harga tade nak tambah tambah.

Hmmm rasa macam banyak pulak bebel pasal TRAVELOKA ni. Pi lah download and explore sendiri. Cikja pun nak explore lebih lagi. Plan nak pi jalan jalan dengan TRAVELOKA dah ada dah lepas ni.


p/s : TRAVELOKA bukan untuk overseas je tw, untuk Malaysia sahaja pun boleh. So, apa lagi ? Pi explore TRAVELOKA sanaaa!



Sincerely,
suhaiza.




Suhaiza Turns 24

11:51 PM



Assalamualaikum, hi readers.


HAHAHA Terjebakkk! 



alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur cikja. So sekarang dah bertukar jadi 24. Bio sebelah xnak tukar lagi hahahaha.

so, this special post for myself and readers.  Suhaiza ni pesen suka beli hadiah untuk diri sendiri sempena birthday dia, reward katanya. So mungkin next next entry nanti update pasal hadiah tuuu hehehe :p Kalau sebelum ni sentiasa ada celebration. Especially tahun lepas. tengah tidur ada orang nyanyikan lagi birthday. Kau rasa? hahahaha. walaupun tahun ni tiada celebration, tapi ucapan manis manis doa yang baik sentiasa adaa.

Malam tadi seriously mengantuk awal. so tidur jela. lepastu bangun pagi pagi, tetiba dapat voice note orang nyanyikan lagu happy birthday, dapat video yang sweet and ucapan yang diabetes semua. walaupun ada ucapan yang pendek, tp Allahu, masih ada yang mengingati.

Paling banyak doa yang dihantar adalah pasal jodoh. hahhahaa like seriously korang nak cikja kawen cepat? bak sini hadiah birthday boyfirend sorang. hahahaha. And yang paling best sekali, ramai je jujur cakap facebook remind kan birthday cikja harini. korang nak jujur pun simpan la sikit okay? hahaha tapi tapi walau apa pun, korang masih lagi sweet, masih lagi buatkan seketul suhaiza rasa special.

Cukuplah anugerah ini yang Allah beri, keluarga yang sentiasa memberi sokongan, kawan yang sentiasa mengingati. Orang disekeliling yang sentiasa mengingatkan tentang akhirat. Itu rezeki yang kita mungkin tak sedar. Sentiasa lah muhasabah diri.

Suhaiza,

Umur semakin meningkat, hari semakin hari kita tak tahu jodoh atau ajal yang menjemput dahulu. Jangan terlalu mengejar cinta manusia. Kerna mungkin ajal yang menjemput dahulu. Kejarlah cinta Ilahi kerna cinta manusia akan mengiringi setelah mendapat cinta Ilahi. Teruskan istiqamah, teruskan menuntut ilmu, teruskan membuat amal. InsyaAllah langkah perjalanan akan sentiasa diiringi Allah.

Terima kasih kalian yang mendoakan cikja.

p/s : please renew lesen cikja. AHAHA


Sincerely,
Suhaizasuki @ Cikja.


Like us on Facebook