#Fitness #TravelMalaysia

Jelajah ke Bukit Keluang, Besut Terengganu

6:56 PM



Assalamualaikum, hi dear readers.




tudiaaaa tajuk acah acah fit dah mai dah haaaa. HAHAHA. Cerita dia, kawan cikja ada lah mai jenjalan Terengganu ni haaa. Kebetulan ada wedding kawan, so dia pun sekali menyelam lah. Since rumah cikja sekitar kerteh dan paka. So ambik masa 2jam lebih nak ke Bukit Keluang ni. Kami plan nak gerak pukul 4 pagi, so sampai awal boleh terus solat subuh and naik sanaa. Tade lah panas sangat bila sampai top. Cikja sendiri pun tak pena naik pun bukit ni. So main redah jela for the first time.

Sambungan yang cakap nak gerak pukul 4 pagi td tu sembang semata. Dah masing-masing tidur pun pukul berapa pagi, berangan la nak bangun awal? hahahah. Kami gerak sekitar 6.30, naik highway so sampai around 850 macam tu kot.



Bukit keluang ni dekat dengan Bukit Keluang Beach Resort, korang boleh terus search dekat TRAVELOKA kalau nak mudahh. Sampai sana, dah siap park kereta, korang boleh pilih dua lalun yang korang nak naik. Biasanya ramai yang naik ikut jalan belah kanan dari park kereta then straightttt je jumpa laluan nak naik bukit keluang, jalan around 500m kot? ke tak sampai. No worries, ramai je yang ikut laluan tu. Lagi satu laluan ikut tangga macam biasa, laluan kiri dari belah parking kereta. Cikja recommend tuk korang naik laluan bukit bukan tangga.

Laluan belah kanan dari parking kereta

Laluan belah kiri parking kereta, laluan tangga

Track dia tak teruk sangat tapi depends pada stamina masing-masing. tapi kalau naik dari tangga lagi penat kot? hahaha. Setengah jam mcm tu dah sampai puncak, itu pun ada jugak berhenti sebab kawan cikja tak pakai sport shoes, so kaki dia sakit sikit.

random photo 

Sampai kat atas ada lah pondok untuk berteduh. siap ada jual air tahu tak? memang gigih dorang angkut air tu dari bawah sampai ke atas. hahaha tapi ramai jugak yang beli, dah dahaga sampai atas, memang lah laku air air tu. hehehe.






Kami ambik gambar dalam beberapa minit. around 15 mint hingga 20 min then dah start turun. kami turun ikut laluan berbeza dari naik tadi which is akan turun ikut laluan tangga.




Turun ni kena pandai main kaki sikit. cuba tanya hikers lain jugak, cikja tak berpengalaman mana tapi sikit sikit tahu lah. Bila nak turun kaki serongkan. Jangan straight kan kaki nanti ibu jari kaki akan start sakit, silap silap boleh ada darah beku oi, rosak kuku kaki. Ni serius, especially yang nak hiking gunung. nah gambar kat atas tu kawan kita posing sikit sambil tarik nafas nak sambung perjalanan :p


 Nah, ni laluan tangga tuuu. tangga dia memain, mula mula besar curam je tangga diaaa. lama lama dah start kecik kecik before sampai bawah. hahaha


So dah lepas tangga ni, maksudnya dah sampai bawah bukit. Kat bawah tu banyak kedai makan. Nak breakfast or menikmati selera makanan ganu dipersilakan. Cikja tak ingat nak ambik gambar time turun since dah berpeluh habis. nak kejar pi kenduri kawan pulak hahaha.



Gambar dari puncak


p/s : Jangan risau nak naik bukit ni, even korang tak fit, lama tak exercise ke apa. Yang penting warm up je then naik slow slow okay? Hiking sekali dengan family pun best! hehehe


Thanks korang baca sampai habis! till next entry :)


Sincerely,
Suhaizasuki.



Like us on Facebook