Ramadhan.

10:56 PM

assalamualaikum dear readers.

sekarang ni tengah otw balik ke tganu. feeling lah sikit konon dengar playlist. lagu lagu ni semua kawan kasi. so tengah dengar ni keluar lagu nasyid. dia kekasih Allah. sayunyaa hati.

tetiba teringat td. tgk tv pastu ad update pasal tarikh puasa.

duk termenung then terfikir, alhamdulillah tahun lepas, niat dalam bulan ramadhan dah terlaksana. tahun ni?

sekarang fikir, apa niat atau apa perubahan yg nak buat. orang cakap kan. kalau kita nk laksanakan sesuatu. sama ada tgglkn yg xelok or buat smthng yg baik, amiklah peluang dalam bulan ini. mngkin sebelum ni kita dah cuba tapi susah jugak nk buat, cbe istiqamah dalam bulan ramadhan. inshaAllah kita berjaya buat. aminnn.

jadikan ramadhan ni satu peluang untuk tingkatkan amalan kita. mungkin sebelum ni susah nak lakukan qiamullail. tahajud n solat sunat taubat. cubalah untuk buat sebelum kita sahur.

lagi satuu amalan yg selalu dikongsi. dalam bulan ramadhan ada 30hri, al quran ad 30juzud. setiap satu juzud ada 20page *betulkan andai saya tersilap* setiap hari solat ada 5waktu, latih lah diri dengan membaca 4page setiap kali solat. inshaAllah ckup 30hari berpuasa kita berjaya mengkhatamkan alquran sbnyk satu kali. andai berupaya untuk khatam banyak kali. lagi bagus :)

mungkin tu je kot sharing sy pd malam ni. maaf andai sy ada melakukan kesalahan dan tegurlah setiap kesilapan sy. mungkin ad yg sy xnampak apa kslhn tuu. sama sama muhasabah diri.

marhaban yaa ramadhan.

p/s : sesungguhnya peluang ramadhan ini mungkin tidak akan kita rasai pada tahun seterusnya, gunakan masa kita sebaiknya.

sincerely,
suhaiza.

motivasi pagi :')

8:12 AM

hai hai assalamualaikum!
selamat pagi semuaaa.

whenever you are sad, alone and so on. always remember this!

There is always someone who knows how to appreciate you, love the way you are and respect you as a muslimah/women.


p/s : entry ni dipost sebab terbuka instagram n nampak dena post gmbr ni. hikss.



owner.

baru mula kot?

6:41 PM

assalamualaikum.

okay ni first time try update blog gunaaa fon. mimihhhh.*tu gaya suka terbaru*

oh yeah. dah habis first paper. ada lg 5paper. hmm. first paper mcm xokau sangat. rasa mcm nak aaaaaa jerit sepuas hati tp apa pun. dh lepas xleh buat apa kan? doa je sbb dah usaha slagi mampu.

so next paper khamis nanti. harapnya semua akan okay. doakan suhaiza okay?

post kalini mcm xbyk input sikit. more to personal la kot.

ni dah boleh post guna fon nanti harapnyaaa banyak la input bole share. ye dak?

p/s : ramadhan dah dekat. moh lerr kita sama sama buat preparation. harap ramadhan kali ni lbh baik dr sblmnyaa. inshaAllah :)

"Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis."

11:59 AM


Assalamualaikum dan hai readers.

okay. untuk post kali ni nak cerita pasal buku Di mana Dia dihatiku tuuuu. actually tak tahuuu nak start dari mana since banyak tajuk dalam buku ni best best. tapi mungkin kali ni sy akan cerita sikit pasal mujahadah sebab tajuk ni sebenarnya berkait rapat dengan saya dan mungkin orang lain jgk?

mujahadah.
mujahadah tu satu jihad. atau untuk senang kita paham, muhajadah tu adalah satu usaha kita untuk berada di jalan Allah.

mujahadah juga selalunya dikaitkan dengan perubahan. saya suka untuk kongsikan tentang perubahan atau perhijrahan ni. nak berubah tu mudah je. sangat mudah tp nak istiqamah tuk memang susah. selalunya kan, nak berubah ni sebenarnya awkward. mana tak awkwardnya, kita nak keluar dari comfort zone kot? yelaa, contohnya macam kita tetiba nak berubah pakai baju labuh and so on macam tu. orang tgk pelik n kita pun sebenarnya awkward jgk mula mula nak cuba.

okay, kita mungkin rasa macam hmm lantak lah, diri aku kot? tapi biasanya orang akan tegur. eh, kau dah kenapa alim sangat pakai baju mak aih labuhnyaaa and bla bla. tu sebenarnya dugaan tuk berubah. take it in a positive way. bagi orang yang tgk kawan awak tu dah berubah jadi lbh baik, jgnla terus tegur kau dah kenapa bla bla bla. bagi dia selesa dengan diri dia dulu. then if nak tahu, slow talk lah, okay?

mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis.

sebab tu bila kita nak berubah, sebenarnya lagi banyak dugaan yang kita dapat. kadang-kadang kita dalam tak sedar mengeluh dengan diri sendri sbb penat dengan dugaan. tp ingat satu je, Allah xkan uji kalau kita xmampu. ingat, dunia ini sementara, dunia tempat kita menanam dan akhirat tempat kita menuai. waktu permulaan untuk bercucuk tanam tu rasa susahnyaaa. rasa mcm putus asa, tp fikirlah kegembiraan bila kita dah dapat hasil tuuu. inshaAllah semangat kita untuk menanam tu akan terus naik.

bukan senang nak tinggalkan sesuatu yang kita selalu buat. bukan senang nak tinggalkan seseorang yang kita syg. bukan senang nak tetapkan hati yang turun naik. bukan senang nak terus bagi semangat untuk bermujahadah. bukan senang nak melepaskan sesuatu untuk bermujahadah kerana Allah.

tapi fikirlah, "tidak senang" tu hanya sementara kerna mustahil ia boleh kekal sedangkan kita kat dunia pun hanya sementara?

mentariterbenam:

Your plans for me are better than my dreams
image : tumblr


p/s : buku Dimana Dia Dihatiku ni best, boleh lah cuba pinjam, or beli. sebab terapi hati itu perluu.













Like us on Facebook