#foodhunting

Food Hunting #3 - Restoran Pla Pla Seafood

2:11 AM


Assalamualaikum and hi readers.


Rasa macam banyak sangat slot food hunting dekat dalam blog ni. nampak sangat owner kuat makan. muahahaha. actually tak selalu pi makan luar, so boleh lah belanja sikit pasal food hunting ni ye dak?

okay semalam since sabtu, duduk dekat kolej plus tade event apa apa. tengah gigih menyiapkan assignment disaat minggu terakhir kuliah, cewwah. kakak kakak kita datang pulak melawat dekat kolej. pastu apa lagi, ajak la mereka ni pi giant nak topup barang makanan. konon untuk barang makanan diet. ehem. misi menurunkan berat badan dan eat clean perlu diteruskan hokay!

bila dah beli barang, tetiba rasa lapar since tengahari tak lunch pun. so terus pi Restoran Pla Pla Seafood. actually, ni kali kedua pi sini. tapi kali pertama tu tak rasa macam nak share sangat pun. muahhaha

Restoran Pla Pla Seafood ni dekat seri kembangan. so kalau nak cari, waze je nama restoran ni.. Alhamdulillah, harga superb best sebab MURAH. serius murah macam pi makan kedai biasa.   kedai ni sesuai untuk family. Sesapa nak rasa makanan selera kelantan. Haa gituu.  Family set pun ada! Tak rugi pi sini. Suasana kedai pun tenang je. Harga mcm biasa.  sesuai sangat untuk sesiapa yg dalam misi budget 2016. 

Credit to : google.  mana sempat nak ambik gambar since dah lapar. muahaha




kali kedua pi sini, kami (me + sisters) order :
nasi putih (3orang makan) + tomyam ayam + ayam masak kunyit + sotong celup tepung 
+  keropok lekor rm2
Air bandung + tembikai + air suam. 


so total dalam rm29.50. not bad la kan. murah lah dengan kegawatan ekonomi sekarang, gittew. 



menu lain yang ada plus alamat and no nak booking ke apa.



p/s : saya memang jenis tak memilih nak makan tempat biasa ke restoran ke cafe hipster ke apa sebab makan kedai apa pun, kalau dah kena selera, habis jugak makanan tu. muahahaha.


sincerely,
Suhaiza.


Info penting untuk final year student!

10:52 PM



Assalamualaikum dan hai readers!


ehem, baru je tukar layout blog ni. rasa macam matang sikit. dan rasa macam kemas sikit lah dari before this plus header baru weh! kita godek godek adobe photoshop sendiri. pastu jadilah header tu, hiks simple je pungg. 

oh okay! post ini khas untuk final year student. tapi tapi kalau sesiapa yang nak buat research tu and adik kakak abang yang nak tambah ilmu pun, meh sini baca entry ni sampai habis yea?

since sekarang ni dah jadi final year student. so kena siapkan final year project or we call it as thesis too. bila nak buat FYP ni bukan senang. kena baca banyak info pasal previous research. nak kena tahu apa masalah and apa yang sebenarnya main objective fyp kita. semua tu dapat dari bacaan kawan kawan. 

so sini meh nak kasi tahu satu apps yang berguna tuk bacaan kita. nah apps MENDELEY .



taip je MENDELEY , nanti akan keluar tu macam dalam gambar. apps ni sebenarnya senang untuk kita cari previous journal. taip je apa yang kita nak, so akan keluar. tak kisah kita dari bidang apa. serius memang senang. boleh terus download apps ni kat laptop *lagi mudah* biasanya student akan cari journal melalui google scholar, boleh guna google scholar tapi terhad journal yang kita dapat. bila guna apps mendeley kita dapat journal dari macam macam sources. so banyak manfaatnya kan?

macam ni kalau dah download dkt laptop. sign in terus.

before tu sign up dulu account mendeley korang kat SINI

kalau dah sign in, terus pi literature search untuk cari tajuk journal yang korang nak.

so bila dah dapat tajuk journal, senang lah untuk korang baca. tengok mana info yang diperlukan. untuk fyp, kita kena banyak banyak sangat membaca. yes, sangat banyak sebab untuk dapat info yang kita betul betul perlukan bukan senang. ramai dah degree, master and even phd student guna app ni. tidak perlu diragui lagi.

harap entry ni membantu. muehehe.

link kat bawah ni penting untuk guna mendeley. 


p/s : kalau ada jalan mudah nak cari info, kenapa guna jalan yang susah ? so harap membantu. all the best  final year students and researchers!


sincerely,
Suhaiza.



#foodhunting

Food hunting #2 - Boat Noodles.

3:48 PM




Assalamualaikum, hai readers ^_^

sesi food hunting #2 dekat mana uolss? dekat boat noodles. muahahah.

okay actually hujung sem kan biasa lah setiap student mula lah kekurangan duit lah, pastu nak makan pun kena fikir. same goes to me. pengguna pt pulak tuu, memang kena berjimat habis.

23 nov 2015, isnin lepas. kami kami semua (my group members) untuk subjek ni, ehem Performance Management subject. ni budak HR mesti tahu kan kan. *tak tahu pun buat buat tahu please, come on* balik pada haritu, kami kena pergi second interview one of the company dekat cyberjaya pastu dalam pkul 5 kami balik dan rasa lapar.

oh btw, time ni kami sewa kete and aku drive. bestnyaaaa T_T, rasa macam nak kereta sekarang jgk. muahahah. lepas abes tu, kami rasa lapar then terus decide pi mall kat situ.

biasa lah perempuan, mula lah babak babak.

si A : ko nak makan apa?
si b: ikut ko la, aku tak kisah
si c: nak makan apa ni. 

umur dah 22 still macam tu. kitorang latuuu. hahaahha. last last decide pi boat noodles. so, here we are.





menu untuk hang pilih 

pusingan pertama tak banyak lagi 

kasi view sikit, maaf hakak. dah tutup muka dah tuu.


harga alhamdulillah, tak mahal sangat and berbaloi lah. semangkuk noodles tu rm1.90. pastu ada side dish nak tambah ikut kemampuan. 

rating nak kasi? alhamdulillah, perut kenyang suka hati ler. muahaha


p/s : kalau rasa macam nak makan tempat lain sikit tapi duit tade sebab hujung sem dah? boleh je nak cuba, cuma kena pandai pilih kedai ye? cari yang masih lagi mampu milik :)




sincerely,
suhaiza.




everything is going wrong.

9:52 PM




Assalamualaikum.






sesuatu yang datang dari hati akan sampai jua ke hati. hati tahu mana yang ikhlas dan mana yang dibuat buat. tugas kita, bukan perlu mempersoalkan isi hati. namun, buat sesuatu seikhlas hati. hati manusia, Allah yang jaga. manusia ada batasnya.


jiwa kosong, tandanya Allah rindukan kita. 


p/s : dalam hidup, usah mencari kesempurnaan tapi mencari sesuatu yang mampu melengkapkan kesempurnaa. 



sincerely,
suhaiza.





#foodhunting

Food Hunting #1 - Seoul Garden.

11:50 PM




Assalamualaikum and hi semua.

macam biasa bila hati gumbira perut pun mahu gumbira jugak lah kan?

since presentation LI dah lepas, so kami kami yang tengah gembira ni decide lah nak pi mencuba makanan yang boleh dikatakan agak mahal tapi puas hati. lama dah nak try pastu fikir nanti la nanti la last last xcuba langsung. *this is sooo me*


awal pagi kami semua siap siap pastu pi ambik teksi and terus pi Seoul Garden. since kat situ kena bayar mahal pastu makan sesuka hati. kami kami ni tak breakfast and nak makan kat situ je terus. muahaha saving la kan.

kami pergi Seoul Garden dekat the mines, serdang. since kat situ ada  stesen KTM terus plus teksi banyak. so senang. public transport jimat lah untuk kami yang student ni haaa.





Both pictures thank to groupon.

macam tulah rupa seoul garden tu. macam syurga makanan. lupaa nak ambik gambar package harga. as i know, student dapat rm33 (kitorg bagi sekali dgn student card), pastu adult macam biasa rm36 (member card lagi murah) and child tak sure pulak. ngeee . ni harga untuk lunch. dinner lagi mahal la. tapi okayla sebab kitorg duk situ dari pukul 11lebih sampai 3.35 ptg kot. pi solat gilir gilir HAHAHA. punyaaa laaa xnak rugi bayar mahal mahal. kitorg makan steambot, pastu makan sushi, pastu try pulak kimchi *acah acah korean*hiks. pastu makan pulak abc, cocktail. fuuhhh semua kitorg try pastu keluar perut macam pregnant 3bulan. hahahaha


Both pictures below taken by us.
oh ye! ni baru mula mula ambik. tak banyak lagi hiksss
Group photo is a must!



After makan, baru pi menjelajah sana sini. balik je u, terus xmakan pape. kenyang sampai pagi. hahahhaa penangan Seoul Garden. 


p/s : kalau nak happy, kena invest sesuatu. sama jugak macam untuk makan ni. kalau nak makan sedap, invest lah duit sekali sekala. tapi jangan selalu nanti pokai tak mampu cakap apa apa.


Sincerely,
Suhaiza @ Cik Jaja





Kalau dah start, kena lah pandai habiskan

8:30 PM



Assalamualaikum. Hai readers. 

So post ni ditulis via phone since internet mcm hapeee je. Alhamdulillah presentation for industrial training dah lepas and now waiting for new semester and oh yeay! Im in my final year at yupiyem. Yehaaaa! 




Alhamdulillah! Lagi setahunnn je lg. insyaAllah suhaiza. Awak boleh! After this rasa mcm lega sikit laa kalau dh ada degree. Bukan apa, matrik asasi semua ni tak laku pun untuk kerja, so kalau korg korg yg pilih asasi mtrik ke apaa, make sure korg habiskan degree okay? That  is one of our challenge as matriculation/foundation  student. 

Kalau agak agak malas nk smbung, jgn ambik risiko okay adik adik? Hakakk  bg pesanan jee since tu apa yg akak lalui. 

Apa pun, make your own decision. Kalau agak tak tahu nak buat pilihan mana, istikharah☺️ *jgn fikir istikharah ni untuk cinta je😋*

P/s: once kita dah start dgn pilihan kita, teruskan dan habiskan. Jgn putus asa tengah jalan okay? 


Much love, 
Suhaiza aka cikjaja😝




Jawatan besar di sisi manusia atau Allah?

8:30 AM


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dear readers,

selama 7bulan alhamdulillah, tamat dah intern dekat Petronas Carigali Kerteh. bukan sebagai budak engineer, just human resource tapi alhamdulillah, banyak pengalaman yang dapat.

secara kasarnya nak cerita pasal jawatan dan pangkat. banyak sebenarnya pengalaman pasal kehidupan yang diri ni dapat kat sini. kebiasaanya kita dapat tengok typical movie la kan. asal jawatan tinggi je lupa diri, pi kelab sana, pi enjoy sini. tu yang biasa kita tengok pastu kita mula lah duk fikir org jawatan besar kat luar pun cenggitu.

but different situation here, alhamdulillah bila intern kat sini banyak benda yang membuka minda. kalau pasal belajar tak perlu cakap lah memang banyak. cuma kat sini macam nak tekankan pasal kehidupan. mostly encik encik berjawatan besar kat sini semuanya sgt jaga akan hubungan dengan Allah SWT. berjawatan besar kat sini xsemestinya jadi manager ke apa tapi as long as you dah keje dekat situ, tu pun kira berjawatan besar dari kami budak intern ni haa. setiap hari khamis, department kami akan adakan tazkirah and bila tazkirah tu our head of department will give his opinion. we will do rotation for the tazkirah which is each of us akan berpengalaman untuk bagi tazkirah, kalau intern yg smpt boleh lah kasi sebelum habis. kalau x, insyaAllah boleh praktikkan ilmu yang dapat, ye dak ?oh well, sambung balik kisah td. setiap kali dia bersuara and kami akan berasa kagum. selalu sentuh pasal hubungan dengan Allah. Even bukan dalam tazkirah pun, dia tetap kan tunjukkan contoh yg baik, solat jemaah, solat dhuha. Tu yang boleh nampak, yang tak boleh nampak? Moga Allah berkati kita semua.

Pemimpin akan dipandang tinggi sekiranya dia mampu mengetuai sesuatu majlis islamik/solat/tazkirah dan sebagainya
quotes dari one of lecturer from UPM. tapi betul lah. contoh hang pemimpin pi majlis tahlil and ank buah mintak hang lead tahlil and you cant do that. sedih jugak kan? T_T

next is pasal solat sunat dhuha. Allah, sukanya tengok. bila pi surau/terlintas kawasan surau. tak penah kosong surau waktu pagi, ramai pergi tunaikan solat sunat dhuha. rasa diri ni rendah sangat, hang baru budak praktikal and keje pun blom dapat tapi dah sombong dengan Allah, tengok yg dah kerja tu. solat dhuha tanda syukur pd Allah atas rezeki and kurniaan.   *deep nyaa awak ni suhaiza*

lepastu they taught me about life. kehidupan ni berputar. sekejap kita kat atas sekejap kita kat bawah. even you budak praktikal but if you have any ideas/comments, teruskan. we will support each other and they really helped me through my journey as intern. T_T 





p/s : dalam hidup ni tak perlu sombong dengan Allah, sebab kalau Allah nak tarik balik apa yang Dia kasi, sekejapppp je. Jadilah seseorang yang apabila matinya dia, orang akan bercakap/kenang kebaikan bukan keburukan.


Sincerely,
Suhaiza.

Alaa, imagine macam cakap dengan kawan jee

12:09 AM


Assalamualaikum,

Harini satu hari gigih duk edit blog sampai jadi cenggini lepastu dah malam dah cakap kat diri sendiri xnak edit dah. leceh -_-

tengah mengedit blog, saja blogwalking pastu tgk ramai blogger yang masih aktif and ramai dah senyap terus. lepastu suka la tanya diri sendiri nak teruskan ke tak lagi blogging ni. hmm nak T_T but i know tak banyak pun readers.

dah tahu diri sendiri tak suka bercerita sangat, tp suka menulis. suka membaca buku cerita dan motivasi je  lepastu bila baca then cerita dekat orang lain, okay la tapi at the end nanti mesti akan ada yang tercicir.

sebagai contoh la kan,


  • khamis lepas, 30 July 2015. 
sebabkan minggu lepas last day intern, so my supervisor asked me to give tazkirah. and i feel like nak bagi ke tak nak. hmm, xpena bagi lagi ni. SERIUS NI TAK PENA BAGI TAZKIRAH FORMAL. duk bebel ngan member boleh la kan.perasaan time nak kasi tuu, asyik nak pi toilet laa, sejuk habes tangan ni haaa. tp kawan wasep cakap buat macam awak bercakap ngn kitorang je ni haaa. *terus lega*


Tajuk tazkriah , husnul khatimah. Actually bagi tajuk ni sebab terkesan sangat bila baca buku ni, HUSNUL KHATIMAH. buku ni cerita pasal kehidupan kita. macam post last week, macam mana kalau tiba tiba kita meninggal? O Allah, cant imagine. time bagi tazkirah ni rasa mcm banyak story, cakap macam tak nak berhenti tapi yang org dapat tangkap story tu, satu jee. sedih. hahahaha cerita tentang majikan and pekerja. sama macam kita yang bekerja/menuai di dunia untuk dapatkan hasil dari majikan (Allah SWT) di akhirat.

banyak benda nak selitkan dalam tazkirah tu, tapi last last tak terselit. hahahha. sebab tu la kadang lagi suka menulis sebab boleh edit apa yang tertinggal. kalau bercakap, xmampu nak edit. haha.


p/s : so suhaiza akan terus menulis. sebab penulisan blog ni sememangnya dari hati. kalau perasan, entry blog ni macam mood swing macam tuan diaa. hahahaha. 


okay tata till next entry. lepas ni nak cerita pasal intern plak :p


sincerely,
Suhaiza






kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita

11:39 PM


*ni post since may haritu tp baru dapat publish* :)


Assalamualaikum readers,


Short update from me. Now i'm officially 22. oh sorry maybe late update since my birthday was in April. i just keep reading some posts either in Facebook or blog and so on. it is all about getting old, married, become a mother.

i just don't know what feedback or reflection that i should make till 25 may 2015. that was a reminder from Allah or else. On that day, 3 of my friends lost their family. perasaan time tu bercampur.

lately, my wall (fb) penuh dengan berita kahwin. sana sini kahwin. then bukak ig sana sini gambar lovey dovey dengan partner. pastu hati terdetik, O Allah, is it ujian or dugaan for me? siapa yang xnak disayangi. ye dak? then someone ask me about boyfriend. Oh my Allah, hati ini masih belum kuat. and i just want to say something. can i say my heart is for someone who really deserve it. not for any people who just want to try? *and i actually really meant it*



yes, different people with different tests and i know it. and this maybe one of my ujian. tengah tengah buat reflection diri then terpandang buku husnul khatimah dekat rak buku then i realized that, apa jadi kalau aku mati sekarang? pastu teringat content dalam buku tu yang Ya Allah sentap habes, macam mana kalau tengah tengah buat jahat or perkara xelok then kita meninggal kat situ? people keep judge you are the best girl/daughter or last your life end up with the bad thing? O Allah, matikanlah aku dalam keadaan husnul khatimah.

macam mana kita nak meninggal dalam solat kalau solat pun tak pernah ?
 *paling deep dalam buku tu T_T *
tu salah satu contoh and relate kan dengan situation kita sekarang.


p/s : kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita *always remind myself about that*.


Sincerely,
Suhaiza

how was my raya?

10:43 PM



Salam aidilfitri semorang,

since ramadhan haritu tak sempat nak update. long hiatus katanyaa. so raya ni macam nak update sikit lah ceritera raya suhaiza. ewahhh.

eh sat, so ramadhan acano? sempat habiskan 30 juz? kalau xsempat jangan risau, sambung raya pulak ye. yang dah abes alhamdulillah. bagi yang berhijrah dalam bulan ramadhan, moga istiqamah. tajdid niat insyaAllah semuanya akan dipermudahkan Allah. :)

okay sambung balik cerita raya tadi. biasanya semorang akan start kemas rumah sehari sebelum raya kan? pagi pagi dah kemas siap siap. balang balang kuih pun dah siap tersusun rapi pastuu kita dah complete semua lah untuk esok pagi tu. tapi kitorg ni mcm lain sikit lah.

sehari sebelum raya, pagi tu kitorg keluar pi cari barang. petang duk relax sikit siap siap tuk berbuka pastuuu malam raya pi ambik sate and masing masing pi keluar cari baju raya tudung raya and so on. malam tu tido awal then esok pagi bangun macam nak sahur sebab semua xprepare kan. dengan balang kuih tak terisi, ruang tamu xkemas. hahahah. baju tak iron. but well, as expected, last minute punya kerja xkan mengecewakan *tgn ke bahu mata ke atas* hiks.

tadaaaa. our family photo. Along's family missing.



So macam biasa raya pertama.pagi tu salam salam n dapat duit raya yey! tengahari sikit pi beraya rumah jejiran and second day dah start balik kampung.

raya keempat dah balik rumah and next day tuu ad makan makan sikit. tak buat openhouse pun this year since semua kakaks dah balik rumah memasing kan.harapnya next year adelah kan :p


p/s : so pesanan raya, sy suhaiza memohon seribu kemaafan daripada kalian dari start perkenalan kita sehingga skrg. salah dengan manusia kita kena memohon maaf sesama manusia. so forgive me for all my wrongdoings towards each of you.

*mana tahu ni raya last kita?

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN *peace*




Sincerely,
Suhaiza

Too Special.

9:49 PM



Bismillahirrahmanirrahim.


Dear diary,

live update with my own life. so now im in semester 6 (year 3) in UPM.

sem ni hanya praktikal. the whole sem start 19 jan until 6 July insyaAllah. wish me luck ^^

alhamdulillah, dah beberapa sem berturut result tak mengecewakan, tapi agak terkejut sebab biasala UPM always ad yang hack before tahu result yang sebenar. same goes to me. saya pun hack jugak. pastu dapat tahu yang result giler teruk. i mean teruk la bila dah jatuh 3.5 kan. tu untuk saya lah, lain orang lain target. sebab dah usaha. so rasa teruk la kot?

pastu bila dah lamaaaaa. orang semua dah check result and memasing dah bagitahu dorg punya result. saya ni senyap je since malas nak check balik and tengok apa yang buat result tu teruk. lepas sebulan kot. eh tak tak, lepas 3 minggu, tergerak hati untuk check. waktu tu dah pukul 11 then semua dah tido.

punya lah excited tengok result. ya Allah, time tu bersyukur giler kot. kluar bili pegi panggil maa abah. hahaha terus bgthu result. maa abah dh tido, dorg iyekan ajelah hahaha.

so alhamdulillah, tahniah to myself. tahniah suhaiza. sorry, since i love blogging so much, so i dont think that sharing this on my blog dikira berlagak ke apa, ye dak?

sekarang ni, rasa lain sikit since dah masuk alam kerja kan. kena banyak belajar suasana kerja, belajar macam mana berinteraksi dengan rakan sekerja. semua tu tak pernah belajar pun waktu kat UPM tapi tu kita panggil kemahiran insaniah ye kawang kawang. alhamdulillah, banyak sangat benda yang belajar dan rasa happyyyyyy. tapi tipulah kalau cakap tak rindu suasana belajar T_T.


ni dah masuk hampir 2month praktikal dekat Petronas Carigali Kerteh. so far, everything okay andddddd banyak jugak buat silap. hahahaha. nantilah cerita pasal tempat kerja.best ke tidak. suasana dia macam mana. yelah kita selalu jumpa blog budak medik cerita pasal kisah dorg, kalini budak HR nak cerita jugak. haaaaa. hahahaah


So, gtg.

p/s : lagu dia yang kau pilih kat blog ni tu saja je, since tak tahu dah nk letak lagu apa sebab template blog abes kucar kacir pg tadi. nantilah tukar ye.

because i think that my life is so special.

Sincerely,
Suhaiza.



My Thought towards 2015.

10:38 PM

assalamualaikum, hai readers.



2015,

ehem. i hope this year will bring some miracle for me. i can feel that. oh yeah!


setiap tahun akan ada azam baru, ada niat baru, ada baju baru, ada crush baru #eh? okay okay, crush kita tolak tepi dulu, jangan lah marah dulu. mueheheh. tahun ni banyak wishlist untuk dilaksanakan. banyak benda nak kena buat. biasalah niat tu kena ada walaupun perkara 2014 masih terbengkalai, ye dak? *tepuk dada, tanya iman. eh eh.

for me, 2015 will bring some miracle. im sure for this. whatever it is, kita berserah pada Allah. orang cakap kalau kita ada positive thought, semua benda akan jadi baik. soooo, janganlah cepat sangat fikir negatif. tahun 2015 ni, rasa mcm nak listkan apa yng ada dalam wishlist. nak tahu tak? alaaa kalau tak nak tahu tape, xkisah pun, hahahah


oh well, now Cik Jaja tengah dalam mood #40days positivity , harini dah hari ke 31. so ada lagi balance 9 hari. sepanjang 31 hari ni, #40dayspositivity ni serius menjadi. rasa macam bahagia. muahahahah. nak tahu kenapa? sebab bangun bangun tidur kan kita dah start fikir hari ni mcm best jee, mcm best jee. so bangun pagi je rasa bersemangat sikit. and jangan lupa jugak, gunakan petua tidak tidur lepas subuh kerana ini sangat membantu *ehem, batuk sikit* ni serius bukan main main. tapi tipula kalau cakap sepanjang harini, cik jaja tak tidur lgsung lepas subuh. cuma nak kasi tahu kesan dia je. hahaha

lepastu, bila dah bangun pagi kita fikir something positive. mestilah seharian tu benda best best je berlaku. even kalau korang jatuh tangga pun, pastu korang fikir oh tulaaa kau, berangan nak kahwin lagi suhaiza, kan dah jatuh tangga  dan gelak sorang sorang. haaaa feel dia lain macam, hahaha


nak cerita satu satu banyak sangat, kalau nak tahu kesan dia, cubalah? this is a good thing for you to try. alaaaa, tak rugi pun buat. pastu kalau nak buat senyap senyap pun boleh. best, aura positif adaaa dalam diri dan kita rasa bahagia je. yeah, i feel it, sebab tu boleh cakap macam ni.


source : google

p/s : live your life. whatever difficulties that you have, think positive. each of us have different test and journey of life, it is either we will make it as the best thing to happen or the worst. 


2015, create a new diary on your own. 


sincerely, 
suhaiza.




Like us on Facebook