Day Trip Pulau Perhentian
9:25 PM
Assalamualaikum, hi readers.
So kali ni cikja nak ceritakan tentang Day trip ke Pulau
perhentian. Kami gerak dari Kerteh pada hari Khamis petang macam tu. Trip ni
sebenarnya more to trip nak explore Besut jugaklah. Walaupun kami kami ni
rakyat Terengganu, tapi tak semua tempat kami dah explore. Muhahahaha.
Kami sampai di Jerteh sekitar 8.30++ malam. Kami singgah di
Satay Lanang Jabi yang agak femes tu. Saje lah kan singgah sebab kalau tak
kerana nak pi perhentian ni entah bila lagi dapat merasa satay tu. Balik
kampung pun sekadar lalu, singgah tu tak la.
Kami sebenarnya booking IZZ Village tp sebab miscommunicate
team mereka, kami diberi pilihan untuk stay dekat homestay lain iaitu BCP
Villa. Kami hanya tinggal kat situ satu malam sahaja. Malam kedua kami pindah
ke homestay lain. BCP Villa okay je, kami seronok je stay situ dan luas sesuai untuk family.
Untuk trip perhentian, kami ambik package RM90/Person. Gerak
dari homestay dalam pukul 7pagi, lepastu breakfast di Restoran D’Besut Seafood
dengan menu yang agak lari untuk diet. Haha.
Lepastu terus gerak ke Jeti Kuala Besut. Pukul 9 terus ke Pulau Perhentian. Untuk masuk ke kawasan jeti, kena bayar fee sebanyak RM5/person. Kami sampai je di Jeti terus person incharge untuk trip ni bawak untuk tunggu bot sampai.
Breakfast macam raja haaaa. |
Lepastu terus gerak ke Jeti Kuala Besut. Pukul 9 terus ke Pulau Perhentian. Untuk masuk ke kawasan jeti, kena bayar fee sebanyak RM5/person. Kami sampai je di Jeti terus person incharge untuk trip ni bawak untuk tunggu bot sampai.
Dah sampai di Pulau Perhentian, berkumpul dengan team bot
kami yang lain untuk teruskan ke check point yang ada. Ada 5 checkpoint. Checkpoint pertama ni adalah water confident.
Untuk sesiapa yang tak pernah snorkelling, checkpoint ni paling penting sbb
paling cetek je air nya. Tapi cikja punya kat sini banyak masalah, hahahahah.
Alat snorkelling bermasalah, dengan life jacket pun dua kali tukar sebab
bermasalah jugak. Last last abg tu dah kenal dah cikja ni. Hahahahah sorry
bang, nak buat macam mana, bukan cikja buat hal, barang tu semua yang tak bagi
kerjasama.
Untuk next, turtle checkpoint, yang ni paling best. Helokkk
je penyu tu lalu sebelah bot kitorang. Excited sampai tak sempat nak ambik gambar.
Sorry guys. Haaa checkpoint ni ingatkan alahhh cetek je airnya, pi turun bot
masyaAllah dalam rupanya. HAHAHA. Dah la abg tu kena layan kitorang ni turun
pun nak pakai tangga. Haha tak berani nak lompat terjun terus dari atas bot. Tapi sayang, tade gambar part ni sebab jumpa turtle tu depan depan wehhh dan besarrrr. hahaha.
checkpoint 1 : Water level Confident |
Yang ketiga punya checkpoint ni parah sikit wehhh sebabnya kami turun terjun je macam tuu, sebab yela kan dah berani kononnya. Lepastu kami pergi jauhhhh dari bot kami. Lepastu mcm eh jauh sangat dah ni, nak balik ke bot ambik masa lama giler weh. kesian orang atas bot tunggu kami hahahahah.
Checkpoint 3 : Sebelum kami gerak jauhh dari atas bos. kemain kauuu suhaiza silang kaki haa sebab boleh turun terjun kan |
Shark checkpoint ni pulak frust sikit lah sebab kami ni
kemain berenang dah jauhhhh sebab nak tengok dia. Abg bot ni la ajak kitorang.
Apa lagi kitorang pi jela kejar baby shark do doo doo tu. Tapi dia xnak dengan
kitorang, lepastu hmm tapela tade rezeki.
Checkpoint 4 : Shark Point, di mana baby shark tu larikan diri dari kami hahaha |
Untuk last checkpoint ni, Lata Air Berani. Kat sini ada air mata air, so ramai ramai pi mandi air mata air tu ya Allah sejuk jauhhh dari air laut. Hahahah. Mat Salleh pun ada join jugak, dorang lagi la excited.
Checkpoint ke 5 : Lata Air Berani |
Last time kitorang nak hantar mat Salleh pi resort dorang, dorang siap pesan jangan buang plastic merata-rata. Betapa sayangnya dorang dengan pulau dan alam sekitar.
Ni tempat kami ambik dan hantar mat salleh tu, Barat Perhentian Resort. |
Sampai je di Jeti, kami terus gerak pi makan dimsum guysss, dimsum femes di besut katanyaa. Decorations kedai ni pun serius lawa. Kalau nak tahu details, pi stalk instagram dia, Le Best Dimsum Halal Besut okay.
ni antara makanan yang ada, kalau nak tahu lagi sila lah google ke Le Best Dimsum Halal Besut |
okay itu sahaja penceritaan untuk day trip pulau perhentian. sesungguhnya tidaklah rugi untuk pergi daytrip and dua tiga hari trip pun sebab pulau ni tersangat lah cantik. Air nya tersangatlah jernih, xpayah filter apa pun air memang jernih lawa. serius best. Nak baca untuk pulau kapas?
p/s : insyaAllah akan ada next trip perhentian lagi kot? haha
Sincerely,
Suhaizasuki.
11 comments
bestnya.... kalau balik ke kerteh, tgk pantai pun dh cukup happy, klu dpt pi pulau mesti lg best kn
ReplyDeleteHaah akk. Air dia kemain jernih. Kalau krteh tu kita dh trpukau, yg perhentian ni lagi laaaa akk😍
Deletecantiknya lah pulau perhentian ni :D
ReplyDeletehttps://nanafidenaz.blogspot.com/2019/06/stress-management.html
cantik awak, air dia jernih masyaAllah jernihhhh.
Deletebestnya perhentian
ReplyDeleteboleh la buat trip ke sana pia :)
DeleteBestnya jadi rakyat Terengganu ni. Bila-bila nak pergi Pulau Perhentian pun onz je. Day trip pun cukup. Kita nak gerak dari KL ke sana pun dah makan masa. Sampai sana dah letih hahah. Kalau nak day trip memang lemau dah tu hahah. Tapi Perhentian memang best! Pulau Kapas belum pernah sampai lagi..
ReplyDeletebelom lagi jejaki pulau perhentian.
ReplyDeleteone day, in shaa Allah :)
Best & cantiknya ��
ReplyDeleteKalau tak pandai berenang pun boleh jugak ke main snorkling ni?
ReplyDeletebila dah pakai life jacket ni, boleh ke kita nak menyelam?bukan ke benda tu akan buatkan kita terapung?
Masa salin baju tu, baju/beg semua boleh tinggal kat situ?
Maaf banyak tanya... ;)
Lagi satu, time snorkeling tu, wallet, phone dan lain² brg penting, tinggal atas bot ke?
ReplyDeleteHello There! :)