UMRAH - PART 2 (Masjid Nabawi)
12:07 PM
Assalamualaikum readers,
Kali ini sambungan cerita tentang perjalanan umrah cikja januari lepas. Part 1 boleh tekan link INI.
Ya Allah berkurun lama kot
cikja nak update pasal umrah ni then macam biasa, alaaaa macam biasaaaa. hahaha. tapi insyaAllah seorang Suhaiza berazam untuk habiskan cerita umrah ni tahun ni jugak hehehe
Pagi ni terdetik nak update
since cikja rasa rindunya alahai dekat suasana di Madinah dan Mekah. Flight
kami around 1pm ke Madinah. Check in around 12 macam tu. kami sampai sana dalam
530 petang waktu madinah. Waktu tu dah malam dah dekat malaysia. Then settle
barang, pukul 9 macam tu sampai hotel di Madinah. Kami stay dekat Dallah Taibah
hotel which is beberapa km je ke Masjid Nabawi. Allahu rinduuu.
Then, kami dinner dulu then
waktu ni lah kami diberi no bilik semua dan taklimat tentang perjalanan hari
esok. So lepas makan semua, kami naik ke bilik. Persiapkan diri. Tapi yang
sayangnya, cikja and ada beberapa yang lain terlepas untuk ke raudah malam tu.
Raudah untuk perempuan tak semua waktu dibuka. Waktu subuh, Zohor, Isyak. Waktu
ni boleh lah ke sana tapi warga Malaysia hanya dibenarkan bersama warga
serumpun macam Indonesia, Singapore and brunei macam tu sbb kalau campur dengan
warga Parkistan dan seangkatan, kita tak sesuai sbb warga kita kecik kecik dan
xsekuat mereka. Doa moga dipermudahkan masuk ke dalam.
Time ni baru lepas solat subuh dan nak terus balik hotel. |
Esok paginya gerak pi subuh.
Kat sini azan dua kali yang mana azan pertama untuk mengajak kita ke masjid,
azan kedua baru betul betul subuh. So jangan konfius ye. Awal pagi ni serius
sejuk ya rabbi. Pakai sweater lah anak anak kalau xnak selsema. Dah siap solat,
makan pagi then siap siap turun ke bawah untuk melihat kawasan masjid nabawi
dan tentang kisah kisah sekitarnya. Semua ni mutawwif yang akan bawak.
Pagi selepas breakfast,
mutawwif akan bawak pergi satu group untuk perkenalkan masjid nabawi,
perkuburan baqi', qubah nabi, dan bawak masuk raudah. waktu tu diceritakan
tentang sirah nabi. Allahu, sedih sebak semua ada. Dulu sirah nabi bukan nak
ingt sangat, sekarang bila dh ada di madinah, rasa macam dekatttt sangat. Waktu
perjalanan kalini dibimbing mutawwif, bawa buku yang dibekalkn. ada bacaan yang
sesuai untuk dibacakan. Bukan doa tp sampaikan salam buat nabi. waktu ni sekiranya
ada sahabat kirimkan salam buat nabi, boleh lah sampaikan. seterusnya, kami
dibawa masuk ke raudhah ikut jantina. Perempuan ada ustazah yang bimbing. waktu
ni boleh nak solat sunat dhuha sementara raudhah dibuka.
Untuk perempuan, raudah tk
selalu dibuka. Lepas subuh, lepastu pukul 10 pg macam tu, lepas zohor, asar dan
isyak sahaja. Kalau cikja tak silap. kami pergi waktu pagi. Tips masuk raudah,
masuk dengan warga singapore, malaysia, indonesia since mereka semua kecik
macam kita. Kalau nak masuk dengan pakistan semua tu, kena pakai full hitam and
berpurdah, so dorg xcam kita dan senang nk menyelit masuk. Nak solat, pi solat
kt depaannn sekali sbb kdg kdg tengah solat, ada je orang langkah tmpt kita
sujud dan tengah sujud pun. tapi niat baik baik, InsyaAllah Allah permudahkan.
Kat sini, doa kita mudah dimakbulkan. Sebab tu kena jaga perbualan dan
percakapan.
So itulah aktiviti pertama di
Madinah, Allahu rinduuuu. Moga Allah jemput lagi untuk ke sana.Amin.
Sincerely,
Suhaizasuki.
xoxo.
Sincerely,
Suhaizasuki.
xoxo.
5 comments
Alhamdulillah cikja dpt jejak kaki ke sana..sia JM ni dh apply utk ke sana tp visa x lepas sbb x de mahram 😭
ReplyDeleteNak masuk raudhah pun ada tips ek..boleh ikut ni 😬
ReplyDeleteHaah ada tips kalau nk selalu masuk. sbb bahagian pmpuan kena ikut jadual, tak boleh masuk bila bila masa mcm laki. :)
DeleteYa Allah, terima kasih sudi share. Rindu Madinah, rindu nabi kita Rasulullah S.A.W.
ReplyDeleteWalaupun tak pernah sampai lagi sana, tapi selalu tengok gambar dan dengar qasidah pasal Rasulullullah. Bila rindu Rasulullah, hati ni mau sangat sampai ke Madinah.
Moga direzkikan untuk ke Mekah dan Madinah. Amiin.
In shaa Allah satu hari nnt.
ReplyDeletehi jemput join n meriahkan segmen GA kt sni
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Hello There! :)