UMRAH - PART 3, JELAJAH BUMI MADINAH

11:45 PM

Assalamualaikum readers,


Sambungan daripada part 2 umrah sebelum ni, yang itu cikja ada ceritakan tentang Masjid Nabawi dan kawasan sekitarnya. Untuk third day kami kat bumi Madinah ni, mutawwif bawak kami semua jelajah apa yang ada dan menjadi kebanggaan bumi Madinah. Pagi tu kami semua berkumpul selepas sarapan. Kami dah disediakan bas masing masing dan perlu ikut trip bas yang kami naik.


Perjalanan pertama kami adalah ke Masjid Quba'. Masjid ni masjid pertama dibina dalam sejarah islam atas dasar taqwa dan iman, rujuk surah at-taubah ayat 108. Daripada cerita mutawwif, Rasulullah s.a.w sentiasa datang masjid ini pada hari sabtu dengan unta atau jalan kaki dan ada jgk pada hari isnin dan khamis, wallahualam.





' Sesiapa yang berwudhu' dan solat di Masjid Quba' akan diberikan ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah'

Alhamdulillah, kalau dah sampai bumi Madinah ni selalunya akan ziarah Masjid Quba' ni.


Selepas Masjid Quba', ziarah pulak jabal uhud. Waktu ni bila dengar mutawwif cerita, Allahu sebaknyaa. kenapa sebelum ni tak nak amik kisah pasal perang uhud dan sejarah berkaitan. Kalau baca sejarah perang uhud ni, seronok sebab banyak benda yang kita akan kagum dengan keimanan dan ketaqwaan tentera muslimin yang bersama-sama dalam perang ni. Dekat sini ada makam para syuhada dalam perang uhud.



Last tempat yang kami pergi adalah pasar kurma. Dekat sini tadelah pasar macam selalu kita pergi mcm pasar tani,pasar malam semua tu. Kat sini pasar dia macam satu pasaraya kecik kat dalam tu ada macam macam jenis kurma dan coklat. So memang ramai yang akan borong kurma sebab banyak pilihan dan murah insyaAllah.

Banyak jenis kurma ada dekat pasar kurma ni, tapi yang paling famous sekali kurma Ajwa'. kurma Ajwa' ni dikatakan sebagai kurma tanaman Nabi Muhammad s.a.w dan digalakkan untuk makan kurma ini 7biji setiap pagi bagi menghindarkan racun dan dijauhkan dari sihir pada hari tersebut. Selain kurma ni, ada banyak lagi kurma lain yang ada. Ada jugak package yang rayhar bawak pi ladang kurma tp kami hanya melihat dari sebelah ladang jee. nak masuk ladang kurma itu tak sempat sgt.


Alhamdulillah itu antara tempat yang sempat kami ziarah di kawasan bumi Madinah. Dah balik buat rutin macam biasa. Pergi ke masjid, makan dan ziarah sekitar kawasan masjid nabawi dan kawasan hotel. Kawasan hotel ni ramai dah yang mencari buah tangan untuk saudara-saudara or jika ada yang mengirim. Penjual di kawasan madinah ni sememangnya ramah mesra je dengan orang Malaysia. Dorang boleh cakap guna bahasa kita, dan bila kita cakap dorang pahammmm jee hehehe. kalau nampak orang malaysia jeee dorang akan panggil dua nama Siti Nurhaliza dan Neelofa. hahahaha. itu je kot yang dorg kenal.


Esoknya kami semua dah nak gerak pi Mekah untuk tunaikan umrah pertama. Sebelum gerak ke Mekah, pagi tu kami diberi peluang untuk solat sunat dulu di Masjid Nabawi seterusnya ziarah wada'. Ziarah wada' ni ziarah selamat tinggal. Ziarah ni disunatkan sbg satu penghormatan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan niat untuk tinggalkan tmpt suci ni. Cara dia macam biasa je, masuk dengan langkah kanan, baca doa masuk masjid dngn niat nak beriktikaf. Buat solat sunat tahyatul masjid dan sbgnya dan pergi ke maqam nabi, beri salam dan baca lah doa yang ada dalam buku panduan umrah tu. insyaAllah ada rezeki sampai lagi di bumi Madinah ni .


Till next entry,


Sincerely,
Suhaizasuki.






You Might Also Like

5 comments

  1. wwow.. semoga saya bisa segera ke sana... amiin...

    ReplyDelete
  2. Wah~ teringin nak jelajah mekah dan madinah... ^^ In sha Allah suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  3. semoga satu hari nnt ray pun akn smpi sana. ameen

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat pergi ke sana. Doakan saya pun nanti dapat jejak kaki ke sana ya. All the best Ja :)

    ReplyDelete
  5. bestnyaa.. cik jaja doakan saya sampaii kesana jugak yee :)

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat