Assalamualaikum, Hi readers.
Sebenarnya kawan kawan sekalian, Rembulan Escape punya trip ni Dec 2021 okaayy. Korang tengok la berapa lama Suhaiza pending kan entry ni. Dia hold kan sampai sekarang baru nak post. Nasib baik masih lagi dalam ingatan. Okay actually, cikja and the geng ad yearly trip jugak la. Ni trip team UPM. Dorang decide nak datang Terengganu yang mana suka betul ya dorang datang jenjalan Terengganu. Well, Terengganu kan niceee, orangnya pun baik baik cecomel hahaha.
Trip kalini kitorg explore daerah Setiu. Actually banyak tempat kitorang nak pergi di Setiu macam Terrapuri Village yang tengah viral time tu. Tapi, disebabkan hujan lepastu cuaca tak berapa okay, then ktorg skip bnyk tempat jugaklah but still menarik percutian ktorang. Dah dewasa ni lebih prefer kepada food hunting and staycation.
Macam dalam tajuk Entry. Kitorg stay dekat Rembulan Escape, Setiu Terengganu. Glamping style punya. Sebenarnya tak pasti dekat Terengganu memang dah ada yang buat glamping macam ni ke tak. Tapi ni first time jumpa lah. Kitorang plan dalam berempat, tapi yang jadinya dalam 3 orang sahaja. Kita merancang, Allah yang menentukan ya. gituu. Time ni kitorg gerak pi Setiu lepas jalan jalan di Kuala Terengganu. Yang kitorg stay dekat LimeTree BnB tu. entry kat SINI.
So, inilah view depan pagar Rembulan Escape. Since kitorang dah sampai lewat, so gambar ni ktorg ambik awal pagi esoknya. Secure la sebab ada pagar semua. Time kitorg sampai tu, owner dia pun ada sekali. Owner dia sangat baik, dorg stay KL tp beli tanah dekat sini buat glamping. Bijak tau investment dia.
Lupa ni gambar awal pagi atau time sampai. Tapi memang time ni musim hujan, tengok lantai pun basah tapi kitorg selesa je duduk situ. Walaupun musim hujan, angin kuat tapi okay je. Kitorang punya tent ni sesuai untuk 4/5 orang macam tu.
Setiap depan tent ni memang akan ada tempat macam nak santai santai. Memang best untuk nak tenangkan fikiran. Waktu kitorg sampai tu, kitorg dah beli makanan siap siap.
Makan samyang bebb, hahahah teringat zaman belajar. Beli makanan tu pastu malam tu sejuk je dengan angin pantai. Buat air kopi, perghh best sangat. Serius, boleh lah nak repeat. Syok sgt. Even sekarang tengah bercerita pun dapat rasa lagi keseronokan tuuu. Hahaha
Waktu nak booking tu kan, paling risau sebenarnya part toilet. Xnaklah share dengan ramai orang. Sekali tengok dia punya toilet sebelah tent tu je haaa. Dah la lawa batu bata macam tu, toilet bersih, air okay. tiptop sangat. Memang recommended.
Selain dari glamping style ni. Ada jugak untuk family punya. Sebelah ktorg tu ada satu family booking, family kot sebab malam malam dorang siap buat bbq. Terliuqqq tauu. Seronok sbb dia style rumah kg macam tu. Korang boleh usha social media platform dorang sbb kat situ banyak update.
Ni kitoang punya tent :
Rembulan Escape - beachfront bell tent (no 2) - Link = RM250/night.