bila rindu, apa yang dapat aku lakukan ?
10:45 PM
rindu itu fitrah, cinta itu fitrah. jangan salahkan hati atas cinta yang pernah ada.
kita manusia biasa, yang tak pernah lepas dari rasa rindu.cinta.sayang. memang itu sememangnya perlu wujud.
tapi apakah kewujudan cinta itu pada aras dan jalan yang betul ? *tepuk dada tanya iman.
aku. seorang insan yang sememangnya pernah merasai cinta. sehingga pada suatu ketika aku jatuh. jatuh dalam kekecewaan. kekecewaan ini banyak mengajar aku erti kehidupan.erti rindu.erti cinta. semua ini sangat bermakna.
bila rindu. tak perlu kau tangiskan apa yang berlaku. mintak pada yang atas sana.ALLAH. yang sentiasa ada. waktu kau sedih, kau gembira, semuanyaaa Allah tetap ada. mengadu padaNya. hati manusia, Allah yang jaga. Doa padaNya.
Allah menyatakan dalam surah Ghafir, ayat 60 :
"Dan berkatalah Tuhan kamu, berdoa pada Aku, nescaya Aku perkenankan (permintaan) kamu"
Allah menyatakan dalam surah Ghafir, ayat 60 :
"Dan berkatalah Tuhan kamu, berdoa pada Aku, nescaya Aku perkenankan (permintaan) kamu"
aku ceritakan apa yg sepatutnya aku kongsikan. lakukan semuanya kerana Allah. kau akan rasa keindahan hidup ini.. bila semuanya kerana Allah, kau tak akan rasa kecewa. aku manusia biasa, yg kadang kala wujud rasa rindu. aku masih mencuba kawal segalanya. aku masih mencuba wahai sahabat.
p/s : bulan ini, bulan yang mulia. cuba kawal hati, kawan perkataan, kawal tingkah laku. InshaaAllah bila bulan ini kau dapat kawal semuanya, hati kau akan terbiasa dan Allah akan permudahkan segalanya pada masa akan datang.
tiada yang lebih dekat dengan kita selain Allah.
" Dan demi sesungguhnya, Kami menciptakan manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya " ( surah Qaf, ayat 16)
#muhasabah diri.
0 comments
Hello There! :)