3 Perkataan, Satu rasa. Arwah Nenek.

11:21 PM


Image result for ayat alquran tentang kematian


Assalamualaikum, hai readers.

Jaga. Hargai. Sayang.

3 perkataan untuk satu rasa.


sekarang dah masuk 15 hari cikja balik dari umrah (waktu awal awal entry ni ditaip). alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. insyaAllah lepas ni cikja cerita pasal umrah ye. Dari awal hingga akhir cikja cerita. Doakan moga post tu dapat up awal sikit lah.

harini dah 15 hari balik umrah, 15 hari jugak arwah nenek tinggalkan cikja sekeluarga. kitorang panggil nnek tu xsama macam orang lain. kitorang panggil arwah dengan panggilan Mok (org terengganu punya dialek). kenapa panggil macam tu panjang cerita dia. tapi cerita arini tentang arwah.

Arwah seolah-olah tunggu kami balik. kami sampai khamis malam tu (19 Jan 2017). Arwah sebelum ni memang stay kat rumah maa atau rumah kakngah (which is sekali dengan cikja, dekat dengan tmpt kerja cikja). Sebelum pergi umrah maa pergi ambik arwah dekat rumah kat kampung, sebab arwah request nak balik duduk rumah dia sebab lama tinggal. so sepanjang kami pergi umrah arwah dah stay balik dengan kakngah.





Ni gambar arwah masa pergi konvo cikja. seronok arwah bila cikja ajak bergambar. Sebab arwah tak boleh jalan jauh, so kami ambik gambar sebelah kereta. Studio tu arwah tak dapat ikut. sebelum pi knvo ni, arwah cakap takpe ke dia pergi sekali sebab takut susahkan orang lain sbb dia kan xdpt jalan. kami semua cakap tak apa, ramai ada boleh tlg jaga kt sana. seronok dia dapat pergi. tak pernah pun arwah ni nak pergi mana mana tmpt jauh sebab dia sakit lutut, takut susahkan orang lain. itu hebatnya nenek cikja, dia tak pernah susahkan orang. Arwah nenek selalu usaha sendiri walaupun dia tahu ada anak cucu yang sanggup tolong.

Satu habit arwah ni, dia selalu tegur cikja bila cikja tengah iron baju untuk kerja. dia puji cakap baju lawa padahal baju cikja biasa je. lama lama rasa rindu dengar dia puji. Al fatihah. panjang kalau nak cerita pasal arwah, buat cikja rasa sedih.

so malam kami sampai tu semua salam and arwah nampak sedih, kami fikir sebab lam xjumpa dan kami selamat sampai sebab arwah memang selalu tanya bila kami balik Malaysia. malam tu arwah nnek mintak air zamzam sbb kitorang ckp kat sana selalu minum. dua kali dia mntak. maa terus kasi dia minum lepastu bagi makan kurma.

tengah syok kemas bagi souvenir dekat budak budak, arwah tanya yang dia ada ke. cikja dengan kakak cakap tade. kami saja nak gurau, lepastu maa pun kasi jubah untuk arwah. Pastu cikja dan kkak cakap la, mana boleh tade, mesti la ada tuk mok (arwah nenek). senyummmm je arwah malam tu. lepastu cakap kat dia, ad celak banyak tuk dia. arwah cakap banyak la nanti boleh pakai. kami kami ni cakap lah eh mestilah boleh, kat mana nak pakai semua boleh (arwah gelak senyum je malam tu). lepastu, arwah kata nak pergi toilet dan terus masuk tidur.

paginya biasa lah arwah bangun awal solat subuh dan selalu dalam pukul 7 lebih arwah tido balik. Nak breakfast dalam kul9 tu pelik kenapa arwah masih tak bangun lagi, kakngah pi kejut nak makan. waktu tu kakngah yang sedar arwah dah tade. semua terkejut dan waktu tu macam tak prcaya tapi kami redha. Abah maa menangis, itu yang paling sedih. kami pergi umrah dan baru balik, macam tak banyak lagi brcakap dengan arwah.

urusan arwah haritu sangat mudah. pukul 11 lebih dah mandikan arwah. waktu ni kami adik beradik ada, maa sebak tak boleh nak mandikan. Lancar je urusan mandikan arwah sebab makan terakhir arwah air zamzam dan kurma. sangat mudah. lepastu nak kafankan, cikja ada sekali waktu ni. cikja dapat tngok urusan dia dipermudahkan. Kain dipotong kecik sebenarnya tp alhamdulillah, Allah permudahkan. muka arwah sangat bersih,sangat cantik. lagi cantik dari biasa. saat nak tutup muka tu, kami sekeluarga cium arwah. Arwah ni kalau salam cium pipi, dia bukan bagi pipi taw, dia cium pipi kita. tak sempat kita nak cium dia. tapi kali ni kami yang cium dia. Allahu, sebak.

Waktu arwah ada tiap tiap malam arwah baca yasin. solat awal waktu. masuk je azan terus bangun pi solat. Suka tegur orang, suka buat baik dengan orang. Mungkin ni la cara Allah permudahkan urusan arwah sehingga kebumi. Alhamdulillah dekat kubur arwah dengan rumah kami. Arwah pun macam bersedia untuk meninggalkan kami.


Sejak kehilangan arwah, cikja jadi takut kehilangan yang tersayang, makin takut bila tak tunaikan apa maa abah nak. takut kalau terluka kan hati maa abah dan orang cikja sayang. Allahu, mati ni boleh berlaku bila bila je.




Al fatihah. Minah Bt Abdullah. 20 Jan 2017.
.




.

You Might Also Like

7 comments

  1. takziah awak atas pemergian arwah nenek awak :') semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman di sisi-Nya. Sebak baca post ni, teringat dekat arwah atuk saya. al- fatihah..

    ReplyDelete
  2. saya yang menangis tersedu membaca . takziah untuk awak sekeluarga . Alfatihah ..

    ReplyDelete
  3. Asklmwkth....salam kenal sue,salam takziah dari mak saudara Anisha

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat