UMRAH - PART 2 (Masjid Nabawi)

12:07 PM


Assalamualaikum readers,






Kali ini sambungan cerita tentang perjalanan umrah cikja januari lepas. Part 1 boleh tekan link INI.


Ya Allah berkurun lama kot cikja nak update pasal umrah ni then macam biasa, alaaaa macam biasaaaa. hahaha. tapi insyaAllah seorang Suhaiza berazam untuk habiskan cerita umrah ni tahun ni jugak hehehe

Pagi ni terdetik nak update since cikja rasa rindunya alahai dekat suasana di Madinah dan Mekah. Flight kami around 1pm ke Madinah. Check in around 12 macam tu. kami sampai sana dalam 530 petang waktu madinah. Waktu tu dah malam dah dekat malaysia. Then settle barang, pukul 9 macam tu sampai hotel di Madinah. Kami stay dekat Dallah Taibah hotel which is beberapa km je ke Masjid Nabawi. Allahu rinduuu.

Then, kami dinner dulu then waktu ni lah kami diberi no bilik semua dan taklimat tentang perjalanan hari esok. So lepas makan semua, kami naik ke bilik. Persiapkan diri. Tapi yang sayangnya, cikja and ada beberapa yang lain terlepas untuk ke raudah malam tu. Raudah untuk perempuan tak semua waktu dibuka. Waktu subuh, Zohor, Isyak. Waktu ni boleh lah ke sana tapi warga Malaysia hanya dibenarkan bersama warga serumpun macam Indonesia, Singapore and brunei macam tu sbb kalau campur dengan warga Parkistan dan seangkatan, kita tak sesuai sbb warga kita kecik kecik dan xsekuat mereka. Doa moga dipermudahkan masuk ke dalam.
Time ni baru lepas solat subuh dan nak terus balik hotel. 


Esok paginya gerak pi subuh. Kat sini azan dua kali yang mana azan pertama untuk mengajak kita ke masjid, azan kedua baru betul betul subuh. So jangan konfius ye. Awal pagi ni serius sejuk ya rabbi. Pakai sweater lah anak anak kalau xnak selsema. Dah siap solat, makan pagi then siap siap turun ke bawah untuk melihat kawasan masjid nabawi dan tentang kisah kisah sekitarnya. Semua ni mutawwif yang akan bawak.

Yang hijau tu qubah nabi, Allahu terasa dekattt je dengan Rasulullah.

Pagi selepas breakfast, mutawwif akan bawak pergi satu group untuk perkenalkan masjid nabawi, perkuburan baqi', qubah nabi, dan bawak masuk raudah. waktu tu diceritakan tentang sirah nabi. Allahu, sedih sebak semua ada. Dulu sirah nabi bukan nak ingt sangat, sekarang bila dh ada di madinah, rasa macam dekatttt sangat. Waktu perjalanan kalini dibimbing mutawwif, bawa buku yang dibekalkn. ada bacaan yang sesuai untuk dibacakan. Bukan doa tp sampaikan salam buat nabi. waktu ni sekiranya ada sahabat kirimkan salam buat nabi, boleh lah sampaikan. seterusnya, kami dibawa masuk ke raudhah ikut jantina. Perempuan ada ustazah yang bimbing. waktu ni boleh nak solat sunat dhuha sementara raudhah dibuka.

Untuk perempuan, raudah tk selalu dibuka. Lepas subuh, lepastu pukul 10 pg macam tu, lepas zohor, asar dan isyak sahaja. Kalau cikja tak silap. kami pergi waktu pagi. Tips masuk raudah, masuk dengan warga singapore, malaysia, indonesia since mereka semua kecik macam kita. Kalau nak masuk dengan pakistan semua tu, kena pakai full hitam and berpurdah, so dorg xcam kita dan senang nk menyelit masuk. Nak solat, pi solat kt depaannn sekali sbb kdg kdg tengah solat, ada je orang langkah tmpt kita sujud dan tengah sujud pun. tapi niat baik baik, InsyaAllah Allah permudahkan. Kat sini, doa kita mudah dimakbulkan. Sebab tu kena jaga perbualan dan percakapan.


Ruang menunggu untuk masuk raudhah, ni gambar dari pinterest, time ni tak sempat nk ambik gmbr. Thanks to pinterest.


So itulah aktiviti pertama di Madinah, Allahu rinduuuu. Moga Allah jemput lagi untuk ke sana.Amin.


Sincerely,
Suhaizasuki.


xoxo.







You Might Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah cikja dpt jejak kaki ke sana..sia JM ni dh apply utk ke sana tp visa x lepas sbb x de mahram 😭

    ReplyDelete
  2. Nak masuk raudhah pun ada tips ek..boleh ikut ni 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada tips kalau nk selalu masuk. sbb bahagian pmpuan kena ikut jadual, tak boleh masuk bila bila masa mcm laki. :)

      Delete
  3. Ya Allah, terima kasih sudi share. Rindu Madinah, rindu nabi kita Rasulullah S.A.W.
    Walaupun tak pernah sampai lagi sana, tapi selalu tengok gambar dan dengar qasidah pasal Rasulullullah. Bila rindu Rasulullah, hati ni mau sangat sampai ke Madinah.

    Moga direzkikan untuk ke Mekah dan Madinah. Amiin.

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah satu hari nnt.

    hi jemput join n meriahkan segmen GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat