Assalamualaikum, hi readers.
Pernah tak korang berfikir atau mempunyai keinginan untuk bercuti ke Phuket, Thailand? Cikja pernah macam sekarang ni lah. So,mungkin ni masanya untuk search internet dan find the best Phuket hotels untuk didiami sepanjang percutian. Memandangkan currency Thai Baht tak jauh beza berbanding dengan Ringgit Malaysia, rating harga hotels di Phuket kebanyakannya sama je seperti harga booking hotels di Malaysia.
Phuket adalah satu daerah di selatan Thailand dan
merupakan pulau terbesar di negara itu dengan lebih kurang 32 pulau-pulau kecil
yang mengelilinginya. Phuket pulak terletak berdekatan daerah Phang Nga dan
Krabi, yang juga terkenal dengan aktiviti perlancongannya. Phuket terkenal
dengan pulau-pulau yang cantik serta geologi bentuk muka bumi yang menakjubkan
dan menarik lebih kurang 10 juta pelancong dari luar negara setiap tahun
dan telah dinobatkan sebagai world’s top 5 retirement destinations oleh Fortune
Magazine wehhhh. tetiba macam teruja kejap. haha
see? Lawa wehhh serius lawa T_T |
Bukan
sekadar pantai dan pulau, Phuket sebenarnya destinasi yang unik menggabungkan
aura bandar Georgetown kat Penang yang meriah dengan bangunan bergaya Eropah
serta pasar yang meriah, dan juga aura Bali kat Indonesia yang padat dengan attraction
yang telah berusia berabad lamanya. Cukup lengkap sekali pakej pulau kat negara
gajah putih ni kan? Nak tahu dimanakah kesemua attraction ini? Teruskan
membaca senarai tempat menarik kat Phuket ini. hehehe please jangan bosan lagi uolss.
Walaupun Phuket terdiri daripada penganut Buddhist,
tetapi terdapat juga sebuah komuniti Islam yang kuat disini. Terdapat beberapa
buah masjid yang anda boleh dapati serta makanan halal juga senang untuk
dicari. Yang menariknya, di sesetengah gerai, mereka fasih berbahasa
Melayu walaupun dialeknya yang sedikit pekat. Ini adalah kerana ramai penduduk
tempatan disini adalah daripada keturunan Melayu. Terdapat juga kaum Peranakan
Phuket Baba yang terdiri daripada kaum Cina bermigrasi ke Phuket semasa kurun
ke-19. Interesting, kan? Ini juga bermaksud anda boleh berkomunikasi dengan
warga tempatan dengan selesa dan menjadikan Phuket sebagai sebuah destinasi
backpacking anda.
Antara kedai makan halal yang nice jee untuk penganut islam, boleh search untuk makanan halal tu guys. |
Untuk ke Phuket dari Malaysia, anda boleh memilih
satu daripada dua pilihan pengangkutan iaitu kereta api atau penerbangan. Jika
anda ingin memilih kereta api, anda boleh mengambil train ETS dari destinasi
anda dan menuju ke Padang Besar. Disitu, terdapat checkpoint imigresen sebelum
anda dibenarkan untuk melepasi borders Malaysia-Thailand. Tiket kereta api
untuk ke Phuket pula haruslah dibeli di stesen kereta api di Padang Besar dan
anda dibenarkan untuk mengguna Thai Baht ataupun Ringgit Malaysia. Dari Padang
Besar, perjalanan akan memakan masa selama 6-7 jam dan akan berhenti di Surat
Thani. Dari situ, anda harus menaiki feri untuk ke Phuket. Selain itu, anda
boleh memilih penerbangan untuk directly ke Phuket dan perjalanan hanya akan
memakan masa selama sejam setengah. Di Phuket pula, terdapat banyak
pengangkutan awam seperti bas dan tuk-tuk iaitu sejenis teksi motorsikal yang
sememangnya terkenal di Thailand.
Kalau nak melawat Phuket, memang antara sebab utamanya adalah nak menikmati permandangan pantai-pantainya yang bersih
dan menakjubkan. Hat Karon dan Pantai Kamala adalah dua pantai yang popular
antara pelancong dan Phuket yang dikelilingi pulau-pulau kecil menjadikan
aktiviti air dan island hopping sangat menarik dan popular. Selain dari
pantai-pantai yang cantik, Phuket juga mempunyai tarikannya yang lain dengan
kuil-kuil Buddha yang besar dan mempersona. Ini tidak hairan jika kuil mereka
juga adalah tempat tarikan pelancong. The Big Buddha of Phuket terletak di
Muang Phuket iaitu satu gunung yang telah terukir untuk menempatkan patung
Buddha setinggi 45 meter ini. Patung ini telah diukir dari white Burmese marble
dan sememangnya suatu permandangan yang menakjubkan.
Cantiknya kamala Beach guysss |
So,dah dah lah lengahkan masa untuk
membuat online hotel booking dan mencari hotel yang murah
untuk booking di Phuket. Inilah lokasi tarikan pelancong
bertaraf dunia yang anda pasti tidak ingin lepaskan. Sebab ini semua lah cikja rasa macam nakkk sgt ke sana. Hmm kena kumpul duit lah kalau macam ni kannn kannn?
p/s : dah lama rasa tak pi bercuti, padahal baru g bulan satu haritu. tp tu kat Malaysia, luar Malaysia tade lagi. Ada nak sponsor tak? hahaha
Sincerely,
Suhaiza.