­

Phuket Hotels yang Awesome

5:29 PM











Assalamualaikum, hi readers.

Pernah tak korang berfikir atau mempunyai keinginan untuk bercuti ke Phuket, Thailand? Cikja pernah macam sekarang ni lah. So,mungkin ni masanya untuk search internet dan find the best Phuket hotels untuk didiami sepanjang percutian. Memandangkan currency Thai Baht tak jauh beza berbanding dengan Ringgit Malaysia, rating harga hotels di Phuket kebanyakannya sama je seperti harga booking hotels di Malaysia.


                Phuket adalah satu daerah di selatan Thailand dan merupakan pulau terbesar di negara itu dengan lebih kurang 32 pulau-pulau kecil yang mengelilinginya. Phuket pulak terletak berdekatan daerah Phang Nga dan Krabi, yang juga terkenal dengan aktiviti perlancongannya. Phuket terkenal dengan pulau-pulau yang cantik serta geologi bentuk muka bumi yang menakjubkan dan menarik lebih kurang 10 juta pelancong dari luar negara setiap tahun dan telah dinobatkan sebagai world’s top 5 retirement destinations oleh Fortune Magazine wehhhh. tetiba macam teruja kejap. haha


Related image
see? Lawa wehhh serius lawa T_T

Bukan sekadar pantai dan pulau, Phuket sebenarnya destinasi yang unik menggabungkan aura bandar Georgetown kat Penang yang meriah dengan bangunan bergaya Eropah serta pasar yang meriah, dan juga aura Bali kat Indonesia yang padat dengan attraction yang telah berusia berabad lamanya. Cukup lengkap sekali pakej pulau kat negara gajah putih ni kan? Nak tahu dimanakah kesemua attraction ini? Teruskan membaca senarai tempat menarik kat Phuket ini. hehehe please jangan bosan lagi uolss. 

                Walaupun Phuket terdiri daripada penganut Buddhist, tetapi terdapat juga sebuah komuniti Islam yang kuat disini. Terdapat beberapa buah masjid yang anda boleh dapati serta makanan halal juga senang untuk dicari. Yang menariknya, di sesetengah gerai, mereka fasih berbahasa Melayu walaupun dialeknya yang sedikit pekat. Ini adalah kerana ramai penduduk tempatan disini adalah daripada keturunan Melayu. Terdapat juga kaum Peranakan Phuket Baba yang terdiri daripada kaum Cina bermigrasi ke Phuket semasa kurun ke-19. Interesting, kan? Ini juga bermaksud anda boleh berkomunikasi dengan warga tempatan dengan selesa dan menjadikan Phuket sebagai sebuah destinasi backpacking anda.

Antara kedai makan halal yang nice jee untuk penganut islam, boleh search untuk makanan halal tu guys.
                
Untuk ke Phuket dari Malaysia, anda boleh memilih satu daripada dua pilihan pengangkutan iaitu kereta api atau penerbangan. Jika anda ingin memilih kereta api, anda boleh mengambil train ETS dari destinasi anda dan menuju ke Padang Besar. Disitu, terdapat checkpoint imigresen sebelum anda dibenarkan untuk melepasi borders Malaysia-Thailand. Tiket kereta api untuk ke Phuket pula haruslah dibeli di stesen kereta api di Padang Besar dan anda dibenarkan untuk mengguna Thai Baht ataupun Ringgit Malaysia. Dari Padang Besar, perjalanan akan memakan masa selama 6-7 jam dan akan berhenti di Surat Thani. Dari situ, anda harus menaiki feri untuk ke Phuket. Selain itu, anda boleh memilih penerbangan untuk directly ke Phuket dan perjalanan hanya akan memakan masa selama sejam setengah. Di Phuket pula, terdapat banyak pengangkutan awam seperti bas dan tuk-tuk iaitu sejenis teksi motorsikal yang sememangnya terkenal di Thailand.

Kalau nak melawat Phuket, memang antara sebab utamanya adalah nak menikmati permandangan pantai-pantainya yang bersih dan menakjubkan. Hat Karon dan Pantai Kamala adalah dua pantai yang popular antara pelancong dan Phuket yang dikelilingi pulau-pulau kecil menjadikan aktiviti air dan island hopping sangat menarik dan popular. Selain dari pantai-pantai yang cantik, Phuket juga mempunyai tarikannya yang lain dengan kuil-kuil Buddha yang besar dan mempersona. Ini tidak hairan jika kuil mereka juga adalah tempat tarikan pelancong. The Big Buddha of Phuket terletak di Muang Phuket iaitu satu gunung yang telah terukir untuk menempatkan patung Buddha setinggi 45 meter ini. Patung ini telah diukir dari white Burmese marble dan sememangnya suatu permandangan yang menakjubkan.

Image result for kamala beach
Cantiknya kamala Beach guysss
              
So,dah dah lah lengahkan masa untuk membuat online hotel booking dan mencari hotel yang murah untuk booking di Phuket. Inilah lokasi tarikan pelancong bertaraf dunia yang anda pasti tidak ingin lepaskan. Sebab ini semua lah cikja rasa macam nakkk sgt ke sana. Hmm kena kumpul duit lah kalau macam ni kannn kannn?


p/s : dah lama rasa tak pi bercuti, padahal baru g bulan satu haritu. tp tu kat Malaysia, luar Malaysia tade lagi. Ada nak sponsor tak? hahaha


Sincerely,
Suhaiza.



You Might Also Like

9 comments

Hello There! :)

Chit Chat