"Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis."
11:59 AM
Assalamualaikum dan hai readers.
okay. untuk post kali ni nak cerita pasal buku Di mana Dia dihatiku tuuuu. actually tak tahuuu nak start dari mana since banyak tajuk dalam buku ni best best. tapi mungkin kali ni sy akan cerita sikit pasal mujahadah sebab tajuk ni sebenarnya berkait rapat dengan saya dan mungkin orang lain jgk?
mujahadah.
mujahadah tu satu jihad. atau untuk senang kita paham, muhajadah tu adalah satu usaha kita untuk berada di jalan Allah.
mujahadah juga selalunya dikaitkan dengan perubahan. saya suka untuk kongsikan tentang perubahan atau perhijrahan ni. nak berubah tu mudah je. sangat mudah tp nak istiqamah tuk memang susah. selalunya kan, nak berubah ni sebenarnya awkward. mana tak awkwardnya, kita nak keluar dari comfort zone kot? yelaa, contohnya macam kita tetiba nak berubah pakai baju labuh and so on macam tu. orang tgk pelik n kita pun sebenarnya awkward jgk mula mula nak cuba.
okay, kita mungkin rasa macam hmm lantak lah, diri aku kot? tapi biasanya orang akan tegur. eh, kau dah kenapa alim sangat pakai baju mak aih labuhnyaaa and bla bla. tu sebenarnya dugaan tuk berubah. take it in a positive way. bagi orang yang tgk kawan awak tu dah berubah jadi lbh baik, jgnla terus tegur kau dah kenapa bla bla bla. bagi dia selesa dengan diri dia dulu. then if nak tahu, slow talk lah, okay?
mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis.
sebab tu bila kita nak berubah, sebenarnya lagi banyak dugaan yang kita dapat. kadang-kadang kita dalam tak sedar mengeluh dengan diri sendri sbb penat dengan dugaan. tp ingat satu je, Allah xkan uji kalau kita xmampu. ingat, dunia ini sementara, dunia tempat kita menanam dan akhirat tempat kita menuai. waktu permulaan untuk bercucuk tanam tu rasa susahnyaaa. rasa mcm putus asa, tp fikirlah kegembiraan bila kita dah dapat hasil tuuu. inshaAllah semangat kita untuk menanam tu akan terus naik.
bukan senang nak tinggalkan sesuatu yang kita selalu buat. bukan senang nak tinggalkan seseorang yang kita syg. bukan senang nak tetapkan hati yang turun naik. bukan senang nak terus bagi semangat untuk bermujahadah. bukan senang nak melepaskan sesuatu untuk bermujahadah kerana Allah.
tapi fikirlah, "tidak senang" tu hanya sementara kerna mustahil ia boleh kekal sedangkan kita kat dunia pun hanya sementara?
image : tumblr |
p/s : buku Dimana Dia Dihatiku ni best, boleh lah cuba pinjam, or beli. sebab terapi hati itu perluu.
0 comments
Hello There! :)