LIMETree Bed & Breakfast

9:31 AM


 Assalamualaikum semua..

source : booking.com

Entry ini sepatutnya dipost kan pada Januari since trip kami ke sini adalah pada December 2021. Macam biasa, Cikja memang selalu jadi tour guide untuk kawan kawan yang datang bercuti ke Terengganu. Sebelum memang xmahir langsung kawasan atau tempat yang boleh pergi di Terengganu ni, tapi finally setelah beberapa kali jadi tour guide, dapat lah tahu apa istimewanya dekat sini.

So, kalini actually trip yang tak disangka-sangka sebenarnya. Kami plan nk tidur di Cherating tapi itulah, tarikh tu agak peak, jadi mostly chalet / resort lelawa semua dah full. Kami pun last minute tukar ke Kuala Terengganu.

Perjalanan bermula pada Jumaat pagi, dimana kawan cikja datang daripada Kuala Lumpur, dorang gerak pkul4/5pagi macam tu. Then, sampai je di kerteh, dorg pickup cikja dlu. Sementara tu kita bagi dorang rasa nasi kerabu okayy. Muahaha. Dah settle makan kita singgah beberapa tempat sebelum sampai ke destinasi utama penginapan. 

LIMETree Bed & Breakfast.

So, basically waktu ni tak ramai lagi yang menginap dekat sini. Kami nak cari maps ke sini pun agak sesat. Rupanya terletak dalam kawasan Kelab Golf Terengganu, so memang ad security guard semua. Tempat ni sebenarnya macam banglo tapi dia dah buat konsep english style sikit, jadi ada beberapa bilik yang kita boleh menginap. Andai kata ada yg google Limetree B&B, selalunya yg keluar gambar overseas sana. Kami first time sampai sangat impress k.

Kami trip bertiga, jadi terpaksa pilih bilik Deluxe Queen Room with Two Queen Beds dengan harga RM234 include breakfast, agak murah sebenarnya. Kami sampai memang ada parking disediakan. Memang waktu ni rasa macam worth la dengan harga.


source : trip advisor

Dah sampai, jumpa owner terus check in. Dan tiba lah masa yang kami memang betul-betul rasa tak menyesal tinggal sini. Office dia pun cantik je. Lepastu ada kolam untuk kanak-kanak sekali laluan ke tempat ofis dan breakfast tu. 

Ini lah kolam tu, untuk dewasa pun boleh jugak sebenarnya.

source : booking.com

Ni pulak view dari luar bilik kitorang duduk.


Laluan nak ke kolam dan tempat breakfast. View dalam tempat breakfast lupa nak ambik sebab mcm menarik sgt suasana dia. 



Dari luar bilik kami menginap jugak. ni berhadapan dengan parking kereta. 



Toilet bilik kami, kemas cantik dan selesa okayy.



Tadaaa, ini lah biliknya guyssss! Yang hujung sana tu tempat iron dan tempat letak baju semua lah. 





source : booking.com

source : booking.com

Kalau korang tgk kan, gambar bilik dalam booking dengan cikja ambik sama je kan? sebabnya, memang bilik dia seperti mana dalam booking.com tuuu. Lawa sgt.

Waktu kami datang tu mcm tengah ada beberapa bilik renovate lagi. Untuk bilik berdua sahaja pun ada. So far rating kami bagi : 5***/5**

Memang tiptop k. Breakfast kami dapat tu ada lontong, jus oren, kopi, teh, roti bakar dan cereal. Memang best sangat nak staycation kat sini. Nak keluar ke bandar pun okay dekat jugak. Very recommended! 

Itu sahaja review ikhlas dari cikja. Till next time guys!


Sincerely,
Suhaizasuki.


You Might Also Like

8 comments

  1. W'salam Cik Jaja... Berbaloi sungguh stay sini.. Sis suka deco English style.. Kalau review Cik Jaja 5 bintang, haruslah sis bookmark stay sini untuk visit Terengganu someday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, mmg patut staycation kat sini, last year dorg tgh buat renovation nak tmbh bilik lg tu.

      Delete
  2. Wah menarikk!! Breakfast sana buffet atau order Cik Ja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buffet awak, ada english breakfast and ad jgk ala melayu punya. so ok la kan.

      Delete
  3. Wow.. Menarik tempatnya.. Salam perkenalan..
    Sha follow sini..

    ReplyDelete
  4. wowwww menarik bilik tidur .. suka la corak di bed tu

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat