Rahsia disebalik tidak putus asa, siapa sangka?

12:24 PM


cactus, office, desk, notebook, notepad, pens, pencil, smartphone, mobile, cell phone, picture, frame, business, creative


assalamualaikum readers,

macam dalam tajuk kat atas. orang nampak semua mudah untuk kita dapatkan sesuatu. tapi disebalik usaha tu orang tak nampak. dalam minggu lepas alhamdulillah, ada keluar paper pasal business abah. mungkin semua tu nampak biasa bagi orang lain but as their daughter, cikja dapat tengok dari awal sampai sekarang penubuhan bisnes tu.

abah start bukak kedai minuman ni tahun lepas, dalam awal novermber/ akhir october 2015. permulaan tu tengah cuti mid semester. so cikja antara pekerja terawal ma dan abah. Paling tak boleh lupa waktu ma pergi solat sunat dhuha, lepastu ramai nya askar askar datang minum and cikja kena buat air. kalau setakat air untuk family minum okay lah weh tapi ni untuk jual hahahaha rasa mcam perghhh selawat banyak banyak sebab ma cakap berselawat time masak nanti boleh buat masakan tu positif. alaaa mcm makin sedap kee sebab buat dengan penuh kasih syg hahaha. Alhamdulillah waktu tu boleh control.

Tapi itulah, ada jugak waktu waktu yang mcm tak boleh luangkan masa sekali bila dah ma abah mula mniaga. rasa macam part tu sedih sikit. sepanjang cikja balik cuti midsem tu memang totally duduk dekat kedai semua. because that is the only way nk spent time sesama. 

Paling power waktu cuti raya cina. before abah bukak kedai dekat rnr paka, abah bukak dekat perasing dulu which is sejam dari rumah berbanding paka yang setakat 15min je haa. so cikja and kakak kena handle dekat perasing, abah ma dekat paka. memang terpisah terus. ramai sangat orang sampai beberapa jam berdiri je, tak mampu nak duduk sampai bengkak kaki dan makan lagi la tak sempat sebab cikja jadi cashier. perghh perghh penat sangat. tapi waktu tu alhamdulillah, hasil memang lebih sikit. waktu tu ma abah adalah orang paling happy sebab semua anak yang balik tolong kt kedai, separuh paka dan perasing. tapi sekarang dah totally tukar pi rnr paka.

Pernah dalam kereta, salu kalau pi mana mana berdua dengan abah. abah memang suka bercerita apa yang dia rasa dan anything yang dia rasa nak cerita. waktu tu abah cakap, meniaga ni boleh buat abah happy. tenang je hidup abah, Allah permudahkan banyak urusan abah. berurusan dengan customer pun okay, abah tade masalah. waktu tu rasa macam nak menangis bila abah bagitahu. sebab sebelum ni kerja kontraktor pun tak boleh buat abah happy sampai macam ni. 

Lately ni, dalam 3minggu tak balik rumah. abah seriously nampak happy sangat. badan abah makin berisi sama jugak macam ma. rasa macam happy tengok ma abah macamtu. sekarang ni alhamdulillah, abah ma dah ada pekerja yang cukup so tak perlu untuk berjaga malam macam dulu lagi. ma abah sangat jaga pekerja pekerja dorang macam ahli keluarga sendiri. seronok. 

sesuatu yang paling sensitif dalam hidup cikja adalah keluarga. because they are everything. seriously waktu taip ni macam dalam jiwa syahdu je sebab bayangkan dari awal usaha bukak kedai tu kan. Moga Allah permudahkan urusan kita sekeluarga and my readers too!

:)

p/s : kalau nak singgah minum, pi la singgah kedai no 4 rnr paka (terengganu ke KL). hiks.



Sincerely, 
Suhaiza.




You Might Also Like

6 comments

  1. Assalamualaikum cikja,

    Seronok baca post cikja.. Samalah saya pun agak sensitif bila citer ttg family.. Sesekali blk nmpk perubahan usia mak abah, sedih.

    Apa pun alhamdulillah bisness abah cikja maju.. Mereka gembira sbg anak cikja pun tumpang sama kann.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank LZ, appreciate sebab awak suka baca post kitaa :)

      Delete
  2. Alhamdulillah... semoga rezeki untuk cikja dan keluarga terus bertambah.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn, thank you anis. Moga kita sama sama murah rezeki :)

      Delete
  3. Moga terus murah rezekinya, insya-Allah. :)

    ReplyDelete
  4. when we see the struggle, we appreciate better :) tahniah sis n family, ignore those ignorant people. hikss

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat