Preparation before performing umrah - Part 1

9:34 PM


Assalamualaikum readers,

Part 1 - preparation before performing umrah.

Cikja pergi umrah haritu under Rayhar Travels and Tour pada 8 Jan - 19 Jan 2017. Alhamdulillah, Allah jemput. Rasa macam sedih je sebab banyak nya dosa diri ini tapi Allah bagi peluang untuk menunaikan ibadah umrah.

so tujuan post kali ni macam nak berkongsi apa yang perlu prepare before pergi umrah. First skali doa. Doa lah moga Allah jadikan diri kita sebagai tetamu. sebelum ni, dah dua org cikja sampaikan doa kepada orang yang pergi umrah. Doa moga Allah jemput cikja bersama keluarga. Apa yang cikja belajar dari sini, berdoa lah. tak semua orang berpeluang, ada ramai yang kaya, ramai yang travel sana sini tapi masih belum sampai rezeki dan ada yang tidak berduit tapi brkat doa diri sendiri dan orang lain, mana kita tahu. Smuanya dari Allah. Jangan pernah merendahkan doa. kerna dari doa itu, berkatnya tidak kita ketahui.

Nak dijadikan cerita, cikja ada jugak doa moga dapat kerja awal sikit. kiranya lepas grad tu dapat kerja and habis dah probation sebelum ambik cuti nak pi umrah. so tade lah segan sangat nak cuti lama sebab probation usually 3months je. And Alhamdulillah, Allah permudahkan. Allahu, syukur tak terkata.

Awal awal tu pilih travel mana nak guna. macam cikja dan family, kitorang guna Rayhar Travel (ada branch tganu, kl and banyak lagi). boleh guna package lain. cikja ambik package complete rayhar. Hotel madinah sama je semua package (Dallah Taibah) dan Makkah berbeza, cikja punya (Hotel Huwait Abdul Aziz). Package ni complete makan pagi, tengahari dan malam). Cikja terhilangkan pulak gambar package tu T_T

lepas dah settle semua, dah buat bayaran nanti Rayhar akan bagi bagasi (ada tiga beg besar, sederhana dan kecik). Ada lagi satu untuk kita bawak ke sana. dalam beg kecik sekali tu ada disediakan buku rujukan umrah. Ada tiga buku.



Rayhar ada buat kelas umrah 3 kali. tapi nak pi bebila kelas ada pun boleh je. tapi cikja sempat pi tiga kali je. Cikja nasihatkan baca buku yang agen korang kasi. biasanya dalam tu ada terangkan kisah tempat nk pergi, tentang umrah (complete) dan ada amalan sunat yang digalakkan.

sebelum pergi sana, korang try lah amalkn bangun malam. amalan solat solat sunat, sekurang-kurangnya kat sana nanti korang dah terbiasa dan badan pun tak penat. Doa moga semuanya dipermudahkan, jaga kata dan niat yang baik baik untuk ke sana.

Kalau dari segi pakaian pulak, bagi muslimah je ye cikja kasi.


jubah tu tak perlu banyak. sebab kat sana lagi banyak jubah korang berkenan nanti. Oh ye, lupaa nak mention, penambahan barangan :

1. spray wudhuk (untuk tawaf/saie kot terbatal wudhu') cara nk guna boleh tanya ustazah.
2. Vit c , panadol
3. krim pelembap muka (elak kulit dan bibir kering)

tu untuk barang barang, mental semua kena kuat. paham semua tentang perjalanan umrah. Kalau boleh letak stick note siap siap pada buku nota tu, senang nanti nak refer kat sana. Bila dah ready semua, dah complete, baru tenang sikit nak pi umrah.  nanti perjalanan dalam 8jam lebih dari KLIA ke Madinah. so kalau nak solat, boleh solat hormat waktu dlm flight (yang ni kalau nak lagi memahami tanya ustaz waktu kursus umrah, sebab tu kursus umrah penting. At least,ada gambaran nanti mcm mana).


Akhirnya, berdoa lah semoga Allah permudahkan. Minta maaf dengan family, kawan kawan, sedara semua sebelum gerak. NIat baik, so start dengan cara yang baik. minta maaf dan memaafkan. InsyaAlah Allah permudahkan.


Okay, nanti cikja sambung lagi Part 2 ye. Bila start menulis pasal umrah ni, rasa rindu pulak.


Sincerely,
Suhaizasuki.









You Might Also Like

4 comments

  1. Persediaan umrah yg bagus...thanks cikja...insyaallah...aunty pun teringin nak ber umrah...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah cikja beruntungnyaa muda2 dah dijemput buat umrah. Moga CikJa dan keluarga mendapat umrah yang mabrur. :')

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ..tips yg menarik ..moga Allah permudahkan trip to umrah .. btw CCL follow blog ni #214

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...
    aida lom lg dpt peluang jejak kaki ke tanah haram nan dirindui.
    seronok nyer jaja da dpt gi.

    ReplyDelete

Hello There! :)

Like us on Facebook