Tempat Menarik Di Perak

by - 7:32 AM




Assalamualaikum readers,

Okay untuk entry kali ini tidak lah terlalu lama diperam sehingga basi haha. Untuk kali ini trip bersama geng gadis cecantik solehah 2019 *eh sorry nama tu macam tu sebab dikira sebagai doa la kan kan?* sebenarnya kami semua plan dah lama untuk buat trip ini which is dah dekat setahun dah tapi tak pernah jadi then hujung tahun lepas, kiranya last minute plan jugak lah kami decide nak pergi trip ini.

Cikja gerak dari Terengganu. Hari khamis tu cikja kerja macam biasa, rushing balik sampai rumah dekat maghrib then kemas kemas dan siap siap bas pukul10.30 malam. Cikja berdua dari Terengganu tapi both of us naik bas asing since sorang dari Kuala Terengganu dan Cikja dari Kerteh. Sampai TBS dalam pukul 4.30pagi macam tu terus call partner dari Terengganu then kami sampai waktu lebih kurang then call terus kawan di Serdang untuk pick up kami siap siap sementara tunggu waktu siang :p

Pagi gerak dari KL dalam pukul 7.30pagi bersama-sama dua orang lagi rakan cikja. Jadi incomplete 5 (Cikja, Syg syamira, Rosni, Nasuha dan ahein). Kami bertolak dan berhenti makan di RnR Sg Buloh, singgah makan yang dikira sebagai cheat day guysss! Anisha yang berada di Perak hanya sabar menantikan kehadiran kami #eh. Lepas breakfast, kami terus gerak pi Perak.



1. Kellie Castle

Sampai Perak around 12.00pm. Terus pi ambik Anisha di sekolah tempat dia mengajar dan kami gerak terus pi Kellie Castle. Nak masuk sini kena bayar RM5 seorang, jadi kami ni sesiap kumpul duit rm200 each person untuk trip kali ni untuk isi minyak dan sebagainya. Untuk Kellie Castle hanya sediakan rm30/6pack. 





2. Restoran Simpang Tiga

Selesai sahaja bergambar dan melawat Kellie Castle, kami terus gerak ke Restoran Simpang Tiga. Akibat terlalu lapar sebab dah berpanas di kawasan Kellie Castle, kami fikir terus nak makan nasi wehhh. serius lapar, kesian pulak pada diri sendiri. HAHAHA. Alhamdulillah, restoran ni kena dengan selera kami iaitu selera jawa. Antara kami ada yang makan lunch set terus iaitu ayam penyet tapi lain lain lauk, ada jugak yang makan lauk pilihan (selera kampung yang sangat best) mungkin sebab kami ni memang orang kampung sejati kot tu yang kena dengan selera. haha


3. Plan B

Seterusnya, kami terus gerak ke Plan B, Ipoh. Ini antara kawasan yang menarik nak pergi. Kami ni terfikir jugak apadia Plan B ni. Rupanya Cafe hipstur. Selali jugak nampak orang post then kami pun saja nak tengok tempat lelawa di Plan B.

Kami teringin nak makan di Plan B since murahnya alahai kek dia sekali dengan coffee, omg kalau orang kenal cikja, cikja sangat penggemar coffee hokay uolss. Jadinya, 1slice cake plus latte coffee hanya rm9 sahaja, murah kan? Kami dah siap pi confirmkan then nanti lah. Lepas siap bergambar nak pi makan, nak order dah lepastu kami cancelkan. Sebabnya tiada tanda halal dan kami nampak wine. timbul lah syubhah, jadinya kami pilih untuk tidak teruskan niat kami. Walaupun sedih, tapi elakkan lah sesuatu yang syubhah ye uolsss.



Apa-apa pun di Plan B ni banyak tempat bergambar cecantik. So boleh lah kalau nak bergambar puas puas, hihi.

Kami terus gerak pi Taiping untuk Ziarah kawan semasa di UPM, ni kira singgah mengejut jugak since kami bagitahu last minute nak singgah rumah dia. Kami sampai sekitar 8malam. Disebabkan last minute, jadi kami tak sangka dijamu dengan makanan sedap dimasak oleh mak kepada Intan ni dan dijamu pulak dengan kek yang dibuat khas oleh Intan untuk kami, omg! terharu tantan. nasib baik bagitahu last minute, kalau tak apa lah yang nak bagi kami makan lagi.

Selesai semuanya, kami terus gerak balik ke Homestay untuk berehat dan pillow talk!

p/s : rindu sedikit terubat, rohani pun terisi bila trip dengan mereka ni :)

Till next entry,
Suhaizasuki.



You May Also Like

3 comments

  1. Restoran Simpang Tiga best. nak p situ kena perut betul2 lapaq. macam2 lauk ada kan..

    ReplyDelete
  2. kita belum habis lagi explore perak.. resoran simpang tiga tu tak pernah pergi lagi..

    ReplyDelete

Hello There! :)