31 Tahun Mengenal Erti Kehidupan

11:01 AM

 

Assalamualaikum, Dear readers.

Tak tahu adakah masih ada reader dekat blog ni. Dah lama skip update dekat sini. Banyak sangat kejadian yang berlaku dan terjadi sepanjang blog ini tidak di update. Banyak kisah hidup dan perjalanan yang berlaku. Semua kisah yang mengajar Cikja untuk kenal kehidupan yang sebenar. Since harini cuti, jadi kita post sikit lah. Posting di sini sekadar bercerita, mana tahu umur tak panjang, at least dekat sini ada orang yg sayang kita dapat lepaskan rinduuuu. 


Tahun 2022, not really a good year for me as well as 2023. Tapi bila dikenangkan, ada banyak perkara indah yang berlaku sebenarnya. Tahun 2022, adalah tahun di mana cikja decide untuk sambung belajar. Alhamdulillah, rezeki terbesar tahun 2022. Sekarang tengah on going Masters in Business Admin. Doakan moga Suhaiza dapat habiskan pengajian ini on time insyaAllah bln 7 tahun ni. Sedar tak sedar dah masuk tahun 2024. 

Tahun 2022 tahun career cikja berkembang sikit, dimana banyak pergi training and explore banyak benda tentang leadership. Alhamdulillah pengalaman paling besar company sekarang bg. Waktu tahun ni, tahun broken. It has been a while Suhaiza tak kenal dengan mana mana lelaki dan tak terasa untuk mencari. but, it turns out be a broken year for me. Tapi rezeki, dikelilingi sahabat yang baik. Alhamdulillah. So, bulan September, perjalanan ke Terengganu and Perhentian trip again with the ladies. 

Actually tahun 2022, banyak keluar berjalan dgn team upm. In July, kitorg punya trip ke Janda Baik. Glamping (entry ni pun masih pending). Next August, ke Perak wedding bestfriend, Anisha. And September ke Perhentian. Dec 2022 ke Langkawi untuk trip family day company. So, i think not really a bad year except knowing that one guy.


Glamping trip, July 2022


Wedding Anisha, Aug 2022

Perhentian Trip, Sept 2022

Family Day Trip Company, Dec 2022

Tahun 2023, awal tahun yang sangat indah. Berjumpa dgn seseorang yang mampu memahami diri ini seadanya. He is the one yang sangat luar biasa for me. Soft spoken, knows how to handle seorang Suhaiza yang clingy, mood swing dan sebagainya. Fast forward to Mac 2023. Wedding adik bongsu kita. Alhamdulillah everything going well. Adik selamat menikah dgn pilihan hatinya. Dan in Mac jugak, Cikja dan family tunaikan ibadah umrah. That was really meaningful moments for me, even banyak ujian jugak. Manis ujian ni sebenarnya bila kita pandang dari side positif. 


Wedding Adik , Mac 2024



Umrah Mac 2023

Tahun 2023, tak banyak trip since busy dengan belajar. Kelas setiap sabtu. Cuti pun tak banyak, jadi agak terhad sikit masa. Cuma in August 2023, that was our first family trip so far. Kami ke Sabah. Planning nya ramai, tp turns out yang join beberapa orang sahaja kerana komitmen masing-masing. Happy dengan trip ke Sabah tu, sangat happy. Tapi itu la kan, tak semua kegembiraan berkekalan. Hujung bulan August, antara ujian terbesar untuk diri ini. Besar sgt. Hanya yg tahu sahaja yg tahu. And i dont know kenapa this time, tak mampu nk control macam sebelum ni. Hopefully, tahun ni tahun yg terbaik untuk diri ini. 


Trip to Sabah, Aug 2023

Sepanjang 31 tahun ni, alhamdulillah. Banyak yang Allah makbulkan doa ni sehingga sekarang rezeki tak pernah putus. Daripada sekolah sampai lah sekarang. Dari segi kerja alhamdulillah, mgkin tak sehebat orang lain, tp cukup untuk diri ini. Dekat dengan family. Pelbagai rezeki yang Allah bagi, cuma belum sampai rezeki jodoh lagi. Dulu bila orang selalu asyik bertanya tentang jodoh, kita sedih. But, as for now, kita mintak mereka ni semua doakan kita. Siapa tak nak jodoh datang awal, tapi siapalah kita nk pertikaikan ujian Allah bg. Tetap usaha, tak pernah putus. Sentiasa doakan diri ini yang terbaik.

Andai kata ada yang baca post ni, ringkas sahaja. Sekadar recap for 2022 and 2023. Cikja minta doa daripada semua, doakan moga Suhaiza tidak diuji dengan sesuatu diluar kemampuannya, diberikan ketenangan hati dalam menjalani kehidupan dia, sentiasa berbakti pada orang sekeliling dan dapat grad on time. Doakan tau?

Selamat Hari Raya Readers.

Alhamdulillah. 08 April 2024 , Happy birthday yang ke 31 Dear Suhaiza. Moga tahun 2024 ini tahun yang terbaik utk diri ini. 


Sincerely, 

Suhaizasuki 

You Might Also Like

1 comments

  1. InsyaAllah semoga tahun ini memberi keberkahan buat cikja dan keluarga.. Semoga dipermudahkan urusan belajar, kerjaya dan dilimpahkan rezeki yg lancar... Dulu sy juga berada dlm situasi cikja.. soal jodoh mmg kita tak tahu.. Apapun cepat atau lambat semoga akhirnya cikja temukan dgn seorg lelaki yg soleh dan dapat menjaga cikja dunia akhirat... Aamiinn

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat