Review Bisik Pada Langit

by - 9:12 AM

Assalamualaikum and hi readers,





Saje harini update awal awal pagi sebab mood tu ada dan idea pun ada. Semalam (err kalau entry ni update on time) haha pergi tengok wayang, cerita yang tengah viral tu Bisik Pada Langit. Serius cakap, cikja bukan jenis suka tengok wayang, even cerita aksi ke cerita cintan cintun ke apatah lagi cerita melayu. Sebab rasa macam teringin nak tengok cerita family ni. 

Plot cerita dia menarik, ringkas tapi penyampaian tu ada. Part awal awal tu okay lagi tapi lepas siti hajar tu accident, part tu dah mula dah watak ayah yang mana melibatkan protection pada anak perempuan dia. Cerita dia, Jalil Hamid ada 3 orang anak. Dua lelaki dan seorang perempuan. Si ayah ni sayang giler kot dekat hajar (which is usually ayah ayah buat dekat anak perempuan dia) then after spm hajar ni fly overseas, Australia, dekat sana ni lah Hajar accident motor di mana ayah dia tak tahu pun dia ni beli motor.

Part lelaki tu, Irwan call ayah Hajar bagitahu Hajar accident tu paling gentle plus berani kot. tak semua orang berani nk cakap dengan ayah perempuan *dlm ni Hajar la* even terpaksa. Start dari sini nilai nilai islam yang kita boleh ambik. Bila dapat musibah solat sunat hajat then baca yasin ramai-ramai bukan sekadar meratap menangis. Then, cikja tak nak cerita panjang-panjang since korang kena pergi tengok sendiri okay? hahaha

Part ibrah dari cerita ni kita dapat tengok lagi bila dapat berita baik tu, Ayah Hajar dapat berita Hajar sedar dari koma, tengah nk buat passport cancel tetibe then terus pergi sujud syukur. Nilai islamik yang mudah tapi tak semua orang amalkan.

Watak Dee, abg Hajar ni paling boleh dicontohi, seriusss. Banyak nya dia berkorban untuk adik-adik dan kasih sayang pd adik dia semua sama rata. Abg yang boleh fikir secara rasional. Serius Dee, memang anak yang baik.

Overall boleh cakap cerita ni sesuai untuk golongan marhein macam kita kita ni. bukan typical drama melayu habis belajar kerja company mak ayah, semua benda mak ayah support, lahir lahir berada dalam dunia mewah dahh. Serius ini cerita bukan typical cerita melayu, ini lah hakikat yang ada sekarang ni. So, worth for watching guys!


Rating cikja boleh bagi 9/10. Kenapa 9/10? hmm sebab ending dia. haaa pi tgk sendiri.


p/s : Part paling sedih, bila ayah dia cakap " Betul lah orang cakap, mak ayah kehilangan anak paling sedih dari anak kehilangan mak ayah".


Sincerely,
Suhaiza.



You May Also Like

7 comments

  1. Tak sempat nak nonton citer ni .ramai yang bagi feedback cita ni sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita dia xtypical, so okay la nk tgk. ape lg CCL? pi tgk hehe

      Delete
  2. Fuhhh nasib baik xde spoiler haha.. best ye cite. I

    ReplyDelete
  3. menangis tau tengok citer ni dekat cinema.

    ReplyDelete
  4. menarik la nak tengok. tapi selalunya citer melayu xdak kawan nak teman. takpela tunggu nanti kot2 masuk Astro Best ke..

    ReplyDelete
  5. Dah tgk!!! Kuar panggung bengkak mata..abis tisu sekotak adeh

    ReplyDelete

Hello There! :)