First Experience on Flight with Rayani Air.

3:38 PM



Assalamualaikum readers.


Cliche photo bila dalam flight, muahahah

So as the title above. my first experience on flight. oh well, Rayani Air jadi pilihan. rewards untuk sem 7 pi short vacay dekat Langkawi sanaa. since Rayani Air tengah buat promotion, kami #TeamIkutlah. oh btw, hashtag team ikut lah sebab kami kalau tanya nak pi mana dulu asyik jawab ikutlah, muahahah so jadi #TeamIkutlah . Kami terus book tiket. kami dapat dengan harga rm49/pax. ada jugak cek kot kot ada yang lain buat offer tapi Rayani Air yang kami dapat paling murah.





Cikja yang cek tiket semua pastu tak dapat murah lagi. last last two weeks before pi langkawi cek lagi sekali dan lagi murah dari tiket bas plus tiket ferry. dapat rm49 terus ke airport Langkawi. tak perlu dah naik turun bas pi kuala perlis lepastu beli tiket ferry bagai. so lepastu, terus decide nak book dan yang lain semua tak reply whtsapp. tapi bab transportation dorang semua bagi dekat cikja, so cikja terus booking! rm98/ dua hala. oh well, we got free 20kg luggage! FREE, sape tak suka free oi.


Punya lah excited dapat naik flight. so pepagi nak pi airport kami naik bas UPM. since dah habis semester, UPM buat perkhidmatan khas untuk gerak pi airport. so kami gerak ke KLIA2. siap print tiket semua tu, bawak je tunjuk dekat kaunter Rayani Air then check luggage pastu settle! cepat dan mudah. harapnya perkhidmatan dia akan tetap sama.

alhamdulillah, bukan sekadar manis kata-katanya, tapi memang betul Flight Attendants (FA) Rayani Air memang berpakaian sopan dan bertudung.  oh sebelum lupa, ada sorang FA hensem! hahaha. okay sambung balik,masuk masuk je dapat ucapan baik punye! seriously best! 

"Assalamualaikum, selamat datang" Allahu terharu sebab siap bagi salam semua. lepastu FA semua baik baik je tolong letak barang and ni mungkin sama dengan aircraft lain. Lepas tu sebelum bertolak siap baca doa naik kenderaan T_T nak nangis. since kita kekadang naik kereta pun lupa nak baca,

Snack for us!


seat semua alhamdulillah selesa. lepas tu dapat snack pack. pengalaman lain yang cikja baca, aircraft tak sediakan snack pack if tak booked siap siap. yang ni tak book pun tapi dapat. punya cikja terkejut since cikja yang booked tiket. muhahahaa. walaupun perjalanan sejam je, tapi kenyang lah jugak!haha


Bila dah sampai dengar lagi ucapan, "Alhamdulillah kita telah selamat tiba...." Bahagianya kalau semua aircraft buat mcm ni. rasa best dia lain macam.



Sorry akak, trmasuk pulak gmbr awak. kalau awak tgk ni, say Hai ye! boleh kenal kenal.hiks. 

itulah pengalaman paling best setakat ni! sekarang ni Rayani Air dah bukak untuk Kota Kinabalu. Jom survey kot dapat lagi murah! hehehe 

p/s : sekali sekala bagi reward tak salah pun kan :p


Sincerely,
Cikja.



You Might Also Like

4 comments

  1. kalau ada peluang boleh try rayyani pula

    ReplyDelete
  2. macam best je huhuhu seronok kan flight mcm tu rasa selamat je. eh

    ReplyDelete
  3. bagus entry ni kebetulan tgh2 survey2 tiket nak balik kg..teringat rayani air..rasa2 nak try nnti..

    ReplyDelete
  4. wahhhh. tak pernah lagi try naik rayani. in shaa Allah kalau ada rezeki nak naik la nanti.:)

    ReplyDelete

Hello There! :)

Chit Chat